Iklan Nuffnang

18 Mar 2016

London Day 2: Bercanda Dengan Taman Indah Di Hyde Park





Lama terhenti catatan perjalanan ke London. Klik di SINI untuk entri sebelum ini. Sekarang saya nak sambung berkenaan hari kedua iaitu 8 Febuari kami di London. Pagi pagi lagi kami telah bersedia untuk bersarapan. Perut dah menyanyi nyani. Sebaik restoran buka pukul 7.30 pagi, kami telah turun untuk bersarapan. Maklum mata saya tidak dapat lena kerana masih terikut dengan waktu tidur di Malaysia. Kami bersarapan dengan nasi lemak dengan berlaukkan Sambal Tumis Udang yang sangat sedap.




Selesai makan, kami berjalan kaki ke Bayswater Road untuk ke destinasi pertama kami hari itu iaitu Hyde Park sementara kedai kedai masih belum dibuka. Semasa ke sini dengan hubby dulu, kami tidak sempat ke Hyde Park dek kesuntukan masa. Kunjungan ke London, terasa tidak lengkap jika tidak singgah di sini. Hihihi itu pendapat orang macam saya lah yang tidak selalu dapat ke London.



Sepanjang di Hyde Park, angin yang sangat kuat dan sejuk yang melampau menyebabkan saya mula merasa tidak sihat. Tekak mula terasa kering sehingga ke dada. Air minuman pula lupa untuk dibawa. Tempat yang kami singgah, tidak banyak pula itik dan angsa yang menjadi tarikan di situ. Pemandangan yang cantik menyebabkan saya dan anak anak tidak lepas untuk berposing. Angin yang kuat seolah badan kami juga ikut melayang. Kebetulan hari itu, saya tidak memakai jaket tebal dan mafla pula hanya menutupi leher.




Dari situ, kami berjalan kaki keluar ke Oxford Street melalui Marble Arch dan menuju ke Primark. Singgah jap berposing di Marble Arch. Anak anak shopping sakan di Primark. Saya seperti biasa, akan mencari corner untuk duduk. Sebaik keluar dari Primark, hujan mulai turun renyai renyai. Kami masuk pula ke beberapa kedai berhadapan Primark seperti Wallis dan M&S. Tapi sayang sekali kerana harga baju yang saya plan untuk beli di Wallis, harganya lebih mahal dari harga di OU. Jadi saya buat keputusan untuk tidak membelinya.



Oleh kerana saya merasa sangat tidak sihat dan mula batuk, kami balik ke hotel. Saya hanya tidur dan berehat di bilik sementara anak anak keluar sendirian dan mereka menghantar WhatsApp kedai Burger & Lobster yang ada dalam agenda percutian di London. Mereka juga meronda ronda London dengan bas. Sebelum balik mereka singgah di Tesco membeli udang untuk lauk makan malam. Saya menggoreng campak campak sahaja untuk dimakan dengan nasi lemak.



6 comments:

  1. Sedapnya sambal udang...huhu. Ninie dah bertahun mmg refer resipi kt blog k.azie. Hari tu Malaysian society day kt sini, ninie ditugaskan buat kuih bakar. Ikut resipi k.azie dh...tp bahan terhad. Guna perisa pandan n pewarna aje. Pelik la sikit rasanya. call bgtau mak kt kelantan gelak aje dia. Tp menjadi la juga, ada rupa.

    http://thebeautyofsplendid.blogspot.co.uk/2016/03/kuih-bakar-perantauan.html

    Wah, London! Mmg best shopping di primark...murah. Ninie kt sini pun primark aje la tiap minggu...kih3. Hari ni dh masuk spring. So x pasal2 teringin nk mkn nasi ayam plg best resipi akak tu. penah buat pd musim bunga yg lepas. nostalgia gitu. Thanks for the recipes, Cikgu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waah so sweet. Boleh juga guna perisa pandan. London memang best. Kalau mampu, setiap tahun hendak ke sana. Ninie bekerja atau masih belajar?

      Delete
  2. Ninie cuti belajar n dihantar ke sini oleh universiti di Malaysia (majikan). Bila2 dtg bertahu la ye. Ada rezeki and masa, Ninie bleh turun ke London.

    ReplyDelete
  3. salam.. saya juga sama mcm Ninie..belajar di UK dan resepi dari blog akak memang sentiasa di refer. Baru-baru ni, di sekolah anak saya di Bristol (the only malaysian in her school) ada International Food Festival, dan saya bawa kuih bakar pandan ke sekolah dan saya bawa contoh daun pandan sekali.
    masing2 memuji kesedapan kuih bakar pandan resepi akak.
    Dan baru2 ni saya guna resepi daging hitam akak untuk jamuan pelajar2 malaysia di sini. Alhamdulillah sedap sungguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm sis. Terima kasih kr share pengalaman di sana. Alhamdulillsh saya tumpang gembira mendengarnya. Salam perkenalan dari saya. Luv u

      Delete
  4. salam puan. boleh x puan emelkan sy itenarary puan pade emel sy. naimleha88@gmail.com
    tq ye sbb kami bercadang nk pergi ke sana bln 3 ni :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.