Iklan

Iklan Nuffnang

15 Jan 2016

Korea Day 2 Part 1 Bermain Salji Di Yongpyong Ski Resort







Kali ini saya ingin menyambung semula catatan percutian ke Korea yang telah tertangguh kerana memberi laluan kepada beberapa entri masakan. Destinasi kami pada hari kedua ialah untuk menjejaki Kang Joon Sang di Yongpyong Ski Resort. Secara jujur saya tak pernah menonton drama Korea jadi drama Winter Sonata semua tak pernah saya ambil tahu. Yang saya tahu berkenaan Korea bila adanya persembahan tarian Oppa Gangnam style. Itu pun setelah Nelly memberitahu berkenaan tarian tersebut sewaktu jabatan mengadakan persembahan pada Hari Keluarga di Sunway Lagoon. Saya membuat keputusan untuk menonton drama tersebut hanyalah untuk mengetahui tempat menarik di Korea sahaja. Tapi bila mula menonton, dah jadi angau kat Kang Joon Sang pula. Aduhaai serius, rupa Joon Sang ada iras my hubby semasa di universiti dulu. Rambutnya, senyumannya, suara yang serak serak, hidung mancung dan tinggi lampai. Bezanya ialah my hubby mata tak sepet dan seputih Kang Joon Sang. Yang lagi menarik, macam mana Joon Sang mempertahankan cintanya. Dia sanggup meninggalkan kekasihnya Chelin setelah menyedari cinta sejatinya adalah pada Yujin. Ada persamaan dengan diri saya dan hubby dalam bab ini. Kami sama sama meninggalkan seseorang demi kembali pada cinta sejati kami. Tidak boleh mencintai hanya kerana rasa kasihan semata. Mungkin terasa kesakitan di awalnya tetapi hakikat mesti diterima bahawa cinta adalah sesuatu yang datang secara semulajadi di dalam hati. 

Oleh kerana tidak mahu tiba lambat, pagi pagi lagi kami telah bersiap siap. Oleh kerana tidak mahu membuang masa mencari cari dan tukar subway line di subway station, kami ambil teksi dari Itaewon ke Dong Seoul. Saya tunjukkan gambar bus station yang ada tulisan Korea. Ingatkan driver tu faham, rupanya dia dah terbawa kami ke tempat lain. Setelah diulang ulang bus station, barulah dia sebut Dong Seoul. Aiseyman, banyaklah pulak kena membayar tambang teksi hari itu. Tambang teksi 13,600 won. Teksi berhenti depan Dong Seoul bus station. Kami terus ke kaunter tiket dan memberitahu destinasi Hoengge. Tiket bas untuk kami adalah 14,500 seorang. Kami memilih perjalanan pukul 9.25 pagi. Dari apa yang dibaca, di situ ada Lotteria yang menjual shrimp burger tapi bila ditanya tak ada dijual pulak. Mungkin sebab awal pagi, yang hanya menjual menu untuk breakfast. Aduhaai kami pulak, belum sempat makan apa apa pun sebelum bertolak.  





Bas bertolak tepat pada pukul 9.25  pagi. Basnya sangat selesa, mempunyai 2 dan 1 tempat duduk. Bas berhenti di 2 perhentian untuk menurunkan penumpang. Kami sampai di Hoengge pada pukul 11.30 pagi. Sesampai di Hoengge, lagi sekali dek kerana tergesa gesa, kami tersalah menaiki bas. Saya menanyakan shuttle bus ke ski resort dan seorang Ahjussi telah menahan bas yang sedang bergerak dan memberitahu kami supaya naik bas tersebut. Laa rupanya bas tersebut berhenti di tempat menunggu shuttle bas sahaja. Aduhaai kesejukan kami di situ. Nasib baik ada 2 Oppa yang ingin ke ski resort turun sama menunggu dengan kami. Mereka boleh berbahasa Inggeris sedikit sedikit dan memberitahu shuttle akan tiba dalam pukul 12.00.  Kalau tahu tadi, mahu jer saya ambil teksi dari Hoengge ke Yongpyong Ski Resort kerana tambang pun hanya 8000 won sahaja. Inilah tempat kami diturunkan untuk menunggu shuttle bus. Sejuk sangat ketika itu walaupun nampak hari seperti panas.




