Iklan

Iklan Nuffnang

24 Feb 2016

Gulai Tongkol Untuk Lauk Nasi Dagang Terengganu




Saya ingin kongsikan antara petikan Kuliah Ustaz Helmi di Surau Ad Dhuha yang sangat bagus untuk pedoman kita semua. Ianya berkenaan adab dengan diri sendiri ketika menuntut ilmu menurut Iman Al Ghazali. Apa tujuan kita belajar atau menuntut ilmu? Kita belajar untuk mendapat petunjuk dari Allah. Hidayah kita perlu cari dengan cara menuntut ilmu. Niat menuntut ilmu untuk mendapat hidayah. Maka ketika itu kita kena rasa gembira kerana segala malaikat dalam langit menghamparkan sayapnya bila engkau berjalan untuk menuntut ilmu yang memberi manafaat. Segala ikan di laut mengucap istighfar bagi mu. Semua ikan yang ada di laut akan beristighfar pada kita. Dengan syarat niat kita belajar adalah kerana Allah dan untuk mendapat Hidayah. Bila ikan di laut telah beristighfar untuk kita, tidaklah bermakna kita tidak perlu lagi beristighfar. Kita kena juga beristighfar sekurangnya 100 kali sehari. Istighfar adalah ibadat zahir. Tapi kita kena istighfar dengan menghadirkannya dalam hati supaya hati tidak lalai. Bukan sekadar di mulut sahaja. Dosa kita banyak, ada yang kita tahu dan ada yang kita tak tahu, yang ingat dan yang lupa, dosa dengan Allah, dosa dengan manusia dsb. 






Bagaimana mahu kusyuk dalam istighfar? Caranya ialah dengan membayangkan setiap anggota badan kita dari atas hingga bawah. Contoh dari kepala bila kita memikirkan tentang maksiat. Mata pula apabila ianya melihat perkara berdosa, telinga mendengar perkara di larang dan seterusnya sehingga anggota kaki. Itu anggota zahir. Yang batin pula seperti riak, berburuk sangka dengan Allah dsb. Semua kena istighfar. Kalau istighfar dengan ingat semua itu, akan jadi lebih dari 100 kali jika kita hayati istighfar. Hati kita seperti pakaian yang kena sentiasa dibasuh dan dibersih. Begitu juga hati kita. 

Resepi gulai ikan tongkol lauk untuk nasi dagang Terengganu hari ini, saya belajar dari Puan Zainab yang mempelajarinya dari mertua beliau yang berasal dari Terengganu. Kiranya ini adalah resepi turun temurun keluarga mertua Puan Zainab. Kalau lauk nasi dagang saya sebelum ini, menggunakan bahan dan rempah yang disediakan sendiri, namun hari ini saya menggunakan rempah lauk nasi dagang segera yang dibeli di Pasar Payang Kuala Terengganu. Jika tiada rempah ini, bolehlah menyediakan rempah sendiri dengan merujuk kepada beberapa resepi yang saya kongsikan sebelum ini. Mahu tengok langkah demi langkah menyediakan nasi dagang? Haa boleh klik di SINI. Jom layan resepi lauk nasi dagang Terengganu yang memang sedap ini.




Gulai Ikan Tongkol Untuk Nasi Dagang
Oleh: Azie Kitchen


Bahan rebus:
1 ekor ikan tongkol putih
8 keping asam keping
1 genggam garam kasar

Bahan lain:
1 1/2 senduk cili kisar 
2 keping gula Melaka - rendam dengan air panas
1 gelas rempah lauk nasi dagang  - guna 100 gram
1 kg santan pekat
Gula pasir secukup rasa

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
1 inci halia - opsyenal 
2 hiris lengkuas - opsyenal

Cara cara:
Rebus ikan bersama dengan asam dan garam bersama air secukupnya di dalam slow cooker selama 2 malam. Ianya bertujuan supaya tulang ikan benar benar lembut.  








Sementara itu, tumis cili kisar dengan sedikit minyak sehingga garing dan keluar minyak.

Masukkan cili tumis ke dalam periuk rebusan ikan. Masukkan juga rempah lauk nasi dagang dan bahan kisar. Tambahkan air secukupnya, air gula Melaka dan belimbing buluh. Masak sehingga mendidih. Sesuaikan rasa masam manis dan masin.

Masak santan dalam periuk berasingan sehingga santan pecah minyak. Akhir sekali tuang santan ke dalam periuk ikan tadi dan kacau rata. Letakkan cili padi dan sedia untuk diangkat.  


6 comments:

  1. Saya tak salah baca ker ni..rebus 2 malam?? Nak kena buat banyak2 mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya rebus 2 malam supaya tulang nya lembut. Memang semerbak dapur dengan bau ikan rebus. Bukan 2 hari.

      Delete
  2. Masih konfius....2 mlm tu agak2 brp jam yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti Zue tahu satu malam ada berapa jam kan? Kali lah dg dua malam. Orang bekerja macam saya, siang tak ada di rumah. Jadi balik kerja, sambung lagi satu malam.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.