Iklan

Iklan Nuffnang

27 Apr 2016

Gulai Telur Itik Cara Kelantan





Terlebih dahulu tahniah kepada Y Bhg Dato Muhammad Ibrahim atas pelantikan sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia untuk selama 5 tahun berkuatkuasa pada 1 Mei 2016. Semoga dapat memimpin bank pusat dngan lebih cemerlang. Hari ini ini saya hendak kongsikan sedikit petikan dari Kuliah Ustaz Dr Mohd Shafie penulis buku You Are The Best Umat berkenaan pengertian taqwa iaitu ialah orang yang patuh pada peraturan Allah yang ditetapkan dalam modul Al Quran. Allah yang ciptakan manusia jadi Allah tahu apa yang terbaik untuk manusia. Mentaati peraturan Allah adalah wajib. Jadi belajar Al Quran adalah wajib. Kalau di pejabat kena ikut peraturan pejabat. Jadi taat kepada peraturan Allah adalah lebih lebih lagi. Kalau tidak ikut peraturan, kita akan terkena penyakit bimbang. Bimbang tak cukup duit, bimbang itu dan ini. Bimbang boleh hilang jika kita mengikut peraturan Allah. Jika kita dapat merasai bahawa kita menpunyai Allah Yang Maha Kaya, Yang Maha Berkuasa dsb, pasti kita tak akan ada rasa bimbang. Bimbang boleh membawa stress. Stress adalah neraka dunia. Tenang adalah syurga dunia. Siapa dapat syurga dunia akan dapat syurga akhirat. Semakin kita faham konsep Al Quran semakin kita tenang bila hidup kita mengikut peraturan Al Quran. Allah lebih tahu perjalanan diri kita. Untuk enjin berjalan dengan baik, mesti ikut manual dalam Al Quran. Allah akan bagi hidup kita dengan kecukupan. Bukan duit yang banyak. Ramai ingat bila banyak, ianya cukup. Itu sebab ramai kejar duit banyak. Dalam Al Quran, Allah tak sebut cukup dengan sesuatu yang banyak. Cukup adalah dengan taat pada Allah. Kenapa manusia hendakkan kecukupan? Kerana dengan kecukupan, hidup akan tenang. Mempunyai duit yang banyak adalah satu kelebihan dalam kehidupan dunia tapi tanpa disedari ianya adalah satu beban.

Dalam masa yang masih berbaki ini, jom semak diri kita sendiri kalau kita mati hari ini, kita dah ada Sijil Taqwa atau belum. Untuk mendapat Sijil Taqwa, seseorang kena belajar Al Quran, kena belajar tafsir, belajar bahasa Arab Al Quran, Fiqh, Tauhid dsb. Kita sanggup bekerja 8 jam sehari untuk patuhi peraturan bos manusia. Tapi kita tidak patuh peraturan Allah. Sijil taqwa hanya untuk orang belajar Al Quran sahaja. Tanpa Sijil Taqwa, kita tidak layak mendapat syurga. Semoga ianya bermanafaat. Boleh dapatkan buku Ustaz Mohd Shafie untuk memahami lebih lagi berhubung bab ini.






Semasa kali pertama berkunjung ke rumah Makku Saniah di Greenwood, saya telah membawa balik beberapa biji telur itik dan juga telur masin yang katanya dibeli di Sg Petani. Jadi saya gagahkan diri untuk membuat gulai telur itik kerana tak mahu ianya rosak dan membazir begitu sahaja. Tanpa melihat keadaan telur terlebih dahulu, saya telah menyediakan bahan bahan untuk dibuat gulai. Siap menumbuk menggunakan lesung batu lagi. Tapi haaa bila masa untuk merebus telur, barulah perasan yang telur telah masuk angin dan tak elok. Terpaksalah meminta Encik Hubby untuk ke kedai runcit berdekatan. Nasib baik ada telur itik di jual di situ. Apa apa pun sangat berbaloi kerana gulai ini sangat sesuai dengan tekak saya yang memang sinonim dengan masakan Kelantan. Kalau dulu, saya memasak lemak telur cili api sahaja. Senang, hanya perlu tumbuk cili api dan kunyit hidup sahaja. Kalau versi ori masak lemak cili api nogori, tak letak bawang merah langsung. Saya suka apa sahaja yang simple kerana yang penting adalah hasilnya, sedap atau tidak. Boleh klik di SINI untuk entri Gulai Lemak Telur Itik sebelum ini dan di SINI untuk Gulai Lemak Telur Masin. Kalau ada belimbing buluh lagu sedap.

Jom layan resepi gulai telur itik versi Kelantan yang memang sedap..





Gulai Telur Itik Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
4 biji telur itik
1 pek santan
1-2 keping asam
Garam
Gula

Bahan Kisar:
4 ulas bawang merah
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu besar ketumbar biji
3 tangkai cili padi

Cara-cara:
Masakkan santan bersama bahan kisar dengan api perlahan sambil terus dikacau sehingga mendidih. Masukkan asam keping, garam dan gula.


 


Perlahankan api dan pecahkan telur itik satu persatu ke dalam kuah. Kacau perlahan bahagian atas kuah sahaja tanpa menyentuh telur. Besarkan api sedikit dan sentiasa kacau perlahan sehingga telur masak.

Saya rebus telur berasingan. Kalau telur dimasak berasingan, masukkan ke dalam kuah yang telah mendidih. Lihat cara memasak telur berasingan di nota di bawah.





Bila kuah pekat, siap  untuk dihidangkan.

Nota:
Telur itik boleh dimasak berasingan dengan api perlahan agar ia tidak pecah. Panaskan air hingga mendidih. Pecahkan telur satu persatu sampai habis. Masak selama 15 minit. Angkat dan tos. Kalau boleh jangan dikacau semasa ia belum benar-benar masak di dalam air. Ini kerana ia akan pecah dan strukturnya tidak menarik.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.