Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Korea Day 1 Part 3 Myeongdong

Myeongdong Korea

Selamat tahun baru 2016 buat semua. Semoga tahun baru ini menjadikan kita seorang insan yang lebih baik dari hari sebelumnya. Hari ini saya masih menyambung catatan perjalanan Percutian Winter Korea saya pada pertengahan Disember 2016. 

Setelah hampir 2 jam di Namdaemun, kami beredar untuk ke Myaengdong Street pula. Oleh kerana dikatakan hanya 5 minit berjalan kaki untuk ke Myeongdon, kami berjalan kaki sambil melihat lihat barang jualan di kedai di kiri kanan. Di sini mulalah episod makan buah langsat. Kaki terhenjut henjut. 

Nampak butik Chanel pun dah tak teringin nak masuk jamu mata pun walau hati memang melonjak lonjak. Masa tu, yang tahu kaki penat. Ini gara gara bertanya orang yang memberitahu hanya 3 minit perjalanan ke Myeongdong. Haaah ambik terpusing pusing di tempat yang sama. Maklum saya prepare itineri berdasarkan perjalanan dengan subway. Myeongdong sebenarnya terletak di belakang gambar di bawah sahaja. Jadi untuk melintas ke sana kami mengambil underground.

Myeongdong Korea

Setelah puas terpusing pusing, bertanya dengan tourist guide yang memberikan map serta direction untuk kami ke Myeongdong Subway station. Saya sebenarnya terlupa mengambil map semasa di airport walaupun dah ada dalam senarai perkara yang perlu dibuat sebaik tiba di airport. Itulah akibatnya bila berjalan tanpa berpandukan arah. Hilang arah tujuan seketika. Perut dah mula berbunyi, maklumlah tak makan dari pagi. 

Masa tersesat barat tu, Aween terjumpa kedai yang menjual barang barang K Pop. Dia singgah membeli CD dan lain lain barangan K Pop. Dari luar kedai, saya pulak sibuk meneliti map. Berdasarkan direction yang diberi oleh tourist guide, kami akhirnya nampak Myeongdong subway station berdepan dengan Migliore. Singgah lah sekejap di Migliore untuk ke bilik air. Satu yang saya suka dengan Korea adalah bab kebersihan tandas yang bersih dan kering. 

Oleh kerana dah kepenatan berjalan kaki, kami memutuskan untuk terus makan ikan bakar di Dongdaemun sebelum singgah di Dongdaemun shopping area. Oleh kerana subway station hanya terletak di hadapan pintu masuk Migliore, kami memutuskan untuk naik subway. Lagi pulak direction untuk ke kedai ikan bakar itu juga disediakan dengan menggunakan exit subway. OK, tunggukan entri berkenaan ikan bakar Dongdaemun pula di entri seterusnya…   

 
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Korea Day 1 Part 3 Myeongdong"

  1. seronoknye akak pergi korea =)teringin nk pergi ..hiihii

    BalasPadam
  2. Heheh.. mmg Myeondong blkg tu jer. Naemdemun pun situ juga. brooch cantik jangan lupa beli.. masuk ikut gate 5.

    BalasPadam