Iklan

Iklan Nuffnang

4 Mar 2016

Paris Day 2: Menerokai Keindahan Paris





Pagi pagi Boy telah berjalan kaki seorang diri dalam kesejukan ke Stesyen Gare De Nord untuk membeli tiket bas dalam set carnet yang mengandungi 10 tiket yang lebih murah. Kami hanya menggunakan 2 set untuk 4 orang bagi satu hari perjalanan. Sebetulnya malam sebelumnya, kami telah ke sana tetapi pekerja di situ tidak membenarkan kami membeli carnet secara berkongsi. Konon setiap orang perlu membeli satu set. Perjalanan pertama bermula dari bus stand di seberang jalan berhadapan Hotel Avalon dengan menaiki bas nombor 30. Destinasi pertama kami adalah Trocadero. Trocadero adalah tempat yang paling cantik jika ingin menikmati pemandangan penuh keindahan Eiffel Tower. Perasaan sangat teruja bila bas melalui bulatan yang terdapatnya Arc De Thrompe. Maknanya boleh juga berhenti di Arc de Thrompe dengan menaiki bas ini. Teringat ingat hubby di sepanjang perjalanan yang kami lalui di sini dulu. Last stop untuk bas ini ialah Trocadero. Hati berbunga riang bila melihat Trocadero yang saya pernah dijejaki bersama hubby dulu. Aduhaai cuaca pulak teramat sejuk. Kami semua tidak membawa gloves. Terasa jari jari sejuk membeku. Cuaca juga agak mendung dengan awan hitam di langit. Ada juga rasa risau kalau kalau hujan, dalam hati berfikir mana tempat untuk berteduh. Lama juga kami berposing posing di sini walaupun agak mencabar untuk mendapatkan gambar yang menarik kerana sentiasa dipenuhi dengan ramai orang.






Dari Trocadero, kami menuruni tangga sambil menikmati keindahan Eiffel Tower yang cantik secara lebih dekat sambil bergambar gambar di taman yang dikenali sebagai Jardins du Trocadero. Selepas itu, kami berjalan kaki turun dan menyeberangi sungai untuk ke Eiffel Tower. Oleh kerana cuaca mendung dan sejuk, kami tidak lama berada di bawah Eiffel Tower. Hasrat untuk berjalan ke Champ de Mars, kawasan berpadang menghijau tempat saya dan hubby bergambar juga terpaksa di lupakan.  Lagi pulak cuaca mendung menjadikan sukar untuk mendapatkan gambar yang cantik.





Kami mula beredar sambil menyusuri jambatan untuk mengambil bas nombor 72 untuk ke destinasi seterusnya iaitu Musee du Lourve. Turun di Quai Francois Mitterrand. Selepas melintas jalan dah nampak bumbung kaca Pyramide du Lourve, museum tempat tersimpannya lukisan potret Monalisa. Dalam hati, betul ke kami dah sampai ke sini. Maklum masa datang dulu rasanya kena berjalan agak jauh, turun tangga naik tangga di laluan bawah tanah. Kali ini termudah amat. Selepas melintas jalan, dah pun sampai tempat yang ingin dituju. 






Selepas selesai bergambar gambar kenangan di situ, kami pergi semula ke bas stand tempat kami turun dan ambik bas yang sama iaitu 72 untuk ke Hotel De Ville yang merupakan last stop. Saya menanyakan pemandu bas kalau kami mahu ke Champ Eleysees. Beliau memberitahu supaya berjalan ke hadapan dan belok ke kiri dan ambik bas 72 juga. Tapi kami tak jadi untuk terus ke Champ Eleysees. Sebaliknya berjalan terus sebelum belok ke kiri. Waah hati dah seronok melihat banyak deretan kedai kedai di situ. Antaranya Zara, H&M, Clarks. Tapi bila tengok harga kasut di Clarks, rasanya lebih murah lagi di KL. Yang lebih penting di situ, adanya Kiko Milano yang memang dicari cari. Apalagi kami terus ke Kiko Milano untuk membeli barang barang kosmetik. Saya meminta SA supaya membuat full make up pada saya. Dari resit Kiko, barulah tahu yang nama kawasan itu adalah Rue de Rivoli. Dari situ, saya singgah ke KFC untuk ke toilet.

