Iklan

Iklan Nuffnang

14 Jan 2016

Mee Goreng Sedap






Saya ingin mulakan dengan petikan ceramah Perdana Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani yang diadakan di auditorium tempat saya bekerja. Hidup kita tidak sekadar di dunia tetapi akan hidup lagi kerana kita sedang dalam perjalanan ke padang Masyar. Hidup kita di dunia hanya dalam linkungan 60-70 tahun sahaja. Dalam masa terbatas, kena jadi secerdik cerdik manusia yang bukan sahaja memikir akan kehidupan di dunia tapi berfikiran jauh untuk memikir kehidupan yang akan dijalani di akhirat. Orang paling cerdik ialah orang yang mempersiapkan diri dengan amalan sebagai bekalan selepas mati. Kita akan fikir panjang dan jauh. Bekalan apa perlu dibawa untuk mengadap di hadapan Allah nanti. Itu yang menyebabkan kita datang dan hadir majlis ilmu supaya tidak terkejut bila mengadap depan Allah. Jangan tergaman bila berada di suasana yang jauh lebih besar dari apa yang kita lihat di dunia ini. Ada golongan manusia yang mengadap Allah dalam keadaan tidak bersedia. Disebut dalam surah An Nisa ayat 97, ada golongan dimati dalam keadaan melakukan kezaliman pada diri sendiri. Mati dalam keadaan maksiat, mati dalam keadaan tidak bersedia. Mati dalam keadaan tak boleh membaca Al Quran. Bila mati,  pasti  sekali orang seperti ini tak lepas di hadapan Allah. Bila malaikat tanya, pasti tak boleh menjawab. Kenapa mati dalam keadaan tidak bersedia? Malaikat pasti menanya kenapa kamu tak menuntut ilmu sedang muka bumi ini adalah luas. Tempat bagi orang seperti ini adalah tempat yang azab. Ada golongan yang langsung tak peduli pasal kuliah dan majlis agama. Allah akan buka segala pintu maksiat yang dia ingin lakukan dan Allah biarkan sehingga dia rasa seronok dan kemuncak kehidupannya dan ketika itu Allah akan tarik nyawa dia dalan keadaan tercengang cengang. OK setakat ini dahulu dan sekarang kita masuk bab resepi.

Resepi ini saya belajar dari sahabat saya Yat selepas menikmati mee goreng hasil air tangan beliau yang sangat sedap. Kata Yat, bahan yang digunakan sama dengan orang lain cuma mungkin teknik yang berbeza. Kalau diteliti, memang bahan yang digunakan sama dengan resepi mee goreng Azie. Cuma saya meletakkan juga sos cili dan sedikit garam serta serbuk perasa. Selepas mendapat resepi serta cara Yat menyediakan mee goreng, keesokannya juga saya meminta hubby singgah di kedua runcit untuk membeli bahan bahan. Tak sabar untuk mencuba sendiri. Yang lagi unik kerana Yat langsung tidak menggunakan garam atau serbuk perasa. Hanya sos tomato dan kicap manis sahaja. Sebelum ini, saya tidak pernah memasukkan kubis dalam mee goreng. Cuma digunakan dalam nasi atau mee hoon goreng sahaja. Rupanya sedap jika dimasukkan kubis dalam mee goreng.





Insya Allah, saya akan terus menggunakan resepi ini untuk menyediakan mee goreng di masa masa akan datang. Resepinya sangat simple dan yang penting sedap dan secukup rasa. Dengan adanya sukatan yang hampir tepat ini, anak anak boleh menyediakan sendiri mee goreng di rumah. Cuma kena belajar adjust dari segi basah sahaja. Mee goreng yang sedap adalah mee yang sedang sedang basahnya. Tak suka terlalu basah atau terlalu kering. Untuk 1 pek mee kuning, boleh dimakan untuk 3-4 orang. Saya menggunakan 4 ekor sotong yang bersaiz besar. Kos untuk sotong dan mee adalah RM12.00. Kos keseluruhan dalam RM15.00. Masih murah kerana bahan rencah yang digunakan banyak dan boleh makan menambah nambah. Pendek kata, jika ingin berjimat, haruslah memasaknya sendiri di rumah. Apalagi jika menpunyai famili yang besar. 

Jom layan resepi yang sangat mudah dan cepat disediakan ini. Nak lebih cantik, kena letakkan cili merah yang dihiris. Barulah lebih berwarna warni. Saya tak ada stock, jadi tak letak. Hmm 2 hari berturut turut layan mee goreng...



Mee Goreng Sedap

Bahan bahan:
1 pek/500 gram mee kuning - basuh & tos
6 ulas bawang putih - ketuk & racik
2 sudu besar cili kisar
1 senduk sos tomato Kimball
1/2 senduk kicap manis Jalen - saya guna 1 senduk

Bahan lain:
Udang dan sotong - atau apa yang disukai
Sawi/kubis - atau kedua dua

Bahan tabur:
Daun sup/daun bawang
Cili merah
Bawang goreng
Perahan air limau nipis - opsyenal

Cara cara:
Panaskan minyak masak secukupnya. Tumis bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan cili kisar. Tumis hingga cili benar benar garing baru dimasukkan sos tomato dan kicap manis. Kacau seketika.

Masukkan  1/2 cawan air. Biarkan ianya mendidih dengan api perlahan sehingga ianya menjadi sedikit pekat.

Masukkan udang dan sotong. Kacau seketika sehingga ianya agak 3/4 masak. Masukkan pula mee kuning bersama dengan sayuran.

Jika agak kering, bolehlah ditambah sos tomato dan kicap manis. Sesuaikan rasa. Kacau rata dan sedia untuk diangkat.

Sebelum dihidang, taburkan daun bawang, bawang goreng dan cili merah. Untuk saya, wajib di perah limau nipis sebelum dinikmati. 



Nota:
Jika suka, boleh masukkan sedikit garam.

6 comments:

  1. ok ...mmg menarik balik karang masak mee goreng la .. udang sotong ada lagi kat rumah .. beli mee je

    ReplyDelete
  2. hello admin. i dh try recepi u. mmg sedap dan menjadi. rasa lain dri biasa i masak. Adik beradik i suke and slalu suruh buat. heheh. thx for sharing ya.
    Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

    >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

    ReplyDelete
  3. Perkongsian dari seseorg - bila dtg seseorg yg dlm kesusahan & perlu pertolongan lalu dia meminta bantuan dari kita,itu adalah juga ujian Allah kpd kita utk menguji adakah kita sanggup berkongsi rezeki dgn org lain & menolong saudara seagama yg dlm kesusahan sebagaimana ayat Quran yg bermaksud, dlm setiap harta rezeki kita Ada hak org yg susah & maksud hadis tidak sempurna iman seseorg yg tak mengasihi sesama saudara seagama...
    Anyway, seronok tgk Puan Azie menghabiskan cuti di Korea Selatan.
    Anyway, seronok

    ReplyDelete
  4. salam Kak azie. arini gf saya x sihat. saya Cuba masak tuk dia pagi ni.saya cuba resepi ni kak azie. harap2 saya buat jadi :) .Insha Allah... (Indra)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah sedap. Sebab niat ikhlas

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.