Iklan

Iklan Nuffnang

28 Dec 2015

Korea Day 1 Part 1 KLIA2 Dan Incheon International Airport



 

Kali ini pulak, saya ingin menyambung catatan perjalanan dari rumah hingga ketibaan di hotel. Kami keluar dari rumah selepas solat Isyak. Sementara menunggu solat Maghrib, saya melakukan solat Hajat dan solat Musafir. Hubby tolong mengemaskan bag pakaian saya dan berpesan nombor kod kunci. Hahaha seperti biasa, bab ini memang asyik terlupa sahaja. Kami berlepas dari KLIA2 untuk penerbangan Airasia D7 506 pada 12 Disember 2015. Saya memilih penerbangan awal pagi iaitu pukul 1.00 kerana mahu menggunakan sepenuhnya masa percutian di sana. Ini adalah pengalaman pertama, saya menaiki kapal terbang di KLIA2. Aduhaai punyalah jauh untuk ke Gate P12 dan boleh tahan penatnya berjalan kaki. Dari tempat parking ke pintu berlepas, mau agaknya 1 km kot saya berjalan. Saya membayangkan bagaimana warga tua yang perlu berjalan sejauh ini. Penerbangan mengambil masa 6 jam 20 minit dan kami tiba
 di sana pukul 8.50 waktu Korea yang sejam lebih cepat dari waktu Malaysia. Jadi sepanjang penerbangan, kami tidur supaya mempunyai cukup rehat untuk perjalanan di sana yang dikatakan agak memenatkan kerana terpaksa banyak berjalan kaki dan menaiki tangga di subway station. Plan asal untuk pakai thermal pant dengan baju sejuk semasa di Incheon tapi rasa macam dah kesejukan, jadi sebelum boarding, saya terus pakai. Lagi pulak, dalam flight, mungkin agak sejuk. Dah lama tak naik penerbangan Air asia, boleh tahan juga penat kerana kerusi dan ruang kaki yang sempit. Saya tak dapat lena sangat sepanjang penerbangan. Juita membeli 2 pek makanan untuk sarapan. Sedap pulak rasa nasi lemak Pak Nasser dalam flight. Satu pek nasi lemak, kami makan bertiga. Satu pek lagi Juita simpan untuk makan di sana.

Incheon International Airport sangat besar, perlu mengambil train untuk ke arrival hall macam KLIA lah juga tapi sangat mudah kerana banyak direction dalam bahasa Inggeris. Cara yang paling mudah lagi ialah ikut jer penumpang yang turun sama sama dengan kita. Hahaha habis citer. Selepas pemeriksaan immegresen dan kastam, kami terus mengambil bag. Kemudian cari nurseri untuk menunaikan solat Subuh. Selepas itu, mula memakai gloves. Kena pakai siap-siap sebab cuaca kat luar sangat sejuk. Saya pernah kesejukan giler semasa ronda ronda dengan hubby di Los Angeles Airport dengan tak memakai baju sejuk walhalnya bukan pun musim winter ketika itu. Sejuk bertambah disebabkan angin yang bertiup sehingga terasa sehingga ke tulang. Cuaca semasa mendarat adalah 0 deg celcius mengikut pengumuman pilot 5 minit sebelum mendarat.
 





Sebelum mengambil train kami singgah di 7 Eleven untuk membeli kad T Money yang berharga 3000 won dan terus top up sebanyak 20000 won seorang. Anda boleh dapatkan T-Money ini di mana mana outlet 7-eleven atau convenient store di subway station. Dengan menggunakan T-Money, perjalanan kurang daripada 10 km ke mana-mana destinasi hanya dikenakan caj 1,050 won sahaja termasuk transfer train dari line ke line. Kalau beli tiket di mesin tiket kos 1,150 won dikenakan untuk satu perjalanan. Bila T-Money dah ada di tangan, kami telah bersedia untuk memulakan perjalanan pertama di Korea. Yeaay destinasi perjalanan adalah Itaewon di mana kami akan menginap selama percutian ini.

Terdapat banyak cara untuk ke Itaewon dari Incheon International Airport. Kita boleh mengambil teksi yang lebih mahal, mengambil bas atau mengambil train. Train juga ada 2 jenis iaitu train ekspress KTX tanpa henti dan Airport Railway AREX yang berhenti di beberapa stesyen. Jika mengambil bas dari Incheon Airport ke Hamilton Hotel Itaewon, boleh naik airport limo bas 6030. Bas ini akan berhenti betul betul depan Hamilton Hotel. Sebaik keluar dari terminal, memang berderet bas yang sedang menunggu. Cuma kena beritahu destinasi Hamilton Hotel, mereka akan menunjukkan bas untuk dinaiki. Oleh kerana kami mempunyai banyak masa, saya memilih AREX (Airport Railroad) yang perjalanannya mengambil masa selama 1 jam dari Incheon International Airport. Tambangnya ialah 4500 won berbanding dengan train ekspress KTX yang tambangnya 8,000 won. Kami kena transfer station di Gongdeok sebelum tiba di Itaewon Station yang terletak berhadapan dengan Hotel Hamilton. Kos untuk seorang menggunakan T Money ialah 4500 won. Kalau naik teksi, kos nya lagi mahal antara 80,000 - 90,000 won. Jika dikongsi beramai ramai, mungkin boleh menjimatkan.



Sepanjang perjalanan ke Itaewon, saya asyik melihat pemandangan di negara Korea. Memang saya jika ke mana mana negara, saya akan menikmati pemandangan di negara berkenaan, memerhatikan masyarakat setempat dsb. Lagi pula, saya dah berazam, untuk menjadikan percutian sebagai memenuhi tuntutan agama juga. Seperti pesan Arwah Ustaz Zaid Hamzah, janganlah setiap tahun ke Mekah sahaja. Luaskan perjalanan untuk menikmati dan mengagumi kehebatan alam ciptaan Allah. Tapi terus teranglah sangat penat menaiki subway kerana terpaksa berjalan agak jauh terutama masa transfer line atau untuk keluar gate. Masa transfer di Gongdeok untuk ke line 6, memang jauh perjalanannya. Bayangkan terpaksa mengheret bag yang besar. Di subway station Itaewon, kami ambik exit 2 naik menggunakan lift yang terletak betul betul di hadapan hotel.

Oleh kerana masa check in hotel ialah pukul 2.00 petang, kami tinggalkan luggage dan terus mengambil teksi untuk ke Namdaemun Market dengan kadar tambang 5100 won sahaja. Tunggukan entri seterusnya berhubung destinasi pertama kami di Korea...



5 comments:

  1. salam kak azie, dari itaewon nak ke namdaemun market ok jugak kan harga taxinya..kira nak sama mcm naik train je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Kami naik 3 orang, lagi OK. Htr terus depan market. Tak perlu jalan jauh di subway station dan naik tangga. Kalau tak ada masalah, boleh berjalan jer.

      Delete
  2. thanks kak..orait..naik taxi je nanti..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...jalan2 cari kawan ...yaya dah follow sini....follow back yek...
    mohon kunjungi dan tinggalkan komen di sini
    http://www.yayacendana.com/2016/01/pergi-seminar-di-agrofarmstay-durian.html

    tq ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.