Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Harijadi Yang Teristimewa





Hari jadi saya tahun ini sangat istimewa kerana selain diraikan oleh suami dan anak anak, juga diraikan oleh staf dan rakan sekerja. Ianya merupakan satu kejutan kerana tidak menduga yang mereka sempat membelikan kek harijadi buat saya. Maklum dari pagi kami semua ke Shah Alam atas urusan tugas rasmi. Terima kasih atas ingatan terutama Fattah, Aya, Liza dan Ara Zaharah. Memang setiap bulan, jabatan akan meraikan staf yang menyambut hari lahir di dalam sesuatu bulan. Tapi kali ini, saya diraikan oleh staf sendiri.



 



Harijadi saya tahun ini telah diraikan oleh suami dan anak anak, 2 hari lebih awal kerana Juita terpaksa kembali ke kolej. Seperti biasa, anak anak akan memilih samada Chillis atau Tony Romas. Kali ini mereka memilih Tony Romas kerana tidak mahu membuang masa di dalam kesesakan jalanraya untuk ke One Utama. Lagi pulak, kami perlu bergegas untuk ke Subang Airport menghantar Juita selepas itu.





Teman teman zaman persekolahan dan universiti juga turut sama memeriahkan harijadi saya dengan pelbagai ucapan hari lahir dan doa di dalam group WhatsApp. Anda semua melengkapkan hidup saya. Tiada apa lagi yang saya impikan dalam hidup ini selain ketenangan dan kebahagiaan. Bak doa yang diajar oleh arwah Ustaz Zaid yang menjadi amalan saya, "Ya Allah berilah daku kemudahan, berilah daku bantuan, berilah daku rezeki yang tidak disangka sangka, berilah daku ketenangan hidup di dunia dan syurga di akhirat". Hidup di dunia, ketenangan yang perlu dipohon. Bukan kesenangan. Duit banyak, pangkat tinggi, harta menimbun belum menjanjikan ketenangan. Hingga di sini dahulu dan sekali lagi terima kasih buat semua. 





Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

7 ulasan for "Harijadi Yang Teristimewa"

  1. Assalamualaikum & Happy Birthday Azie

    Tiada apa lagi yang membahagiakan hidup kita selain dikeliling orang2 yg tersayang, Alhamdulillah. Semuga dilimpahi keberkatan umur, kesihatan yg baik &
    kebahagian didunia & akhirat..Aamiin

    Did u get my email?

    Luv
    Suhaila

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Thank you Suhaila. Ya received your email. Nice video.

      Padam
  2. happy birthday, pn azie! semoga pjg umur, murah rezeki dan dirahmati Allah selalu.

    BalasPadam
  3. Happy birthday pn azie...

    BalasPadam
  4. Selamat Hari lahir kak azie...

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Lahir Kak Azie.
    Semuga sentiasa dibawah lindunganNya..Insyaallah..amin..:)

    BalasPadam