Iklan

Iklan Nuffnang

15 Nov 2015

Pengat Pisang Kebatu Lagi






Saya terasa sangat bersalah pulak kerana lama tak update blog dengan resepi masakan. Hahaha perasan macamlah ramai sangat follower yang tertunggu tunggu.... Perasan retis lah pulak ya. Saya sebenarnya memang tidak ada mood untuk ke dapur kerana kesuntukan masa dan juga ketiadaan anak anak di rumah. Aween tidak mahu makan malam, manakala Hubby pula mempunyai urusan kerja. Lagi pulak setiap hari saya hanya sampai di rumah agak lewat iaitu 6.00 - 6.30 tidak seperti dulu dulu, pukul 5.45 dah ada di rumah. Masa berjalan pantas tanpa kita sedari. Begitu juga hari minggu, walaupun saya boleh memasak tetapi saya memilih untuk menghadiri kuliah Dhuha atau membuat benda benda lain. Melayan layan IG dengan handbag yang cantik cantik. Dah lama saya ingin membeli handbag idaman hati. Semoga tahun ini, saya berjaya menrealisasikannya. Aduuh bertambahlah kemalasan saya ke dapur ni. Harap harap bila Juita balik bercuti dalam bulan Disember, saya dapatlah kembali berkongsikan beberapa resepi yang telah lama terperap. Hari ini saya ingin letakkan gambar pengat yang saya sediakan pagi ini. Sebaik balik dari briskwalking, saya terlihat setandan pisang yang telah dimakan burung burung. Hmm tak mengapa, kerana memang niat saya menanam pokok pokok pisang ini untuk dikongsi dengan makhluk Allah yang lain. Pisang kebatu ini adalah dari pokok yang dibawa dari Kelantan. Pisang kebatu memang payah untuk dijumpai di sini. Ianya seperti bersaudara dengan pisang abu, cuma warnanya lebih kuning dan badannya lebih bulat. Sebenarnya tiada apa pun yang istimewa dengan pengat ini. Tapi dari langsung tidak dapat bersiaran, saya tepekkan juga di sini.  








Seperti biasa, saya ingin selitkan sedikit intipati kuliah Ad Dhuha oleh Ustaz Iqbal surah Ali Imran ayat 17-20. Dikongsikan bahawa kita boleh mencintai wanita, mencintai harta, mencintai anak anak atau kebun kebun tapi jangan keterlaluan sehingga melalaikan. Jika masuk kebun, rumah atau perniagaan, bacalah doa "Masya Allah Laa Hawla Walaa Quwwata Illaa Billaah. Nescaya Allah akan menambahkan lagi keberkatannya. Adalah sesuatu yang wajar untuk kita mencintai apa yang ada di dunia ini tapi ada lagi ganjaran yang lebih hebat dari dunia ini, iaitu di akhirat nanti. Terdapat syurga syurga yang mengalir sungai sungai di bawahnya, pasangan suci dan kekal di dalamnya. Allah sentiasa memerhatikan orang yang beribadah walaupun tiada manusia yang melihatnya. Perbanyakkan berdoa dalam sujud terakhir, Ya Allah permudahkanlah bagi ku hari ini. Jika kita memakai baju cantik atau memandu kereta besar, niat untuk memperhambakan diri pada Allah. Sekecil apa pun ibadah, Allah melihatnya. Apa sahaja niat baik juga Allah tahu. Orang menuntut ilmu seolah tidur kecuali setelah beramal dengan ilmu itu. Orang yang mengamalkan ilmu pun seperti tertipu melainkan mereka ikhlas. Siapa mereka yang ikhlas? Orang yang sentiasa memohon dijauhi dari azab api neraka di samping mencari redha Allah. Jangan masukkan kami ke dalam neraka dek kerana kelalaian kami. Orang yang dihindar dari neraka ialah orang yang sabar. Sabar tiada had. Yang menghadkan ialah Allah. Allah bagi ganjaran tak terhingga pada orang yang sabar. Kalau memohon pertolongan, minta dengan sabar dan solat. Maknanya sabar adalah cara kita memohon pertolongan dengan Allah. Sabar ialah cara terbaik untuk minta tolong. Terima sahajalah apa sahaja yang Allah sediakan kerana Allah menjanjikan yang terbaik. Perlu diingat ketika bersabar, bahawa Allah bersama kita. Biasanya orang sabar akan nampak kebenaran dan jujur. Jujur dari segi perkataan, hati dan perbuatan. Orang boleh berbohong beberapa kali jer, lepas tu pasti nampak pembohongannya. Orang jujur ialah orang yang sentiasa istiqamah. Orang istiqamah yang taat. Sebaik baik amalan seorang hamba adalah sedikit tapi terus menerus. Waktu terbaik untuk mendekati Allah adalah waktu sahur, Allah bertanya pada malaikat sudahkah hambaKu bangun. Ketika itulah Allah menurunkan rahmatnya. Siapa minta pada Ku, Aku bagi. Siapa minta ampun, Aku ampunkan. Jadi perbanyakkanlah meminta ampun. Orang yang memohon keampunan, nescaya Allah akan perbanyakkan rezeki. Allah pasti memberi rezeki yang terbaik. Jadi cara untuk berjaya dalam hidup ialah bangun sebelum Subuh dan minta dan doa dengan Allah pada ketika itu. Allah pasti bagi pada siapa yang berdoa ketika itu. Kalau ada duit lebih, perbanyakkan bersedekah kerana ia akan menjadikan kita lebih kaya. Lakukan ibadah kerana Allah. Infak kerana Allah, kita minta ampun dengan Allah. Semua hidup kita untuk Allah. Tiada untuk kita. 





Pengat Pisang Kebatu

Bahan bahan:
12 biji pisang kebatu
1 keping gula Melaka
Sedikit gula
Sedikit garam
1 pek santan
Sedikit biji sagu

Cara cara:
Masak gula Melaka dengan sedikit air sehingga ianya hancur. Sementara itu, masakkan santan dan pisang di dalam periuk sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan air gula Melaka dan garam.

Setelah pisang agak lembut, masukkan sagu yang telah dimasak terlebih dahulu. Sagu tersebut dilalukan di bawah air sebelum dituang ke dalam periuk pengat. 

Setelah sesuai rasa, pisang pun telah lembut, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.






8 comments:

  1. assalam kakazie
    sedappppnya
    feberet ni pengat pisang kebatu
    kak kalu ada ank pokok pisang ni blh bg sy tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Ada anaknya. Boleh datang ambik rumah saya. Email nnt blh janji bila nk datang

      Delete
  2. Salam Kak Azie..lama tak makan pisang ni sbb susah nak jumpa sekarang ni. Selalunya musim2 hujan macam sekarang, arwah nenek suka rebus dan makan macam tu jer..sebijikpun dah kenyang :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak azie.. dah lama saya tak makan pengat pisang,, hihi..
    kak.. ada nama lain pisang ni? tak penah dengar lak nama pisang kebatu..

    Jom follow saya

    ReplyDelete
  4. klu tmpat saya diperak ianya di panggil pisang abu keling..

    ReplyDelete
  5. Kak Azie..Terima kasih atas perkongsian ilmu.. sy panggil pisang sebatu. Bawa anak pokok dr kelantan juga

    ReplyDelete
  6. hi Cik Azie..sy suka follow your resepi selalunya snang ..simple tapi SEDAP.... bila snang jom la singgah blog kita yer..leh share apa2 story and info..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.