Iklan

Iklan Nuffnang

3 Mar 2016

Paris Day 1: Alhamdulillah Paris Lagi





Keterujaan makin terasa rasa seminggu sebelum berangkat walaupun saya bekerja sehingga sehari sebelumnya. Sehari sebelumnya juga baru ke money changer untuk tukar duit. Jenuh juga mencari kerana banyak matawang pound dan euro yang kehabisan di sana sini. Juita juga balik beberapa jam sebelum kami bertolak ke KLIA. Kami memutuskan untuk bertolak ke KLIA lebih awal dan menunaikan solat maghrib di sana. Penerbangan MH002 dijadualkan pada pukul 11.30 malam dari gate C17. Penerbangan yang sepatutnya pukul 11.30 malam telah delayed sehingga pukul 1.00 pagi kerana terdapat 2 orang penumpang dalam connecting flight yang delayed. Dalam hati bersyukur sangat kerana saya mengambil tiket eurostar ke Paris pukul 10.00 pagi. Kalau tidak pasti memberi masalah kerana penerbangan kami sepatut mendarat di Heathrow pukul 5.15, akan tiba pada pukul 6.20 pagi. Ketika itu, suhu di London adalah 10C. Dalam penerbangan, kami dihidangkan dengan 2 kali makan malam di mana kali kedua adalah 2 jam 30 minit sebelum ketibaan. Saya bersolat Subuh dalam kapalterbang di tempat duduk sahaja. Flight A380 sangat selesa walaupun punggung rasa kematu dek penerbangan yang memakan masa hampir 14 jam. Syukur Alhamdulillah hajat hati untuk ke London dan Paris lagi akhirnya menjadi realiti. Kapal terbang mendarat di Lapangan terbang Heathrow pada pukul 6.28 pagi yang menyamai pukul 2.28 petang waktu Malaysia.

Sebaik tiba di Terminal 4 Heathrow International Airport, kami mengambil luggage dan terus turun lift ke tingkat bawah untuk ke kaunter membeli kad oyster dan membuat top up kad oyster yang sedia ada. Selepas itu, kami terus masuk ke underground station untuk ke King Cross St Pancras bagi meneruskan perjalanan ke Paris. Dengan bag yang berbondong bondong, agak tidak selesa bila train mulai padat dengan orang ramai yang mahu ke tempat kerja. Tapi mat saleh sporting, tak ada lah pula mereka menjeling atau menunjukkan muka terganggu dengan bag bag kami.

Sebaik tiba di King Cross station, kami terus berjalan menuju ke St Pancras Inernational station. Selesai semua urusan pemeriksaan bagasi dan kastam di St Pancras International pada pukul 9.27 pagi. Sambil menunggu waktu masuk, kami makan biskut yang dapat dari kapal terbang. Keretapi eurostar bergerak tepat jam 10.30 pagi dari St Pancras International station. Sepanjang perjalanan, kami berborak sambil menikmati keindahan pemandangan.

 
 
 
 
Dari stesyen Gare De Nord, kami hanya berjalan kaki menuju ke Hotel Avalon yang telah ditempah dari Malaysia. Walaupun biliknya agak kecil, namun saya sangat selesa dengan hotel ini. Walaupun biliknya tidak mempunyai aircond, namun kami tidur berselimut kesejukan. Sebaik selesai menunaikan solat, kami terus bersiap untuk memulakan perjalanan pertama di Paris. Waktu Paris ketika itu dalam pukul 3.00 petang.

 
 
 
 
Destinasi pertama adalah Gallery Lafayatte. Kami mengambil bas nombor 42 yang berhenti berhampiran dengan Gallery Lafayatte. Balik juga menggunakan bas yang sama cuma menunggu di stesyen berlainan. Perjalanan di Paris kali ini langsung tidak memenatkan kerana kami hanya menggunakan perkhidmatan bas yang sangat mesra penumpang. Berbanding dengan perjalanan kami sebelum ini yang menggunakan metro underground. Cabaran sedikit bila menaiki bas ialah bas tidak berhenti di tempat yang kita ingin tuju. Jadi kita kena study laluan bas dan turun di stesyen yang berdekatan. Semuanya saya serahkan pada Boy untuk study laluan bas.

 
 
 
 
 
Hari itu, kami hanya membeli belah di dalam Gallery Lafayatte sahaja. Butik yang dituju adalah Butik Louis Vuitton dan Longchamp. Saya mengambil khidmat pesanan dan tempahan dari kawan kawan yang ingin membeli handbag. Sambil menyelam minum air giteww. Ada juga singgah di Butik Miu Miu tetapi melihatkan harganya hampir sama dengan harga di Malaysia, jadi saya tak mahu membuang masa di situ. Masa diambil untuk beratur untuk masuk ke butik LV juga agak lama. Selesai membeli dan membuat urusan tax refund, kami berhenti untuk mengambil gambar Gallery Lafayatte yang sangat cantik. Semasa ke sini bersama hubby dulu, saya tak sempat pun untuk melihat lihat keindahan gallery yang terkemuka ini.

 
 

 
 
Sebaik keluar dari bangunan Gallery Lafayatte, hari telah pun gelap. Maklum musim winter, waktu siang sangat singkat. Kami mengambil keputusan untuk balik ke hotel. Lagi pulak, betis dah terlalu penat berjalan di dalam Lafayatte yang sangat besar. Kami turun bas di stesyen Gare De Nord. Dari situ, kami berjalan kaki dan singgah makan di sebuah restoran Arab. Bila perut dah lapar, semua makanan pun terasa sedap. Lagi pulak, kami memang penggemar makanan Arab, lebih lebih lagi kambing bakar. Malahan sehingga kini, masih teringat ingat keenakan makanan Arab yang kami nikmati sepanjang di Paris. Saya tak tahu bagaimana ada orang yang komplen konon makanan di sana tidak sedap. Mungkin sebab selera lain lain. 

 
 

 
 
Selepas makan, kami berjalan balik ke hotel untuk merehatkan diri bagi memulakan lawatan ke tempat tempat menarik keesokannya. Ooh ya, jika anda ingin mendapat harga hotel yang menarik termasuk sarapan, kita hendaklah membuat tempahan terus melalui hotel. Harga yang dibayar sama dengan harga melalui booking cuma tiada termasuk sarapan pagi. Agak rugi jugalah tapi kira dah tak ada rezeki.
 


 

3 comments:

  1. wahhh syoknye dpt berjln jauh lagi ..... tak sabar tgu next entry

    ReplyDelete
  2. bestnye sis...rasa cam nk repeat jer bila tengok gambar sis bercuti hihi
    salam kenal

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.