Iklan

Iklan Nuffnang

18 Jan 2016

Korea Day 2 Part 2 Myeongdong Night Market






Kali ini pulak adalah sambungan dari entri di Yongpyong Ski Resort di mana kami balik dengan bas direct dari Tower Plaza. Bas tiba di Myeongdong pukul 8.00 malam dan berhenti berdekatan dengan Myeongdong subway station. Berpandukan map, saya bergerak sedikit ke hadapan sehingga berjumpa dengan Migliore Mall, tempat kami singgah pada hari pertama. Rupanya inilah Myeongdong Street yang sangat happening di sebelah malam tu. Kami jadikan Migliore sebagai titik tanda kerana sehari sebelumnya kami balik ke hotel dengan subway melalui Myeongdong station di hadapan Migliore. Belok kanan adalah merupakan jalan utama yang sepanjang jalan banyak kedai kedai ternama termasuklah Forever 21, Zara, yang sangat happening. 




Selepas itu, kami mencari kedai makan yang dikatakan terletak di atas bangunan Artbox bersebelahan Forever 21. Tapi signage di kedai tersebut kelihatan berbeza. Bila saya naik bertanya, memang ianya adalah kedai makan yang baru. Kami mencari pulak kedai makan Yogaane yang menjual Seafood marinated fried rice. 
Lepas makan kami meronda ronda di sepanjang jalan di Myeongdong street. Saya singgah di Mixxo dan membeli trench coat dengan harga 79000 won dan mafla dengan harga 16000 won. Langsung tak dibagi diskaun. Juita dan Aween juga ada mencuba beberapa street food seperti sotong bakar dan kuih ikan.







Semasa di situ, bertemu dengan Linda, pembaca blog Azie. Beliau sempat memberitahu yang kakak nya yang sedang belajar di UK juga selalu merujuk resepi dalam blog Azie Kitchen. Alhamdulillah kerana blog saya memberi manafaat kepada ramai wanita sebagai sumber rujukan resepi. Sempat juga berkenalan dengan seorang lawyer dari Japan.





Setelah puas meronda, kami berjalan balik ke Migliore untuk mengambil teksi ke hotel. Kos tambang teksi adalah 6100 won. Seperti biasa, sebelum naik ke bilik, singgah di kedai G25 untuk membeli banana milk. Memang bagus kerana ianya memang dapat melancarkan urusan pembuangan. Nampak kedai PASHA yang jual kebab dan kedai Mr Kebab. Rupanya banyak kedai PASHA dan Mr Kebab di dalam satu kawasan yang tidak jauh antara satu sama lain. Berakhir lah hari kedua percutian free and easy kami di Seoul..



5 comments:

  1. Seronoknya kak...alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. kak azie..saya baru balik..huaahh..suhu mlm cecah ke -10...x selesa nak menyoping..huhu..

    ReplyDelete
  3. Teringat trip pi Korea than 2014 Dulu
    Hotel weols kt myeodong ni la
    Umah punya ramai kak nangihhhh
    Mai jejln jepun plak

    ReplyDelete
  4. wah akak...orang Korea pun kenal akak erk...

    ReplyDelete
  5. I'm so glad to have found something informative in your site. Thanks for sharing.

    jandi

    www.triciajoy.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.