 
Sesampai di Tower Plaza, kami terus mencari kaunter tiket untuk menanyakan tiket balik ke Seoul. Tapi kami tak terus membeli hanya sekadar ingin mengetahui jadual perjalanan sahaja. Di sebelah kaunter tiket ada kedai pizza tapi waiter tak boleh berbahasa Inggeris, rasa risau lah pulak nak makan di situ. Kami terus berjalan ke arah Golden Plaza. Singgah sekejap di tempat ski yang salji cantik memutih. Tak sabar nak memijak dan memegang salji. Saya pulak terlupa membawa sunglasses walaupun memang dah tahu perlu memakai sunglasses kerana salji yang memutih menyebabkan silau pada mata. Selepas bergambar di situ, kami terus berjalan menuju Golden Plaza.



 
Nasib baik ada kedai menjual kebab yang halal di hadapan Golden Plaza. Beli 3 biji kebab dengan harga 18,000 won. Nasib baik saya membawa sos cili. Rasa juga berselera bila ada kena dengan sedikit rasa Malaysia. Saya ada baca yang sos di sini sangat pedas. Itulah saya siap siap bawa sos cili dalam pek kecil dari KFC. Juita juga belikan saya Caramel Macchiato di gerai bersebelahan kebab. Selebihnya kami hanya minum air mineral bagi memastikan badan tidak kekurangan air.




 
Selepas makan, kami terus masuk ke dalam Golden Plaza untuk membeli tiket gondola di tingkat 2 untuk naik ke Golden Peak. Kami naik gondola dalam pukul 12.30 tengahari.  Subhanallah, cantiknya kawasan di atas Golden Peak dengan pokok pokok yang dipenuhi salji yang memutih. Seronok main salji yang cantik memutih walaupun tiada snow yang turun. Inilah kali pertama saya melihat dan menyentuh salji. Barulah tahu yang salji rupanya sangat licin terutama bila ianya dipijak oleh ramai orang. Ada kes yang jatuh tergelincir juga. Itulah pentingnya untuk kita memakai winter boot yang menpunyai tapak besi khas untuk memijak salji.




Apalagi kami pun ambil peluang untuk menikmati sepenuhnya kehebatan salji ciptaan Illahi. Kehebatan yang tidak ada di negara sendiri. Kami siap berbaring lagi di atas salji yang sejuk. Alhamdulillah sangat bersyukur kerana akhirnya saya dapat menikmati keindahan salji di bumi Korea. Cuma di sebalik kegembiraan tersebut, teringatkan hubby dan anak anak lain yang tidak dapat ikut serta. Alangkah baiknya jika mereka juga ada bersama ketika itu. Insya Allah ada rezeki pasti kami akan kunjungi lagi ke tempat ini atau mana mana negara yang menpunyai salji. Haa itulah azam saya.





 
Semasa di sini, saya membayangkan babak babak menyentuh hati dari drama Winter Sonata di mana Kang Joon Sang pertama kali melahirkan perasaan cintanya pada Yujin. Hahaha jiwang jiwang kerana setiap kali tiba babak ini, mesti hati rasa sebak. Turun dari Golden Peak pada pukul 3.30 selepas minum Caramel Macchiato dan makan Maggi di Restoran Dragon Peak. Saya kena makan maggi di luar pintu masuk restoran kerana makanan luar tidak dibenarkan dimakan di restoran. Waktu akhir gondola dari Golden Peak adalah pukul 4.20 petang.




Kami memutuskan untuk balik dengan direct bus dari Tower Plaza walaupun harganya lebih mahal sedikit iaitu 51,000 won untuk 3 orang. Bas tersebut bertolak pukul 5.00 petang dan tiada nombor tempat duduk. Bas berhenti betul betul berdekatan dengan Myeongdong subway station exit 8 lebih kurang pukul 8.00 malam. Masa perjalanan adalah selama 3 jam tanpa henti henti. Itulah pemandu berpesan supaya ke bilik air terlebih dahulu sebelum bas bertolak. OK selepas ini, catatan perjalanan di Myeongdong Night Market pula… 





 

7 comments:

  1. seronoknya jejakkan kaki ke Korea ni...SA ntah bila la...

    ReplyDelete
  2. best nya kak azie....winter sonata mmg drama yg x blh lupa smp skrg. .still suka dgr lagu kat u tube...

    ReplyDelete
  3. Boleh tau berapa harga gondola ke dragon peak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya 12000 won seorang

      Delete
    2. Return ke atau sehala 12,000 won tu ?

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.