Iklan

Iklan Nuffnang

12 Jan 2016

Kek Marble Sedap Di Tahun Baru 2016



Sebesar besar "event" dalam hidup seseorang adalah saat kematian. Yang lagi ironinya, ia dijalani secara solo. Tak boleh dikongsikan dengan sesiapa, jauh sekali untuk ditolong. Malam pertama di alam barzah yang perlu dijalani. Kita akan berada di alam barzah lebih lama dari rumah kita di dunia. Mungkin 100 tahun atau lebih lama lagi. Lihat sahaja datuk nenek atau moyang kita yang telah lama meninggal dunia. Jadi sentiasa berdoa supaya kematian kita dalam kematian yang baik, setelah kita berbuat segala apa yang diperintah Allah. Berusaha memperbaiki hubungan dengan Allah. Usahakan supaya solat kita hari ini adalah solat yang terbaik. Tambah amalan dan bekalan untuk ke sana. Untuk melakukan sesuatu dengan terbaik, amatlah penting untuk kita menuntut ilmu dengan sentiasa hadir majlis majlis ilmu yang merupakan taman taman syurga di dunia. Jika taman syurga di dunia, tidak kita kunjungi, apakah kita layak untuk berada di taman syurga Allah di akhirat? Saya tinggalkan pertanyaan ini untuk sama sama direnungi.





Hari ini saya ingin kongsikan resepi Kek Marble yang disediakan Juita pada hari  sebelum beliau balik ke kolej iaitu pada cuti tahun baru. Juita menanyakan apa kek yang saya hendak makan kerana dia ingin membuatnya untuk saya. Pada mulanya saya meminta Kek Butter namun akhirnya, saya menukar fikiran dan minta disediakan Kek Marble Anis yang sangat sedap. Boleh rujuk di SINI. Teringat semasa kali pertama makan kek yang disediakan oleh Anis, lepas sepotong sepotong masuk mulut. Kek saya kali ini agak nipis kerana telah menggunakan loyang saiz 9". Jadi jika ingin kek yang lebih tebal, bolehlah menggunakan loyang saiz 8''.

Jom layan resepi yang saya letakkan sekali lagi di di bawah ini...


 
 
Kek Marble Anis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
10 biji telur
450 gm marjerin - guna mentega
350 gm gula kaster
350 gm tepung (guna tepung kek Bluekey)
1 sudu kecil baking powder (opsyenal)
Sedikit esen vanila
Pewarna (merah/purple/hijau) -  atau apa apa warna yang disukai

Cara cara:
Pukul marjerin bersama gula sehingga kembang. Kemudian, pukul telur satu per satu sehingga adunan kembang dan sebati. Masukkan esen vanila dan gaulkan.

Ayak tepung dengan baking powder dan masukkan tepung sedikit demi sedikit  sambil dipukul hingga rata.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, mengikut warna yang disukai.

Masukkan 1 senduk adunan (merah) di tengah tengah loyang yang telah dilenser majerin, kemudian, 1 senduk adunan (hijau) di atas adunan warna merah dan 1 senduk adunan (purple) dan ulangi sehingga habis dan lorekkan.

Bakar pada suhu 180C menggunakan api bawah sahaja selama 30 minit dan selepas itu, baru menggunakan api atas dan bawah selama 15 minit lagi.





Nota:
Sukatan ini boleh dapat 2 biji kek untuk loyang saiz 8". Boleh juga dibuat sebagai cupcake.

Bila kek masak sahaja, terus dimatikan oven kerana tidak mahu terlebih bakar bagi menghasilkan kek yang moist.
 
 

5 comments:

  1. As salam kak. Saya malam tadi cuba terus kuih siput resepi akak memang menjadi. Selama ni saya buat memang keras saja. Terima kasih kak sebab bagi resepi yang betul. semoga keluarga akak murah rezeki.

    ReplyDelete
  2. Assalam..akk nk tnya blh..mentega tu gna jnma ape ye..buttercup ke..ape😊😊 trma ksh

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.