Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Korea Day 1 Part 5 Shopping Di Dongdaemun


Selepas keluar dari kedai ikan bakar, saya berjalan ke tempat patung manusia dan berhenti mengambil gambar Cheonggyecheon Stream antara tempat menarik yang menjadi kunjungan ramai pelancung ke Korea. 

Kalau saya datang lagi sekali ke sini, pasti saya akan turun untuk menyusuri sepanjang anak sungai yang terletak di tengah tengah Bandar Seoul itu. Kami terus berjalan ke hadapan sebelum belok ke kiri. Ini dikira berjalan tanpa arah dan tujuan.



Pada mulanya ingat nak balik check in hotel sebab kaki dah penat. Tapi bila difikir balik, alang alang dah ada di Dongdaemun, baiklah terus singgah survey apa apa yang patut di sini. Lagi sekali lupa nak check map, hanya sekadar bertanya bab ayam dan itik berkomunikasi sahaja. Kami terus berjalan sehingga berjumpa jalan besar. Dah jumpa jalan besar, barulah seronok kerana di situ ada banyak mall. 

Di sebelah kiri ada Migliore Mall. Kami masuk ke Migliore untuk mencari apa apa yang boleh dibeli. Aween berkenan dengan satu trench coat. Tapi seperti biasalah harga yang diletakkan adalah 180-130,000 won. Selepas puas berpusing akhirnya bertemu dengan satu coat yang dijual dengan harga yang dirasakan sesuai dengan budget bila saya ditawarkan harga 80,000 won. 

Pada saya, sangat berbaloi membeli belah di Migliore kerana harga yang ditawarkan lebih manasabah dan boleh lagi tawar menawar. Keluar dari situ, kami terus berjalan ke kiri, barulah nampak Doota Mall yang sangat besar. Tapi kami buat keputusan untuk tidak masuk kerana dah tak larat nak berjalan. Hanya bergambar dari luar sahaja.


Terus ambik teksi untuk ke hotel dan check in. Kos tambang teksi adalah 6500 won. Sebelum masuk bilik, singgah beli Banana Milk yang sangat sedap dan check baki T-Money kami di G25 yang berdekatan dengan hotel.


Selepas check in, minta tolong pekerja hotel menghantar bag ke bilik. Wah bilik hotel sangat cantik dengan satu katil super single dan satu single bed. Yang paling best, toilet bowl yang sentiasa warm dengan kemudahan bidet yang canggih. 

Maklum dari apa yang saya baca sebelum ini, toilet di guest house terutamanya tidak mempunyai kemudahan paip. Itulah juga antara sebab saya tak jadi tinggal di guest house walaupun kadar sewa yang jauh lebih murah dari hotel.



Selepas solat dan mengemas barang barang sedikit sedikit, anak anak dah tertidur kepenatan. Saya pula sempat melayan drama Winter Sonata di youtube sebelum membaringkan diri. Ambil feel sebab besok nak menjejak Kang Joon Sang di Yongpyong Ski Resort. 

Malahan keputusan untuk ke Yongpyong juga adalah kerana dek penangan drama Winter Sonata. Jiwang giler saya ni, setiap kali menontonnya, air mata asyik meleleh jer. Masa tu lah, mata masuk habuk.


Hajat hati nak ronda Itaewon terpaksa dilupakan kerana badan memang dah tak terdaya walaupun keinginan ada. Lagi pulak, kami mahu bertolak lebih awal pagi esok kerana perjalanan untuk ke Yongpyong yang jauh dan mengambil masa perjalanan yang lama.

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Korea Day 1 Part 5 Shopping Di Dongdaemun"

  1. salam kak azie.. bestnya baca kisah jalan2 kat korea.. :)

    BalasPadam
  2. sy dok kt guest house korstay. blik kcik muat2 3 org. blik air lengkap ngn shower. mmg selesa utk kmi. alhamdulillah. murah dh rasanya 36000krw lbih smlm.

    BalasPadam
  3. sy dlu dok korstay. blik kcik tp muat kmi bertiga. blik air ad shower. mmg selesa. bleh mendobi n jmur kt rooftop. almklom lbih sminggu kt sane.alhamdulillah. kne ngn bjet kami 36000krw lbih utk smlm. kongsi plk 3 org. :)

    BalasPadam