Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Korea Day 1 Part 2 Shopping Di Namdaemun


Shopping Di Namdaemun Korea

Seperti yang saya tulis sebelum ini, saya hanya mengambil teksi ke Namdaemun Market dengan bayaran 5100 won sahaja. Dihantar terus ke tempat berdekatan dengan bangunan hijau E-Lengdang yang selalu dikunjungi oleh orang Malaysia. Tapi jika ingin menggunakan subway dari Itaewon, boleh ke Hoeyhon station (line 4), ambil exit 5. 

Namdaemun Market ni sangat besar dan ramai peniaganya adalah orang orang yang lebih berumur. Ianya dikatakan sebagai market tertua di Seoul. Pastinya tujuan kami ke sana adalah untuk membeli winter jacket, boot, mafla, snow cap, gloves serta barang barang souvineer seperti brooch, key chain, fridge magnet, sudu Korea dan banyak lagi. 

Kebetulan pula, Namdaemun Market dibuka setiap hari kecuali hari Ahad mulai dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 12 tengah malam pada hari Sabtu dan sehingga jam 4 petang pada hari hari lain.

Tapi secara jujur, brooch yang dijual di bangunan E-Lengdang tidaklah seperti yang saya gambarkan sebelum ini. Tidak banyak design yang saya berkenan. Saya memang agak cerewet memilih. Tapi kerana dah ada di sana, saya membeli jugalah brooch untuk kami anak beranak. Saya membayar 40,000 won untuk 7 pasang brooch. 

Saya memang minat mengumpul brooch terutama yang diperbuat dari batu kristal. Kalau di Malaysia, harganya boleh mencecah ratusan ringgit dengan design terkini.

Shopping Di Namdaemun Korea

Setelah selesai membeli brooch, kami turun mencari souvineer yang lain untuk suami dan anak anak. Sebelum itu, kami singgah kedai menjual topi untuk hubby dan anak anak lelaki. Aduhaai hampir terbeli topi dari kulit babi. Issh tak sukeeer. Belanja di sini untuk topi topi sebanyak 60,000 won. 

Entah kenapa kasut yang baru dibeli telah membuat onar. Jadi yang pertama saya cari untuk saya sendiri adalah kasut boot. Setelah puas menawar, saya akhirnya dapat 100,000 won untuk 2 pasang boots untuk saya dan Juita. Harga asal yang diletak memanglah lebih dari sekali ganda. Kemudian kami masuk ke bahagian dalam bangunan yang menjual pakaian. 

Saya memang agak terkejut kerana pakaian yang dijual di situ, memang mahal mencecah ratusan ringgit. Tidak seperti yang saya baca kononnya barang di Namdaemun Market lebih murah dari tempat lain. Kata Juita, agaknya sebab ia tempat tumpuan pelancung. 

Shopping Di Namdaemun Korea

Jadi kami tidak membeli apa apa pun di situ dan terus berjalan sambil melihat lihat barangan yang dijual di kiri kanan jalan. Saya singgah bertanya arah untuk ke Myeongdong. Mereka memberitahu supaya berjalan ke hadapan dalam 5 minit perjalanan sahaja. 

Semasa berjalan, ternampak buah strawberry yang dikatakan sangat manis dan besar besar buahnya. Beli satu packet dengan harga 8,000 won. OK kita berhenti di sini dahulu dan Insya Allah akan disambung di entri akan datang....

Shopping Di Namdaemun Korea


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Korea Day 1 Part 2 Shopping Di Namdaemun"

  1. tergeliat-geliat lidah sy nak menyebut nama tempat2 yg Kak Azie tuliskan.. hihi.

    BalasPadam