Iklan

Iklan Nuffnang

6 Apr 2016

Pertemuan Selepas lebih 36 Tahun






Telah lebih 36 tahun tidak bersua muka selepas menamatkan persekolahan menengah rendah dan kami berpindah ke sekolah yang lain. Bayangkan betapa lamanya tempoh masa tersebut. Tetapi bila melihatkan telatah dan kemesraaan sahabat saya Tengku Saniah atau dikenali sebagai Makku, bagai tidak terasa masa yang begitu lama. Beliau masih seperti dahulu. Riang dan petah berbicara. Pada hari itu juga Che Noor Asiah, rakan sepersekolahan saya semasa di Sekolah Menengah Bachok juga ikut bersama. Kami pun kali pertama bersua selepas menamatkan zaman persekolahan. Semasa di bangku persekolahan, saya gemar berbasikal ke sana ke mari. Maklum saya tidak punya ramai kawan perempuan di kampung saya. Jadi balik sahaja dari sekolah, saya akan ke rumah kawan kawan sekolah untuk bermain main atau bersembang sembang kosong. Hihihi zaman itu tidak banyak hiburan atau permainan untuk mengisi masa. Saya mengayuh basikal berkilometer jauhnya untuk ke rumah Makku di Kampung Kuau. Tapi pada masa itu, tiada bahaya berbasikal ke mana mana seorang diri. Tidak pernah pulak ada kejadian jenayah seperti mana sekarang. Alhamdulillah ibubapa saya pula, tidak pernah menyekat saya untuk ke mana mana.



Makku menghidangkan kami dengan masakan Kelantan yang memang telah lama saya rindui. Semua lauk yang dihidangkan pulak, adalah lauk kegemaran saya seperti Kerutuk Itik Serati, Ayam Percik, Daging goreng kunyit, Kerabu Terung dan ulam ulaman yang dipetik segar dari laman rumah Makku. Kali pertama saya makan kangkung mentah yang dicicah dengan budu. Dalam budu diletakkan sekali mangga dan ikan tawar. Saya yang kurang gemar makan budu, mula mencicah lepas satu satu. Makku berniaga catering dan suami Makku pula berniaga ayam kampung organik dan membekalkan pada banyak restoran sekitar Klang Valley. Macam macam jenis ayam sebenarnya. Ada ayam kampung dara, ayam dara, ayam daging, ayam tua dll. Jadi jika ada yang ingin mendapatkan bekalan ayam kampung organik, bolehlah hubungi Makku di no tel 018-773 4348. Haa beritahu Makku yang dapat no telefon dari blog Azie Kitchen. Semua ayam yang dibekalkan adalah yang disembelih sendiri oleh Pakku Lan, suami Makku. Ini sangat penting terutama pada kita yang beragama Islam bagi memastikan ayam yang dimakan disembelih mengikut syarak.







Selepas makan, kami dihidangkan pula dengan hidangan pencuci mulut yang juga merupakan kegemaran saya iaitu Samgupal. Selain Samgupal, juga dihidangkan pulut dengan mangga. Nanti saya akan share kan resepi resepi Makku di dalam entri akan datang. Insya Allah.





Sebelum beredar, kami mengambil gambar sebagai kenangan. Nasib baik anak Che Noor Asiah ikut sama, jadi dia lah yang bertindak sebagai jurugambar kami pada hari itu. Kami balik bukan dengan tangan kosong, sebaliknya dibekalkan dengan lauk lauk serta telur itik serta telur masin yang dibawa dari Sg Petani. Terima kasih Makku kerana sudi menjemput kami. Semoga dilimpahkan rezeki yang murah dan barakah.


2 comments:

  1. Seronoknya... dah laa lama tak jumpa... bila berjumpa dapat pulak merasa air tanggan yang sedap2 tu....

    ReplyDelete
  2. semoga ikatan persahabatan tersimpul rapi ;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.