Iklan

Iklan Nuffnang

22 Dec 2015

Percutian Korea Yang Sangat Indah





Korea tidak pernah ada dalam senarai destinasi percutian idaman saya. Agaknya sebab dah banyak kali bercuti ke banyak tempat atau negara yang majoriti masyarakat China seperti Beijing, Kunming, Shanghai dan Hong Kong. Tapi Aween beria ia meminta untuk bercuti ke Korea. Sebenarnya telah lama dia mengajak bercuti ke Korea. Saya menyarankan Istanbul atau Paris kerana kebetulan saya pun memang ingin bershopping di sana. Istanbul pula menjadi pilihan selepas melihat filem Istanbul Aku Datang dan Manisnya Cinta di Cappadocia. Dua dua filem yang membuai perasaan saya sehingga menonton berkali kali dalam Astro First yang dilanggan. Semua pujukan saya tidak berhasil. Oleh kerana masa untuk merancang percutian yang singkat, saya terpaksa mencari pakej, google tempat menarik untuk dilawati dan membuat itineri. Harga tiket penerbangan yang dibeli di saat akhir juga sangat mahal. Juita tidak dapat membantu kerana dia mempunyai peperiksaan ketika itu. Malahan dia balik sehari sebelum kami berangkat. Passport Aween dan Juita pula telah tamat tempoh ketika itu. Terpaksalah Hubby uruskan Juita untuk balik bagi memperbaharuinya.

Aduhaai demi anak anak, saya terpaksa melakukannya walaupun kadang kadang rasa stress juga bila semua dilakukan di saat akhir. Secara jujur saya memang tidak sangat teruja untuk bercuti lebih lebih lagi bila Hubby tidak ikut sama. Nana pula merancang percutian ke Bali bersama kawan kawan, Nelly tak mahu ikut dan Boy pula sedang menduduki peperiksaan akhir ketika itu. Itu cerita sebelum saya membaca mengenai Korea.

Selepas membaca blog berkenaan catatan perjalanan mereka yang telah ke Korea, saya menjadi sangat sangat teruja sampai termimpi mimpi pula. Heee tak sabar nak menjejaki Kang Joon Sang. Belum pun pergi, saya telah merancang untuk ke sana lagi bagi percutian musim luruh dan musim bunga Sakura. Membaca pula mengenai makanan Korea yang sedap sedap menambahkan lagi keterujaan. Hahaha saya memang suka kalau bab bab makan ni. Saya memang belum pernah merasai masakan Korea di sini. Cukuplah setakat ini dahulu. Hingga kita bertemu lagi dalam entri seterusnya....

4 comments:

  1. haaa.. tulah yang dikatakan Tak Kenal Maka Tak Cinta.. Korea antara destinasi yang sy idamkan.. semuanya penangan Winter Sonata heheheh

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat bercuti ke korea..InsyaAllah tahun depan ada rezeki saya juga akan ke sana... ^__^

    ReplyDelete
  3. Bestnya..saya pun merancang nk kesana pd musim bunga ..saya nk tau komunikasi orang korea dekat sana lebih pada bahasa korea@ english

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang sekali bertemu dengan orang Korea yang boleh berbahasa Inggeris kecuali di hotel dan staf bertugas kaunter pertanyaaan.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.