Iklan

Iklan Nuffnang

23 Mar 2016

London Day 4: Tower Bridge Dan Chanel New Bond Street








Hari keempat iaitu 10 Februari di mana destinasi kami pada hari ini ialah untuk ke Tower bridge. Ini adalah salah satu tempat menarik yang mesti dikunjungi bila menjejakkan kaki ke London. Dulu sewaktu ke sini dengan hubby, kami mengambil underground dan turun berdekatan dengan steysen London Bridge. Kali ini kami mengambil bas dan perjalanannya terasa agak lama dan perlu bertukar beberapa bas. Tapi tak jadi masalah kerana ianya seolah olah kita meronda ronda London kerana semua kawasan di London menpunyai pemandangan yang cantik. Cuaca pagi itu pula tersangatlah sejuk dengan langit mendung menjadikan mood untuk bergambar pun ke laut. Susah untuk mengambil gambar yang cantik. Dah lah untuk mengeluarkan tangan dari gloves atau dari poket pun agak mencabar. Angin yang bertiup juga menjadikan diri menggigil kesejukan.






Dah tak tahan kesejukan, sekejap jer di situ, kami bergerak ke Westfield. Sebaik masuk ke Westfield, terasa pulak tak berapa menarik walaupun semuanya dalam satu bangunan yang sama. Sekejap jer di situ. Kami ke Butik Chanel New Bond Street lagi.







Dari situ, kami berjalan pula ke kawasan Oxford Street. Singgah di BHS untuk mencari kemeja dari kain linen. Kemudian balik bilik. Masak sardin yang dibeli di local grocery semasa dalam perjalanan ke Tower Bridge. Rupanya susah untuk mendapatkan ikan sardin, tidak ada dijual di TESCO hanya ada di local groceries sahaja.




3 comments:

  1. Salam Kak Azie,

    Sardin dalam tin banyak aja di jual di Tesco..harganya lagi murah cuma kemasannya sahaja agak berbeza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Saya cari di TESCO memang tak ada.

      Delete
  2. Ohhhh..minta maaf..saya rasa akak cari di tesco express, Tesco kecil yang barangnya pun terhad. Yang saya maksudkan Tesco extra, store besar yang biasanya di pinggar bandar. Minta maaf sekali lagi. Tapi saya suka baca blog akak..sumber inspirasi resepi saya selama 4 tahun hidup di perantauan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.