Setelah puas berjalan jalan sambil menikmati pemandangan kedai yang cantik tersusun, singgah membeli souvineer dsb, kami ambil bas nombor 29 untuk turun ke Havie-Haussmann. Dari sini kami turun untuk tukar ke bas nombor 22 untuk ke Charles De Gaulle berhampiran Arc De Thrompe. Bas stand Havie-Haussmann tersebut betul betul di depan Printemps Mall. Tapi saya tak masuk pun kerana tahu bukan ada apa apa yang hendak dibeli. Lagi pun masih ada tempat yang hendak dituju.





Dari situ, kami ambil bas dan turun di Arc De Thrompe stop. Nampak tersergam indah. Kami turun untuk bergambar. Tapi terpaksa dipendekkan kerana anak anak dah komplen kelaparan. Sambil berjalan menyusuri jalan Champ Eleysees saya mengintai Restoran Noura yang ditulis oleh ramai blogger sebagai restoran halal di situ. Tapi memang tak jumpa pun. Akhirnya kami membuat keputusan untuk makan di kawasan hotel sahaja. Pastinya ada nasi dan halal pula.
 
 



Sambil berjalan di sepanjang jalan Champ Eleysees, kami singgah bergambar di hadapan butik Louis Vuitton. Tak ada pulak orang beratur untuk masuk. Semasa di Lafayatte, kami terpaksa beratur hampir setengah jam sebelum dapat masuk.





Saya mengajak anak anak untuk berjalan menyusuri sepanjang jalan Champ Elysees sehingga ke kawasan Avenue Montaigne di mana terdapatnya deretan kedai kedai butik mewah berjenama yang saya dan hubby kunjungi dulu. Singgah di Longchamp untuk membeli bag Neo yang tengah meletup. Setelah puas menjamu mata di butik Chanel, kami berpatah balik ke butik Gucci, naik bas 42 di hadapan butik Gucci dan turun di stesyen Gare De Nord.




 
Singgah makan malam di kedai kebab halal. Makanan kali ini, rasanya lagi sedap dan sangat sangat kena dengan selera saya. Semasa dalam perjalanan balik ke hotel, Juita singgah beli ayam goreng di restoran halal untuk dibawa balik makan di bilik.






Walaupun hari masih awal, keinginan untuk meronda ronda sekitar hotel terpaksa dilupakan kerana badan dah tak larat nak keluar dalam cuaca sejuk. Kami mengemas bag masing masing kerana pagi pagi lagi kami akan bertolak ke London. Sangat singkat kami di Paris. Sebenarnya saya telah menukar jadual perjalanan balik ke London dari 9 Febuari ke 7 Febuari. Akibatnya saya terpaksa membayar RM1200 sebagai admin charges. Kononnya nak berada lama di London. Ada juga rasa menyesal bila tak banyak masa untuk menerokai keindahan Kota Paris...

 

4 comments:

  1. Salam Pn Azie,
    Kalau Pn ke LaFayette lagi, di atas skali, roof top of the Women dept, pun cantik juga scenery nya, seluruh Paris..lepas coffee2 kat situ, leh amik gmba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Farah. Hajat hati mmg nk naik hari tu. Tp dah penat selepas seharian dlm penerbangan tanpa rehat. Insya Allah lain kali.

      Delete
  2. Salam Pn. Azie,

    Apa kabar puan :)
    Sy nak bertanye sesuatu. Xberbaloi yer kalau pergi Paris hanya dengan masa sehari? Saya dari Athens ada training di sini. Tapi xbanyak masa free.. kebetulan ada public holiday. plan nak pergi merayau sekejap. hehe.. cadang nak pergi pertengahan nov ni :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.