Iklan

Iklan Nuffnang

25 Dec 2015

Persediaan Percutian ke Korea






Jika entri sebelum ini di SINI hanyalah sebagai mukaddimah, sekarang baru nak masuk bab persediaan percutian kami bertiga beranak ke Seoul. Oleh kerana tiket MAS yang mahal, Hubby membelikan tiket Airasia yang juga mahal dari biasa tetapi masih lebih murah dari MAS. Ish berbelit belit pulak, ayat ni. Tiket dengan check in luggage berjumlah RM5700. Lain lain frill seperti makan dan insurans semua tak ambik. Setelah selepas selesai bab tiket, saya meneliti dan mendapatkan quotation beberapa pakej percutian, ada yang ditawarkan oleh pelajar pelajar Malaysia dengan range antara RM1600-RM1800 seorang untuk ground package. Akhirnya, saya memutuskan untuk bercuti secara free and easy kerana ianya lebih fleksibel. Jadi banyaklah home work yang terpaksa dilakukan termasuk menyediakan itineri sendiri.

Setelah membuat keputusan untuk bercuti sendiri, maka urusan seterusnya ialah mencari tempat penginapan. Pada mulanya, saya bercadang untuk tinggal di guest house sahaja. Jadi duit yang dijimat dapat digunakan untuk bershopping. Tapi bila saat akhir, guest house pun mahal. Jadi Hubby mencadangkan supaya ambik hotel sahaja kerana risau kalau anak anak tak selesa sepanjang percutian. Setelah stress seharian pasal bab samada nak pilih hotel atau guest house, akhirnya saya memilih Hamilton Hotel Itaewon kerana inginkan kawasan yang dekat dengan Subway station dan mudah mendapatkan makanan halal. Itaewon memang kawasan terkenal di kalangan pelancung
 dan terdapat banyak restoran yang menjual makanan halal seperti Eid Restaurant, Murree Restaurant, Salam Bakery, Mr Kebab dan banyak lagi. Saya membuat tempahan hotel melalui agoda.com

Selepas itu, saya mula menyediakan itineri percutian serta detail checklist seperti apa aktiviti, tempat perlu dilawati, makanan perlu dicuba, restoran perlu dikunjungi serta cara cara dan mode pengangkutan untuk ke sesuatu tempat bermula dari ketibaan di airport. Hotel rate tidak termasuk sarapan pagi. Jadi itineri saya termasuklah makan untuk sarapan dan malam. Bagi setiap tempat yang dikunjungi, saya menyediakan aktiviti yang ingin dilakukan atau barang barang yang dicari. Manakala, bagi restoran pula, saya menyediakan nama jenis jenis makanan yang perlu dicuba termasuk street food serta harga. Semuanya saya buat berdasarkan blog blog yang saya baca.






Setelah itu, saya menyediakan pula senarai barang barang yang perlu dibawa seperti pakaian, ubatan, barangan penjagaan diri dan lain lain. Saya kemudian mula mengeluarkan winter clothes yang lama lama. Tak mahu membeli baru kerana winter clothes agak mahal di sini dan jarang jarang dipakai. Jadi hajat hati nak membeli sehelai dua semasa di sana sebagai menambah koleksi winter clothes yang sedia ada. Mafla dan gloves juga telah dikumpul sejak sejak dulu. Cuma sekarang terdapat gloves yang menpunyai teknologi touch screen yang membolehkan kita menggunakan handphone atau mengambil gambar tanpa perlu membuka sarung tangan. Saya berpesan pada anak anak supaya tidak membawa banyak pakaian kerana bercadang untuk bershopping di sana. Cuma saya terpaksa membeli sehelai winter jacket, long john, stokin dan kasut yang sesuai untuk perjalanan di sana untuk Juita dan Aween. Untuk saya pula, pastinya long john, maklumlah usia seperti saya ni dah tak boleh lagi nak menahan kesejukan. Selain dari barang yang ingin dibawa, saya juga menyediakan barang yang ingin di beli di sana, tempat untuk dibeli dsb.

