Iklan

Iklan Nuffnang

15 Apr 2016

Rich And Famous Sebagai Idola Di Zaman Remaja







Saya meminati golongan "rich and famous" sejak di zaman remaja lagi. Mereka termasuklah anak anak raja serta isteri isteri orang berpangkat dan kenamaan. Bukan sahaja fesyen pakaian mereka menjadi ikutan tetapi juga handbag serta sunglasses juga menjadi idaman. Semasa mengemas bilik pembantu rumah, saya telah terjumpa buku di mana saya menampal gambar gambar wanita yang pernah menjadi idola saya. Antaranya ialah Raja Eleena, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofia, Datin Masnah Rais, Datin Bahariah Yusoff serta ramai lagi. Datin Bahariah mula dikenali selepas muncul di mahkamah untuk mendengar perbicaraan kes bunuh yang melibatkan suami beliau. Kemunculan beliau sentiasa ditunggu kerana penampilan yang sangat anggun bergaya dengan fesyen baju yang cantik. Saya menempah sepasang kebaya untuk dibawa ke universiti dan membeli sunglasses pertama pada tahun 1983 di Singapura yang konon konon mengikut gaya Datin Bahariah.







Walaupun saya tidak menjadi seorang "rich and famous" tetapi syukur kerana saya diberi peluang menikmati sebahagian dari perkara yang saya impikan ketika itu. Ada hikmahnya saya tidak menjadi seperti apa yang saya kehendaki kerana Allah lebih tahu apa yang saya perlukan dalam hidup ini. Mana tahu kalau terlebih cantik, terlebih pangkat dan terlebih kaya, masih memakai skirt di usia setengah abad. Hakikatnya saya melihat sekeliling, ada yang seusia saya masih memakai skirt. Bak kata Ustaz Ibrahim Muhammad, mereka yang diberi banyak kenikmatan hidup di dunia, tidak akan mendapat kenikmatan yang banyak di akhirat. Sebelum mengakhiri catatan ini, saya sertakan gambar  buku masakan saya yang telah berusia lebih 36 tahun. Hmm sangat nostalgia...






3 comments:

  1. As/kum Azie, Datin Bahariah tu cikgu sekolah di Sek Men Perempuan Kampung Baru skrg dah di tukar Sek Men Puteri Wilayah. Suami dia Datuk Mokhtar Hashim kan.

    ReplyDelete
  2. Buku masakan puan tu sebijik mcm buku masakan mak saya..gunting dari suratkhabar,majalah,kemudian tampal..bila dah moden sikit,salin dari rancangan masakan di tv :-) sampai sekarang masih guna,terutamanya bila nak raya.hehe *saya orang bujang ni,selalu google resepi dan tak terkira lah berapa kali dah saya guna resepi dari website puan.terima kasih yer :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama mcm emak sy..ada koleksi resepi dr surat khbar...rindu pulak suasana tu

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.