Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kenangan Manis Di Kuching






Tanpa disedari, rupanya telah bertahun tahun saya tidak menjejakkan kaki di bandaraya Kuching. Bila ada tugasan rasmi, pasti Kota Kinabalu yang akan menjadi destinasi pilihan. Bukan kerana saya tidak suka bandar Kuching tetapi kerana saya telah banyak kali ke sini sebelum ini. Malahan banyak tempat di Kuching yang telah saya kunjungi semasa kursus seminggu di sini. Rasanya kunjungan kali terakhir ke Kuching ialah 5 tahun yang lalu. Atas alasan yang sama, saya ke Kuching kali ini hanya untuk sehari sahaja. Hubby hanya membeli tiket untuk Aween menemani saya ke Kuching. Kunjungan ini juga merupakan last domestic travelling for the year. Kami menginap di Hotel Pullman dengan bilik yang berlatar belakangkan Sungai Sarawak. Setiap kali menginap di hotel di Kuching, pasti saya memilih river view kerana saya suka merenung sungai Sarawak yang sentiasa sibuk dengan aktiviti. Biliknya juga sangat cantik dan selesa. Bilik airnya sangat besar dan cantik. Tilam dan bantalnya pula sangat best...





Apa yang menarik pada kunjungan kali ini, ialah saya pertama kali bersua muka dengan 2 orang sahabat. Pertama ialah Rosmawati Majidi yang saya panggil sebagai Ros setelah lebih 22 tahun terpisah. Ros adalah rakan rapat semasa zaman universiti. Kami sangat kamceng, di samping seorang lagi iaitu Cik gu Norazlina. Ke mana mana pergi, mesti bertiga samada ke kuliah, ke tutorial dan juga ke dewan makan kolej. Ala ala Charlie Angels giteww. Setelah menamatkan pengajian, kami langsung tidak bersua sehinggalah bertemu lagi di alam maya facebook. Pun begitu, bertahun tahun selepas persahabatan bertaut di facebook, masih tidak ada peluang bersua muka walaupun ada beberapa kali saya ke Kuching dan Ros ke Kuala Lumpur. Tapi rezeki untuk kali ini bersua secara in person. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya sangat gembira. Walaupun bertemu dalam masa yang singkat, tapi terasa seperti rindu terlerai kerana kami bersembang sambil mengimbas kenangan zaman kampus.





Selain Ros, saya juga dikunjungi oleh sahabat facebook Salina Abdul Rahman. Beliau bukan sekadar teman facebook biasa kerana kami sering juga ber message through personal message. Kunjungan Salina ke Pullman dengan membawa sekali buah tangan berupa homemade kek lapis Sarawak yang disediakan oleh sahabat beliau. Saya sangat terharu kerana beliau telah sudi meluangkan masa untuk bertemu muka setelah sekian lama bersahabat di alam maya facebook. Terima kasih dan pastinya kunjungan saya ke Kuching kali ini mencatat kenangan yang sangat manis dan istimewa. Buat Ros dan Salina, pertemuan kita adalah sesuatu yang bersejarah dalam hidup saya dan akan kekal di hati ini sebagai suatu detik terindah.  



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Kenangan Manis Di Kuching"

  1. saya blm pernah sampai lagi ke Kuching

    BalasPadam
  2. Salam....saya org JDT yg beristerikan org Kuching. Kalau dulu Kuching tiada langsung dlm kamus hidup saya, kini ia adalah kampong ke 2 saya, malah saya byk habiskan masa di Kuching berbanding kampung saya sendiri.

    Bagi yang belum pernah ke Kuching, cari 3 org kawan lagi, cari tiket murah2, fly terus ke sana. Sewa kereta. Jangan takut sesat, semua jalan boleh tembus. Sebelum tu buat research sikit la mana tempat nak pergi. Zaman FB sekarang ni lagi senang nak cari kawan utk tunjuk jalan.

    BalasPadam
  3. teringin juga nak jelajah negeri sarawak ni,,saya ni bangsa ja iban tapi asal sabah,,hehe,,

    BalasPadam