Iklan

Iklan Nuffnang

21 Mar 2016

London Day 3: Big Ben dan Trafalgar Square





Hari ketiga iaitu 9 Februari di London kami membuat keputusan untuk ke Portobello Road Market selepas membaca cadangan kawan kawan supaya kami ke sana. Hari itu tidak banyak gerai yang dibuka sepanjang jalan. Kedai kedai sepanjang jalan pula banyak menjual barangan antik yang tentu sekali bukan minat saya. Terjumpa satu brooch yang cantik dari batu permata delima, zamrud dan nilam. Harganya pun sangat cantik. Hanya itu sahaja yang saya berkenan. Anak anak pula membeli fridge magnet dan lain lain souviner yang harganya lebih murah dari Oxford Street.







Dari situ, kami mengambil bas untuk ke Big Ben. Anak anak seronok dapat duduk di tempat duduk hadapan tingkat atas bas. Memang ramai sekali orang di kawasan Big Ben, bangunan Parlimen dan Westminster Abbey. Untuk mengambil gambar pun agak sukar dan mencabar dengan orang yang lalu lalang. Terdapat pula kerja kerja membaiki jalan yang agak mencacatkan pemandangan dalam gambar. Cuaca sejuk menjadikan anak anak juga tidak selesa untuk bergambar. Banyak banyak musim winter yang kami pergi, inilah winter yang benar benar sejuk. 




Dari Big Ben, kami berjalan kaki ke kawasan Westminster Abbey. Tapi orang ramai di situ dan pastinya agak susah untuk bergambar. Jadi kami hanya melihat dan bergambar dari jauh sahaja. Kemudian kami beredar pula ke Trafalgar Square. Menyusuri jalan jalan yang pernah saya dan hubby lalui dulu. Di sepanjang jalan ini, kami mengambil gambar secara bergilir gilir. Cuaca cantik dengan langit membiru menjadikan gambar juga cantik.





Dari Trafalgar Square, kami mengambil bas untuk ke Lily white di mana anak anak membeli pakaian sukan. Saya singgah bergambar di monumen berhadapan Lilywhite. Dari situ, kami mengambil bas untuk ke Butik Chanel New Bond Street. 




Kemudian ke Oxford Street untuk makan di Burger n Lobster. Dari Malaysia lagi saya sudah merancang untuk menbawa anak anak makan di sini. Saya hanya menjamah sedikit sahaja. Memang sedap sekali dengan rasa isi ketam yang padat dan kental. Balik ke hotel, dah mula muncul allergi di seluruh badan. Nasib baik ianya tidak lama. Selepas mengambil ubat, tiada lagi allergy baru yang muncul.





  

3 comments:

  1. Burger n Lobster tu mmg amat sedap...ninie penah mkn situ last year...hihi

    http://thebeautyofsplendid.blogspot.co.uk/2016/03/london-at-first-glance-i.html

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.