Iklan

Iklan Nuffnang

18 Oct 2015

Kerutuk Dan Kisah Handbag






Kerutuk daging kambing kali ini disediakan atas permintaan Juita. Untuk melihat resepi, boleh klik di SINI. Kerutuk sangat serasi digandingkan dengan Sambal Kelantan, Acar Timun Masak dan Ikan Goreng. Memang sangat sangat terangkat. Kali ini walaupun saya meletakkan gambar masakan tetapi saya tak nak kongsi pasal resepi kerana saya baru sahaja berkongsi resepi kerutuk dalam beberapa entri sebelum ini. Hari ini saya ingin kongsikan berkenaan barangan kesukaan saya yang juga teman setia bagi setiap wanita. Haa apalagi kalau bukan handbag. Bukan untuk menunjuk tetapi sekadar berkongsi kisah saya dan handbag. Masa baru baru bekerja saya tak kenal jenama handbag pun. Teringat masa tengah praktikal, Encik Hubby yang ketika itu boyfriend membelikan purse Louis Vuitton di Padang Besar. Saya tak faham apa apa, selamba jer bawa ke pejabat sehingga seorang staff lelaki menegur kalau ianya original. Pun ketika itu, saya masih tak faham apa yang tak kena dengan purse tersebut. Secara jujur tak tahu pun brand tu mahal ke murah ke. Setelah mula bekerja dan bergaul dengan staf yang lebih senior, barulah faham dan kenal barangan berjenama. Saya mula mengumpul handbag berjenama selepas dua tahun bekerja, iaitu 25 tahun yang lalu. Ketika itu, sahabat saya bertugas di London. Jadi handbag saya kebanyakannya di beli di London. Jenama yang sangat popular ketika itu tentunya Bally dan Salvatore Ferragamo. Jadi kebanyakan handbag dan kasut saya adalah dari kedua dua jenama di atas. Ketika itu, ada juga hati untuk memiliki handbag jenama Louis Vuitton tapi bila dilihat harganya, terpaksalah dilupakan. Maklum nak membeli handbag Bally atau Ferragamo pun, terpaksa fikir berkali kali kerana ianya hampir separuh dari gaji bulanan. Selain handbag, saya juga mengumpul skarf berjenama seperti Bally dan Salvatore Ferragamo gara gara terikut skarf anak anak Sultan Brunei. Harga di London ketika itu RM400 berbanding dengan harga di Kuala Lumpur RM1200 dan ke atas.





Apabila anak anak mula membesar, komitment juga bertambah menyebabkan saya melupakan seketika hobi membeli dan mengumpul handbag. Itulah pengorbanan saya untuk keluarga. Saya mula membeli handbag berjenama sederhana ketika saya melancung ke  Paris, London dan US. Ya lah kalau dah ke sana, pastinya rugi sekali jika tak membeli handbag yang sememangnya lebih murah dari tempat kita. Kini setelah anak anak mula bekerja, saya mula kembali mengintai ngintai handbag idaman tetapi harga handbag kini pula yang berganda ganda meningkat. Malah ianya lebih dari gaji saya. Aduhaai tiada lagi handbag yang murah murah, kebanyakannya berharga lima angka. Handbag berharga RM20,000 ke atas adalah umpama berharga RM2,000 sahaja kerana ternyata ianya tetap menjadi pilihan dan idaman ramai wanita. Kadang kadang saya merungut sendiri, harga handbag naik setiap tahun, tapi ianya tetap menjadi kegilaan ramai. Jika saya tidak membelinya sekarang, pasti saya tidak akan dapat membelinya sampai bila bila kerana harga lagi naik dan naik. Minat saya juga dikongsi oleh dua anak saya yang telah bekerja. Mereka memang tidak akan membeli fake handbag, semata mata ingin bergaya. Hmm mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Hahaha rasanya tidak rugi membeli kerana ianya boleh dipakai oleh anak anak juga. 

Sebelum mengundurkan diri, meh layan gambar kerutuk kambing yang sangat sedap ini. Masakan istimewa bagi warga Kelantan tentunya kerutuk. 





5 comments:

  1. alaaaa... ingatkan ada gambar handbag Kak Azie... hihi

    ReplyDelete
  2. sy suka tgk menu kat sini...cam terasa2 kat tekak...
    kak azie guna rempah kerutub brand apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rempah tak ada brand. Rempah Che Jah Perupok yg sgt terkenal

      Delete
  3. rempah kerutub boleh beli kt mana ya sis?
    sy di kl

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti kalau di sini. Kalau ada kawan org Kelantan, blh kirim pada mereka.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.