Iklan

Iklan Nuffnang

11 Jan 2016

Kunjungan Ke Banglo Dalam Taman






Banglo berkonsepkan taman tropika milik Encik Sani dan Yat yang tersembunyi di celah pokok pokok hutan yang merimbun adalah antara destinasi yang amat mendamaikan jiwa. Setiap penjuru dekorasi rumah dan laman adalah sesuai dengan minat dan citarasa saya. Kediaman yang dikelilingi kolam ikan yang jernih dan kolam renang yang membiru memberi kesan redup dan menyegarkan.

Setiap kali berkunjung ke sini, pasti ada sahaja tambahan dan ubahsuai yang dibuat. Kali ini satu lagi akuarium yang dibina di laman yang memuatkan ikan ikan mereka yang telah bertahun tahun dibela. Ikan kerai, ikan kelah spesis import, ikan kalui dan pelbagai lagi. Selain itu, bilik pejabat dan ruang berkarya anak bujang mereka juga telah siap. Mereka saling menyokong antara satu sama lain. Saya memang mengkagumi famili ini sejak dahulu.






Seperti biasa, setiap kali balik dari sana fikiran saya seolah saya masih bercanda dengan alam semulajadi di sana. Ketika itu, mula lah timbul macam macam idea untuk menambahbaik laman kami yang dah tak terurus ini. Namun saya harus mengakui yang Encik Sani dan Yat bukan sahaja membuat pelaburan yang besar tetapi juga kecintaan dan minat mereka yang mendalam menyumbangkan pada apa yang ada di kediaman mereka hari ini.






Sebelum balik, kami dijamu dengan air kelapa pandan yang dipetik dari laman mereka. Seolah tahu kegemaran saya pada air kelapa. Tak lupa mee goreng Yat yang simple tapi menambat selera saya. Bukan memuji tetapi teramatlah sedap. Saya memang penggemar mee goreng tetapi hanya mee goreng yang kena dengan selera sahaja. Saya mengambil peluang untuk mendapatkan tips penyediaannya. Sebaik sampai di rumah, saya menghantar WhatsApp meminta Yat kongsikan resepi. Tidak lupa Soft Cookies yang disediakan si puteri bongsu yang sangat sedap. Rangup di luar tetapi lembut di dalamnya. Bayangkan saya masih terbayangkan keenakannya sehingga keesokan hari, malahan sehingga ke hari ini.




Yang pasti inilah perfect weekend getaway untuk saya. Tempat yang boleh membelai hati dan perasaan dengan deruan air terjun yang mendamaikan.



2 comments:

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.