Iklan

Iklan Nuffnang

26 Jan 2016

Confetti Blondies Yang Sedap




Hari ini saya ingin kongsikan petikan kuliah Zohor oleh Ustaz Najhan Shahir berkenaan nasihat supaya bangun beribadat di waktu malam. Allah bertanya, Adakah hambaKu yang meminta sesuatu, adakah yang meminta ampun dan adakah orang beribadat? Nescaya Aku akan tunaikan permohonan kamu. Rasulullah bersabda pada sahabatnya, janganlah banyak tidur waktu malam kerana ia akan menjadikan kamu fakir di hadapan Allah. Nasihat ini berkenaan dengan  kelebihan melakukan solat malam iaitu sesudah solat Isyak dan sebelum Subuh. Yang paling afdhal adalah pada 1/3 malam yang terakhir. Dalam Surah Al-Muzzammil, Wahai orang yang berselimut. Bangunlah malam hari walaupun sedikit. Hatta seminit sebelum azan Subuh pun, sudah dianggap solat malam. Bacalah Al Quran dengan tertib. Bangun tengah malam boleh membersihkan jiwa yang penuh dengan dosa pada Allah. Bagaimana Allah kaitkan orang yang bangun malam dengan orang membelanjakan harta di jalan Allah. Bagaimana solat ada kaitan dengan infak harta di jalan Allah? Orang yang bangun malam untuk bertaubat dan mohon ampun pada Allah ialah orang yang kuat serta mampu membangkitkan tubuhnya dari tempat tidur di tengah malam. Solat malam dapat melahirkan jiwa yang perihatan dan dapat membina kekuatan. Mereka pasti sekali akan membelanjakan hartanya di jalan Allah. Bagaimana solat mampu membentuk jiwa jiwa masyarakat yang empati dan simpati. Perasaan sayang  pada manusia lain adalah satu sifat yang timbul dari amalan bangun solat malam. Jangan banyak tidur waktu malam. Paling lama pun 8 jam. Yang nyenyak cukup sekadar 4 jam. Tengahari ambik masa sikit untuk tidur sebelum atau selepas Zohor.  1/3 dari 24 jam dihabis untuk tidur. Baki adalah untuk beramal. Jika 8 jam dari 24 kalau dihabis untuk tidur, maka sudah pasti tidak cukup amalan kita nanti. Kena disusuli dengan amalan sunat yang lain seperti bangun nalam dan bertaubat. Tak cukup hanya dengan solat 5 kali sehari sahaja. Hadis Nabi juga menyebut 3 jenis suara yang disukai Allah ialah suara ayam jantan berkokok, suara orang membaca Al quran dan suara orang yang beristighfar sewaktu sebelum Subuh. 






Resepi dari Laura Vitale ini disediakan Juita pada hari pertama tahun baru 2016 malam sebelum dia balik semula ke kolej. Jika brownie menggunakan milk atau dark chocolate tapi Blondies menggunakan white chocolate. Blondie ini Juita bawa ke kolej untuk dimakan bersama kawan kawan.

Jom layan resepi yang mudah dan cepat disediakan ini. 






Confetti Blondies
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1-1/4 cawan All Purpose Flour
1 sudu kecil Baking Powder
1/4 sudu kecil garam 
3/4 cawan gula halus 
1/2 cawan Unsalted Butter - suhu bilik 
1 sudu kecil Vanilla Extract
1 biji telur
1/3 cawan susu penuh krim
1 cawan White Chocolate Chips - guna 60 gram
4 sudu besar Confetti Sprinkles/manik hiasan - guna 2 sudu besar sahaja

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170 C. Lapikkan loyang 8x8" dengan baking paper dan spray dengan baking spray. 

Dalam bekas kecil, satukan dengan sebati tepung, baking powder dan garam.

Dengan menggunakan kitchen mixer, putar mentega dan gula sehingga rata dan tambah telur serta vanilla sambil diputar sehingga sebati.

Masukkan bahan tepung yang digaul tadi serta susu dan dikacau sebati. Akhir sekali, masukkan chocolate chips dan 3 sudu manik hiasan. Gaul sebati.

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan permukaannya. Taburkan baki manik hiasan secara rata di permukaan atas adunan. Bakar dslsm oven yang telah dipanaskan dalam 30 minit atau sehingga masak.

Sejukkan sepenuhnha sebelum dipotong dan dihidangkan. Boleh potong menjadi 16 Blondies.



 

3 comments:

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.