Iklan

Iklan Nuffnang

1 Apr 2016

London Day 6: London Sehingga Berjumpa Lagi






Sekarang saya tiba ke entri terakhir bab percutian saya dan anak anak ke Paris dan London. Bila menulis entri terakhir ini, terasa pula kesedihan kerana meninggalkan Kota London yang menjadi impian saya untuk menjejakinya sejak di bangku sekolah rendah lagi.  Jika diberi kesempatan saya bercita cita untuk tinggal di sana dalam jangka masa lebih lama. Mungkin 6 bulan atau satu tahun. Sambil menulis saya memainkan lagu Bunga Mawar oleh The Mercy's yang menambahkan sentimental saya di pagi Jumaat ini. Jom kita mulakan. Hari ke6 iaitu 12 Februari, yang merupakan hari terakhir di London, kami membuat keputusan hanya untuk berjalan jalan sekitar Bayswater sahaja sementara menunggu waktu check out dari hotel. Anak anak ingin menyimpan duit untuk bershopping di airport.




Kami singgah di Whiteley dan kedai kedai berhampiran. Dalam Whiteley, ada beberapa butik terkenal seperti Zara dan beberapa lagi. Rupanya banyak restoran halal dan kedai yang menjual daging halal juga di sekitar Bayswater. Lain kali, kalau mahu memasak, tak perlu risau untuk mencari bahan bahan mentah di sini.


  
Teksi tiba dalam pukul 2.30 petang dan kami terus ke Terminal 4 Heathrow International Airport. Kami membuat tempahan teksi secara online di pinkberrycars dan harganya memang jauh lebih murah berbanding dengan teksi yang ditempah melalui hotel. Harga teksi bergantung kepada jumlah penumpang dan juga jumlah bag yang ada. Kami membayar UK44.00 untuk teksi berkenaan. Ada juga staff di MSD yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke airport. Tapi sebab selepas membuat tempahan, baru saya mendapat contact number, jadi saya guna jer perkhidmatan teksi. 






  
Perjalanan ke Heathrow Airport memakan masa 45 minit -1 jam bergantung kepada keadaan trafik. Terminal 4 tidak lah besar seperti mana terminal yang lain agaknya lah. Sesampai, kami terus mencari tempat untuk claim VAT yang terletak di tingkat bawah di sebelah kanan dari pintu masuk bangunan terminal. Setelah selesai, kami naik ke tingkat 2 untuk urusan pendaftaran masuk. Lama juga kami menunggu kaunter dibuka kerana kami sampai awal.



Setelah selesai urusan check in, barulah kami turun semula ke tingkat 1 untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak di multi faith prayer room. Ada tempat untuk mengambil wudhu juga di situ. Tetapi untuk ke tempat itu, terpaksa masuk melalui bahagian lelaki juga. Nasib baik tempat solat dipisahkan dengan tirai.




Setelah selesai solat, barulah kami masuk untuk menunggu di dalam terminal sambil melihat lihat duty free shop. Proses pemeriksaan keselamatan agak ketat sehinggakan ipad saya yang terlupa dikeluarkan dari handbag telah diperiksa berkali kali. Tidak seperti yang saya bayangkan selama ini, tidak banyak kedai duty free barangan berjenama di Terminal 4. Dulu selalu dengar cerita kawan kawan yang mereka membuat last minutes shopping dengan membeli handbag Dior, Chanel dsb. Saya hanya membeli bag Ted Baker sahaja untuk dibawa mengaji.   





   
Flight MH001 A380 berlepas pukul 9.42 malam. Penerbangan selama 12 jam 20 minit. Mendarat di KLIA pada pukul 6.05 petang dengan suhu 30C. Kami terus mengerjakan solat di surau sebelum melalui pemeriksaan kastam dan ke tempat bagasi. Oleh kerana terlalu lama, kesemua bag kami telah disimpan di pejabat bagasi. Dengan itu, berakhirlah percutian saya dan anak anak ke London dan Paris yang sangat banyak meninggalkan kenangan manis. Peluang untuk bercuti bersama anak anak adalah sesuatu yang sangat saya nantikan. Bukan mudah untuk mendapatkan masa yang sesuai dengan mereka. Terima kasih tidak terhingga pada hubby yang telah menghadiahkan percutian ini buat kami...


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.