Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

London Day 4: Tower Bridge Dan Chanel New Bond Street


Tower Bridge


Hari keempat iaitu 10 Februari di mana destinasi kami pada hari ini ialah untuk ke Tower bridge. Ini adalah salah satu tempat menarik yang mesti dikunjungi bila menjejakkan kaki ke London. Dulu sewaktu ke sini dengan hubby, kami mengambil underground dan turun berdekatan dengan steysen London Bridge.




Tower Bridge


Kali ini kami mengambil bas dan perjalanannya terasa agak lama dan perlu bertukar beberapa bas. Tapi tak jadi masalah kerana ianya seolah olah kita meronda ronda London kerana semua kawasan di London menpunyai pemandangan yang cantik. 

Cuaca pagi itu pula tersangatlah sejuk dengan langit mendung menjadikan mood untuk bergambar pun ke laut. Susah untuk mengambil gambar yang cantik. Dah lah untuk mengeluarkan tangan dari gloves atau dari poket pun agak mencabar. Angin yang bertiup juga menjadikan diri menggigil kesejukan.


Tower Bridge


Dah tak tahan kesejukan, sekejap jer di situ, kami bergerak ke Westfield. Sebaik masuk ke Westfield, terasa pulak tak berapa menarik walaupun semuanya dalam satu bangunan yang sama. Sekejap jer di situ. Kami ke Butik Chanel New Bond Street lagi.


Chanel New Bond Street

Chanel New Bond Street


Dari situ, kami berjalan pula ke kawasan Oxford Street. Singgah di BHS untuk mencari kemeja dari kain linen. Kemudian balik bilik. Masak sardin yang dibeli di local grocery semasa dalam perjalanan ke Tower Bridge. Rupanya susah untuk mendapatkan ikan sardin, tidak ada dijual di TESCO hanya ada di local groceries sahaja.







Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "London Day 4: Tower Bridge Dan Chanel New Bond Street"

  1. Salam Kak Azie,

    Sardin dalam tin banyak aja di jual di Tesco..harganya lagi murah cuma kemasannya sahaja agak berbeza

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Saya cari di TESCO memang tak ada.

      Padam
  2. Ohhhh..minta maaf..saya rasa akak cari di tesco express, Tesco kecil yang barangnya pun terhad. Yang saya maksudkan Tesco extra, store besar yang biasanya di pinggar bandar. Minta maaf sekali lagi. Tapi saya suka baca blog akak..sumber inspirasi resepi saya selama 4 tahun hidup di perantauan.

    BalasPadam