Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

12 Apr 2016

Brownies Yang Walla Sedap Nyer





Selama ini bila mendengar berita kematian, kita akan menghadiahkan bacaan Al Fatihah pada si mati. Hari ini, saya menghadiri kuliah Ustaz Adli di mana diajar bahawa keutamaan bila mendengar kematian adalah mendoakan semoga Allah mengampunkan dosa si mati. Bukan dengan memberi sedekah bacaan Al Fatihah seperti yang biasa diamalkan oleh masyarakat kita. Ini adalah kerana si mati sangat memerlukan pengampunan dari Allah. Bukanlah lagi tambahan pahala ketika itu. Oleh kerana dah belajar dan dengar dari ustaz, eloklah kita ubah cara beramal bila mendengar kematian. Ilmu mestilah diamal, baru ianya menjadi ilmu yang bermanfaat. Memang susah untuk mengubah amalan yang selama ini menjadi amalan masyarakat. Ucapkan dan bacalah doa "Innalillaahi wainna ilairiroojiuun. Allahummaghfir lahum warhamhum wa ‘afihim wa'fu 'anhum". Jom kongsikan. Semoga kita mendapat manafaat. Sekarang kita sentuh sikit bab resepi hari ini. 





Hari ini saya ingin kongsikan resepi Brownies yang sangat sedap. Bukan saya yang menyediakannya tetapi Juita. Saya hanya menemankan Juita supaya dia tak keseorangan. Juita menggunakan resepi dari Laura Vitale ini yang saya telah translate. Semasa ianya masak, hari sudah hampir senja dan saya bergegas mahu ke surau. Walaupun masih panas, saya meminta Juita mengangkat keluar dari loyang. Heee akibatnya permukaannya yang masih panas telah menjadi retak. Aduhaaai gara gara tak sabar. Kononnya saya nak snap gambar sebelum ke surau. Serius sangat sedap Brownies ini walaupun saya terpaksa menahan diri dari memakan makanan manis tapi tak terdaya hendak menahannya. Beberapa ketul juga habis dimakan.

Jom layan resepi mudah dan pasti menjadi kegemaran anak anak ini. Layaan...





Brownies Laura In The Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 cawan unsalted butter - suhu bilik
10 oz/283 gm semisweet chocolate - cairkan
1 cawan gula kaster
1/4 sudu kecil garam
2 biji telur
1 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk espresso segera
1 cawan snickers - cincang - tak letak pun

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 175C. Letakkan baking paper dalam loyang berukuran 8x8". Lebihkan keluar sedikit dari loyang.

Menggunakan mixer, putar mentega dan gula sebelum dimasukkan telur dan diputar sehingga bergaul rata. 

Satukan tepung gandum, serbuk koko, serbuk espresso dan diayak. Masukkan coklat yang dicair. Kacau rata. Kemudian masukkan bahan tepung yang diayak dan digaul hingga sebati. Kemudian masukkan snickers dan gaul rata.

Masukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar selama 35-40 minit. Setelah masak, biarkan betul betul sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan. Selamat mencuba...






15 ulasan:

  1. Assalamualaikum azie

    Semuga selalu di dlm lindungan Allah. Lama dah tak tinggalkan komen.
    Terima kasih atas perkongsian ilmu.. Tgok pun dah nampak sedap brownies tu In Shaa Allah nk cuma nanti.

    Suhaila

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Dear Suhaila kerana meninggalkan komen. Malam ni saya sangat tak ada mood. Bila baca komen Suhaila, hati terus berbunga riang. Luv u

      Padam
  2. Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian ilmu. Semoga sis berada dalam lindungan Allah swt.

    BalasPadam
  3. untuk adunan ni saiz loyang berapa ?

    BalasPadam
  4. Salam, saya mengikuti resepi k.azie..peminat..nasi ayam..cookies..kek marbel..semua sy dah cuba..sedap..skrg tgh cuba resepi brownies pulak..=)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum k.azie.. Sy slalu follow resepi akk dri sy xpndaii apa2 😂 . Smua resepi akk smua sdap2. TQ akk.. Alhamdulillah skrg suami selalu puji sy msk..halal kn ilmu akk tuk sy ye 😘😘

    BalasPadam
  6. Thanks Kak Azie, nnt nak cuba. kalau ok nak cuba berbisnes dgn resepi ini. mintak izin ya.

    BalasPadam
  7. Salam.. ni resepi laura vitalley ea? Camne ntah eja name beliau.. huhu! Saye pon ske pakai resepi die.. mmg sdap. N lagi 1 nk ckp trime kaseh utk resepi coklat cip. Memang amboi amboi amboi sangat sedap.. mntk halal ilmu ye.. semoga dimurahkan rezeki..����

    BalasPadam
  8. Terima kasih utk resepi yg dikongsi. Blog k.azie ruj pertama saya utk dicuba. Saya yakin dgn resepi yg ditulis. First time cuba pun gerenti ok.

    BalasPadam
  9. sis nk tnya Espresso tu apa ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejenis minuman yang menpunyai aroma seperti nescafe juga

      Padam
  10. Salam k.azie ..
    1/2 butter tuh bersamaan berape gram ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak silap, dekat plastik butter ada garis penanda banyak mana kita nak guna. kita potong aje butter ikut garis tu. setiap garis dia dah tulis berapa gram

      Padam
  11. Tq kak zie..semoga sentiasa sihat dan dpt berkongsi resepi2 yg sedap..

    BalasPadam
  12. Saya pun nak minta halal ilmu dr blog ni. Kalau google resepi..mesti click your blog 😊

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.