Iklan

Iklan Nuffnang

7 Mar 2016

London Day 1: New Bond Street dan Harrods







Kami mengambil train Eurostar dari stesyen Gare De Nord pukul 9.00 pagi untuk balik ke London. Pukul 7.30 pagi kami telah berjalan keluar dari hotel kerana terdapat pemeriksaan immegresen yang perlu dijalani. Tiba di St Pancras International pada pukul 11.00 pagi waktu London. Sebaik keluar, telah dapat dirasa udara sejuk yang menyengat walaupun tanpa angin. Aduuh macam lagi sejuk dari Paris ni, kata Boy. Kami berjalan kaki ke bus stand berhampiran untuk mengambil bas ke Queensway bus station. Sepanjang perjalanan, ralit melihat lihat bangunan di London yang sangat cantik tersusun.

Dari situ, kami melintas jalan dan melalui sebelah Hotel Hilton Double Tree untuk ke Hotel Grand Plaza Serviced Apartment. Walaupun hotel ini agak jauh juga kena berjalan tapi saya gembira dan selesa dengan hotel ini. Biliknya luas dan yang penting terdapat peralatan untuk memasak. Restoran Selesa juga menyediakan makanan halal sahaja. Juga terdapat kemudahan mesin ATM Maybank di lobi hotel untuk memudahkan rakyat Malaysia membuat pengeluaran wang semasa di London. Pendek kata, saya pasti akan menginap di hotel ini lagi untuk kunjungan akan datang. Kedudukannya di Bayswater Road sangat memudahkan untuk kami balik menghantar barang barang ke bilik jika dah tak larat membimbitnya.





Hari pertama di London. Sementara menunggu bilik disiapkan, kami berjalan kaki ke Tesco yang terletak bersebelahan dengan Whiteley Bayswater untuk membeli bahan bahan untuk memasak. Memang teruja melihat harga makanan di sini yang sangat murah. Harga ikan salmon, udang, buah buahan semuanya sangat murah. Maksud saya murah ialah bila dikira dalam duit pound. Bukan setelah conversion. Harga barangan juga tidak berubah seperti mana 5 tahun yang lalu.






Sebaik selesai urusan check in, kami terus memasak nasi dan memanaskan lauk yang dibawa dari Malaysia. Saya juga menggoreng ikan salmon yang dibeli di Tesco. Selesai makan dan solat, kami bersiap siap untuk keluar.






Destinasi pertama kami ialah untuk ke Butik Chanel di New Bond Streets. Agak jauh juga berjalan kaki dari tempat kami turun dari bas. Setelah itu, kami tergesa gesa menuju pula ke butik Chanel di Harrods. Ini adalah kerana hari Ahad, waktu perniagaan di Harrods adalah sehingga pukul 6.00 petang sahaja. Walaupun sepanjang New Bond Streets banyak deretan butik butik terkenal, memang kami tidak dapat singgah menjamu mata pun. Seperti juga Paris, kami memutuskan untuk menggunakan bas sahaja untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Bas yang kami naiki berhenti betul betul berdekatan dengan Harrods. 





Di Harrods, sementara menunggu bag di pack, kami singgah bergambar di tempat peringatan Princess Diana dan Dodi. Memang tidak ada masa pun untuk singgah atau window shop dalam Harrods. Tujuan kami ke situ hanyalah untuk membeli handbag. Bila urusan ini dah selesai, barulah boleh bershopping. Itu pesan saya pada anak anak sebelum memulakan perjalanan.





Setelah selesai semua urusan berkaitan dengan handbag, kami turun ke bahagian makanan. Seronok melihat susunan makanan dan minuman yang cantik, pelbagai dan berwarna warni. Apalagi, kami tidak melepaskan peluang bergambar di situ. Anak anak tidak juga mula membeli pelbagai makanan dan minuman.






Keluar dari Harrods, hari telah gelap seperti malam hari walaupun jam baru menunjukkan pukul 5.00 petang lebih. Hujan pula mulai turun renyai renyai. Jadi kami sepakat untuk terus balik ke hotel dan memasak hidangan makan malam. Makan malam kami pada malam itu ialah nasi lemak dengan lauk Daging Masak Hitam, Sambal Tumis Ikan Bilis dan timun sebagai ulam. Memang berselera makan nasi dalam cuaca yang sejuk.


6 comments:

  1. Thanks for sharing such a useful information. It is very useful and informative.London Holiday Apartments

    ReplyDelete
  2. Puan Azie.. periuk belanga mmg disediakn di hotel kah?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum aunty, saya nurul... insyaALLAH thn dpn raya cina, saya akn berangkat ke london bersama suami, tp kami masih belum decide nk stay kt mne, apartment yg aunty duduk tu di tengah bndar london ker (westminter)??, dan bersebelahan dgn tesco ker?, terima kasih aunty sudi share

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum aunty, saya nurul..apartment yg aunty duduk ni area mana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Nurul. Blh google Grand Plaza serviced apartment. Kawasan bayswater. Best situ. Banyak makanan halal. Dekat jer dg bandar

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.