Iklan

Iklan Nuffnang

14 Feb 2016

Chinese Style Nasi Goreng Sedap dan Mudah





Sebelum memulakan entri berkenaan masakan, saya ingin menyelitkan petikan Kuliah Ustaz Abdullah Abdullah Lutfi berkenaan Surah Al Baqarah ayat 45-47. Di mana ianya berkenaan kita dikehendaki meminta pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Seperti mana kita mohon dalam surah Al Fatihah. Kita mengakui tak akan sembah selain Allah dan Allah jugalah tempat kita memohon pertolongan. Kena ada cara untuk meminta tolong dari Allah iaitu kena beribadat dulu. Maknanya kena beribadat dulu, baru minta tolong. Jangan sesekali meminta pertolongan dengan orang apalagi Bomoh dsb. Apa yang dimaksudkan meminta pertolongan dengan sabar dan solat? Maknanya kena memohon pada Allah dengan sabar. Jangan minta sekali, tak dapat terus berputus asa. Sedang dengan Allah, kena minta secara berterusan. Lagi minta lagi Allah suka. Sabar adalah senjata yang amat berkesan. Siapa tak sabar tak akan berjaya.




Kedua minta pertolongan dengan solat. Rasulullah bila risau akan sesuatu perkara, akan solat kerana solat mendekatkan diri dengan Allah. Apa sahaja urusan, kita solat.Sesungguhnya sabar dan solat adalah sesuatu yang berat. Kenapa berat? Solat kena kusyuk. Mana dalil menyebut yang kita kena kusyuk dalam solat? Surah Al mukminum 23:1-2 menyebut, Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusuk dalam solatnya. Kusyuk ialah amalan hati. Hati sentiasa ingat pada Allah sahaja. Apa yang kita baca kita kena tahu maknanya. Dalam solat, hanya ingat apa yang Allah suruh, tak ingat pada perkara lain. Jika teringat pada perkara lain, cepat cepat tarik semula. Sabar juga sangat berat. Macam macam dugaan datang. Jadi berat bagi kita untuk sabar. Kena latih diri. Dalam solat, datang macam macam dugaan dari syaitan untuk menganggu. Kusyuk adalah amalan hati. Hati memainkan peranan penting. Dalam tubuh badan kita hatilah yang penting. Jika bertaubat, kena dengan hati. Hati mesti rasa menyesal. Bukan sekadar ucapan di mulut.

Semua manusia pasti ada ditimpa masalah. Yang kaya, menpunyai masalah tersendiri, yang miskin juga punya masalah. Cantik dan hodoh juga ada masalah. Pendek kata manusia tidak akan dilepas dari diuji dan diduga dengan masalah. Saya sendiri juga banyak masalah samada di rumah dan juga di tempat kerja. Ada masa saya juga tidak dapat bersabar dengan apa yang terjadi. Hati mula rasa sedih dengan apa yang dialami. Namun saya cepat cepat memujuk hati supaya tidak rasa dengki atau sakit hati dengan apa yang diperolehi oleh orang lain. Lagi pulak, saya yakin 200% mereka yang melakukan sebarang ketidakadilan akan dibalas di akhirat. Itu janji Allah. Kalau bab rezeki, tak perlu kita rasa risau. Itu pesan Ustaz Ibrahim Muhammad kerana katanya rezeki setiap orang adalah ditentukan Allah. Jadi kenapa risau dan kenapa berkeluh kesah. Bukan duit dan harta yang banyak perlu dicari tetapi duit dan harta yang barakah. Bilaa barakah, yang sedikit rasa banyak dan cukup, yang payah terasa mudah.

Sempena cuti hujung minggu yang panjang kerana bersambung dengan cuti Hari Wilayah, saya telah ke dapur untuk menyediakan sarapan buat saya, Boy dan Aween. Hubby outstation. Saya juga menyiapkan bahan bahan untuk memasak keesokannya untuk dibuat sejuk beku bagi bekalan percutian kami. Jom layan resepi mudah dan sangat cepat disediakan ini... Masakan Cina memang banyak yang menggunakan minyak bijan. Di dalam resepi ini, langsung tidak dimasukkan cili kisar, sebaliknya diletakkan serbuk lada hitam dan kicap sebagai pewarna yang menggelapkan warna nasi goreng. Sekali sekala, eloklah dibuatkan kelainan. Mana tahu kalau tiada ayam atau daging, boleh sahaja memasak nasi goreng ini yang menggunakan telur....




Chinese Style Nasi Goreng
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 sudu besar mentega - bahagi
2 biji telur - kacau
2 karot saiz sederhana - potong kiub
1 biji bawang besar kuning - potong dadu
1/2 cawan kacang peas sejukbeku
3 ulas bawang putih - cincang
Garam
Serbuk lada hitam
4 cawan nasi putih - sejuk
3 batang daun bawang - hiris halus
3-4 sudu besar soy sauce atau secukup rasa
2 sudu besar oyster sauce - opsyenal
1/2 sudu kecil minyak bijan


Cara cara:
Panaskan 1/2 sudu kecil mentega atas api sederhana sehingga cair. Masukkan telur dan kacau rata. Angkat telur dan ketepikan.

Tambah lagi 1 sudu besar mentega ke dalam kuali yang sama dan panaskan sehingga mentega cair. Masukkan karot, bawang, peas dan bawang putih serta garam dan serbuk lada hitam.

Kacau selama 5 minit atau sehingga karot lembut. Besarkan api dan masukkan baki mentega dan kacau sehingga ianya cair. Cepat cepat masukkan nasi, daun bawang, soy sauce dan oyster sauce. Kacau sebati selama 3 minit.

Masukkan telur tadi dan kacau rata. Akhir sekali masukkan minyak bijan dan kacau rata. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

2 comments:

  1. assalamualaikum azie
    selamat berhujung minggu
    sedap nampak nasi goreng cina tu warna warni akak suka kalau colourful macam tu

    ReplyDelete
  2. NAMPAK SEDAP..YUMMY...NI AZIE...NAK TRY LA RESIPI AZIE...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.