Iklan

Iklan Nuffnang

8 Mar 2016

Majlis Pernikahan Puteri Sulung Dato' Salehuddin






Majlis pernikahan Lyana Wanis puteri sulung kesayangan Dato Salehuddin Saidin dan Datin Nursinah Adzmi yang bertemu jodoh dengan Abu Huroyrah telah berlangsung dengan penuh meriah. Pelamin telah dihias indah untuk meraikan ikatan cinta kedua pengantin. Lyana dan Abu adalah rakan sejak zaman sepersekolahan. Mereka kemudiannya sama sama melanjutkan pengajian ke United Kingdom di mana cinta mulai berputik dan bersemi. Kedua duanya sama cantik dan sama padan. Majlis pernikahan diadakan dengan penuh adab Melayu seperti adanya sessi berbalas pantun. Pengantin dinikahkan oleh Dato Salehuddin sendiri. Terasa sebak apabila mendengar pesanan bapa pengantin perempuan kepada kedua dua pengantin sebaik selesai majlis pernikahan. Mata pun masa tu lah mulai masuk habuk bila melihat Dato Salehuddin mengelap airmata. Hihihi 




Selepas sessi menyarung dan berbalas cincin perkahwinan, diadakan sessi bergambar dengan sanak saudara dan sahabat handai. Kami dari geng alumni juga tidak lupa untuk merakamkan gambar kenangan bersama kedua pengantin. Penyanyi Anuar Zain yang juga rakan pada kedua pengantin, turut sama bergambar bersama kami.





Selesai sessi bergambar, tetamu kemudiannya mula beredar untuk makan tengahari yang diadakan secara buffet. Seperti biasa, sambil makan kami mengambil kesempatan untuk beramah mesra antara satu sama lain. Di zaman yang serba sibuk ini, banyak pertemuan hanya berlaku di alam maya melalui applikasi WhatsApp. Jadi bila bersua muka, ada ada sahaja usikan dan gurauan yang terjadi.







Akhir sekali, tahniah buat kedua pengantin dan juga ibu bapa pengantin kerana menerima menantu yang pastinya akan lebih memeriahkan keluarga.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.