Iklan

Iklan Nuffnang

1 Jan 2016

Korea Day 1 Part 3 Myeongdong






Selamat tahun baru 2016 buat semua. Semoga tahun baru ini menjadikan kita seorang insan yang lebih baik dari hari sebelumnya. Hari ini saya masih menyambung catatan perjalanan Percutian Winter Korea saya pada pertengahan Disember 2016. Setelah hampir 2 jam di Namdaemun, kami beredar untuk ke Myaengdong Street pula. Oleh kerana dikatakan hanya 5 minit berjalan kaki untuk ke Myeongdon, kami berjalan kaki sambil melihat lihat barang jualan di kedai di kiri kanan. Di sini mulalah episod makan buah langsat. Kaki terhenjut henjut. Nampak butik Chanel pun dah tak teringin nak masuk jamu mata pun walau hati memang melonjak lonjak. Masa tu, yang tahu kaki penat. Ini gara gara bertanya orang yang memberitahu hanya 3 minit perjalanan ke Myeongdong. Haaah ambik terpusing pusing di tempat yang sama. Maklum saya prepare itineri berdasarkan perjalanan dengan subway. Myeongdong sebenarnya terletak di belakang gambar di bawah sahaja. Jadi untuk melintas ke sana kami mengambil underground.





Setelah puas terpusing pusing, bertanya dengan tourist guide yang memberikan map serta direction untuk kami ke Myeongdong Subway station. Saya sebenarnya terlupa mengambil map semasa di airport walaupun dah ada dalam senarai perkara yang perlu dibuat sebaik tiba di airport. Itulah akibatnya bila berjalan tanpa berpandukan arah. Hilang arah tujuan seketika. Perut dah mula berbunyi, maklumlah tak makan dari pagi. 

Masa tersesat barat tu, Aween terjumpa kedai yang menjual barang barang K Pop. Dia singgah membeli CD dan lain lain barangan K Pop. Dari luar kedai, saya pulak sibuk meneliti map. Berdasarkan direction yang diberi oleh tourist guide, kami akhirnya nampak Myeongdong subway station berdepan dengan Migliore. Singgah lah sekejap di Migliore untuk ke bilik air. Satu yang saya suka dengan Korea adalah bab kebersihan tandas yang bersih dan kering. Oleh kerana dah kepenatan berjalan kaki, kami memutuskan untuk terus makan ikan bakar di Dongdaemun sebelum singgah di Dongdaemun shopping area. Oleh kerana subway station hanya terletak di hadapan pintu masuk Migliore, kami memutuskan untuk naik subway. Lagi pulak direction untuk ke kedai ikan bakar itu juga disediakan dengan menggunakan exit subway. OK, tunggukan entri berkenaan ikan bakar Dongdaemun pula di entri seterusnya…   


 

2 comments:

  1. seronoknye akak pergi korea =)teringin nk pergi ..hiihii

    ReplyDelete
  2. Heheh.. mmg Myeondong blkg tu jer. Naemdemun pun situ juga. brooch cantik jangan lupa beli.. masuk ikut gate 5.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.