Iklan

Iklan Nuffnang

13 Mar 2016

Majlis Gemilang Persandingan Anak Dato Salehuddin Di Concorde Hotel




Dengan berlangsungnya majlis resepsi di Concorde Hotel Shah Alam, maka berakhirlah majlis perkahwinan sebelah pihak Dato Salehuddin Saidin. Majlis ini berlangsung dengan gilang gemilang dengan kehadiran Sultan Selangor, Menteri Besar Selangor, Ketua Hakim Negara dan ramai lagi tetamu dalam profesyen perundangan. Maklum Dato Salehuddin sendiri seorang peguam dan Datin Nursinah pula seorang hakim. Sebelum memasuki dewan, kami sempat bergambar bersama Dato Seri Noor Rashid, Timbalan Ketua Polis Negara dan Dato Wan Nazari. Dato Seri Noor Rashid juga alumni Kolej Ketiga. 





Dalam kegembiraan, terselitnya beberapa suasana sedih dan sayu apabila Dato Salehuddin memohon para hadirin untuk membaca surah Al Fatihah kepada arwah Bonda beliau yang tidak sempat melihat perkahwinan Lyana. Juga majlis terdiam seketika apabila Haziq memberikan ucapan buat kakaknya. Haziq memulakan ucapan dengan meminta kakak Lyana memandang ke arah beliau di rostrum, dengan permintaan "Kakak, pandang Haziq". Haziq merupakan anakanda bongsu Dato Saleh yang juga sangat istimewa di hati kami sekeluarga. Kami memanjakan Haziq sejak dia masih kecil lagi seperti anak sendiri. Begitu juga ketika menyaksikan video istimewa yang dihasilkan khas untuk Lyana. Video mengandungi ucapan dari ayahanda, bonda dan adik adik sangatlah 'touching' terutama pesanan dari Dato Salehuddin supaya Lyana menjaga Abu seperti mana "Mama menjaga Abah". Lagu I Loved Her First yang dinyanyikan Dato Salehuddin dalam video itu menjadikan mana mana orang yang bergelar ibubapa akan merasa sebak. Perasaan ibubapa untuk melepaskan anak perempuan kepada seorang lelaki bergelar suami adalah perasaan yang tidak dapat diluahkan dengan kata kata. Gembira dan sedih bercampur baur.

Kehadiran Penyanyi Anuar Zain yang merupakan rakan kepada Lyana Wanis dan Abu Huroyrah telah menggamatkan majlis bila tetamu berebut rebut mahu bergambar dengan beliau. Nasib baik Dato Salehuddin telah membawa Anuar Zain ke meja kami, kalau tidak memang tak adalah kesempatan untuk bergambar dengan beliau. Hihihi seronok terasa seperti masih kat kolej bila suasana menjadi riuh rendah dengan gelagat kami. Apa apa pun, lagu dendangan Anuar pada malam itu, memang sangat best dan feeling habis giteww...





Selepas majlis selesai, kami bergambar beramai ramai sebagai kenangan. Seperti biasa, tanpa kehadiran tuan rumah kerana mereka sibuk bersalaman dengan tetamu yang meninggalkan majlis. Oleh kerana keadaan dewan yang tidak kemas, maka kami berpakat untuk menunggu dan bergambar sekali lagi di ruang menunggu VIP. Haa bukan senang untuk kami semua berkumpul seperti ini. Alhamdulillah semoga jalinan persahabatan yang telah lebih 30 tahun berkekalan selamanya. Aamiin....





Akhir sekali, tahniah kepada Dato Salehuddin dan Datin Nursinah kerana berjaya mengadakan majlis yang gilang gemilang untuk meraikan perkahwinan Lyana Wanis dan Abu Huroyrah. Buah tangan yang diberikan kepada tetamu juga sangat cantik dan boleh disimpan sebagai hiasan di rumah masing masing. Terima kasih kerana menjemput kami untuk turut sama meraikan malam yang bersejarah ini.






No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.