Akhir sekali, saya menyediakan senarai ubat ubatan yang perlu dibawa, losyen badan, lip balm, krim mandian extra moisturizer dsb. Maklum dalam cuaca sejuk, tidak boleh mandi menggunakan sabun biasa kerana ia akan menyebabkan kulit kering dan menjadi gatal. Nana menghantar message meminta saya membeli Franch Oil, traditional medicine untuk sakit sendi jika tidak biasa berada di tempat sejuk. Yang bermasalah sedikit adalah untuk mendapatkan heat pad kerana beberapa kedai Daiso yang dikunjungi, semuanya kehabisan stock. Kami berjaya endapatkan stock beberapa hari sebelum berangkat. Tapi yang sebenarnya, tak digunakan pun barang barang yang dibawa. Beli banyak banyak, bawa pula ke sana memberatkan bag tetapi akhirnya tak digunakan dan diusung balik pulak. Haa jangan ikut macam saya. Buat membazir sahaja. Sebetulnya perbelanjaan untuk percutian musim winter lebih tinggi dari percutian di musim yang lain. Habislah bab persediaan sebelum berlepas.





9 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Azie,

    Yang penting sekiranya hendak pergi ke tempat-tempat musim sejuk ialah mengetahui suhu cuaca ketika tarikh yang dijadualkan ke situ. Kaji cuaca boleh dilayari melalui kaji cuaca negeri itu. Dari situ lebih mudah membuat persediaan.

    Tentang pakaian pula, bagi Mak Long long john tidak begitu perlu kerana kalau pakai jeans sudah memadai. Yang penting ialah setokin untuk menjaga kepanasan kaki. Kalau kaki sejuk, lamalah hendak panaskan badan selepas Itu. Sabun mandi pula, apa-apa jenis pun ok, yang penting lotion untuk kulit, tutup kepala hingga telinga kalau cuaca terlalu sejuk. Jeket tu memang perlu, kalau ada jeket kulit boleh tahan lama tapi mahahlah. Minum cokolat panas juga membantu. Harap membantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada diri masing masing juga. Kalau dulu, jeans pun dah cukup utk saya. Tapi kini, saya perlukan long john utk lebih selesa.

      Delete
  3. salam kak azie..huwaa..moga kak azie free utk update lagi..kebetulan next week mmg ke seoul dan menginap di hamilton juga..thanks for sharing kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Bestnyer Korea. Mudahan ada snow masa tu ya. Hotel Hamilton best, suka bilik dan bilik air. Banyak socket utk charge ho, kamera dsb

      Delete
  4. Pengalaman sy ke korea tahun lepas, mmg best dan sgt sejuk. Long john tu mmg sgt2 perlu. X cukup pakai jeans shj. Naik kebas kaki saya..cuaca sejuk, sampai -10. Lotion aloe vera yg murah kt myeongdong sgt berguna.
    Tapi korea mmg cantik dan orgnya baik2. Beg kami berat dan suami x bagi saya bwk, tgk2 ada korean offer nk tlg angkat beg. Saya sesat pun ada org tlg tunjukka jalan. Very beautiful experience and we plan to visit korea again.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sgt. Orang Korea sangat baik. Masa tercari cari restoran, mereka boleh spend masa utk hantar kita ke restoran, bukan sekadar tunjuk arah semata. Shopping pun best. Makanan pun sedap

      Delete
  5. Salam. Boleh try pergi ke Pyeongchang trout festival di Pyeongchang. Start pertengahan bulan 12 ke hujung bulan 1. Memancing ikan trout dibawah ais

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Elang Lombok Tour.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Lombok Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    ELANG LOMBOK TOUR
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    AFFANDI
    BBM 51fd8768 / IG : @pariwisatalombok
    Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.