Iklan

Iklan Nuffnang

14 Oct 2015

Gulai Kawah Daging Kambing





Selamat Menyambut Maal Hijrah hari ini dan sempena tahun baru dalam kalendar Islam ini, saya berazam untuk menjadi lebih sihat, menambahkan amalan jariah serta sedekah. Antara sasaran saya ialah memperbanyakkan menghadiri majlis ilmu. Setiap hari di surau tempat saya bekerja diadakan majlis ilmu dengan tazkirah yang diberi oleh ustaz ustaz jemputan. Ianya bukanlah perkara baru di sana tetapi ianya adalah perkara yang sangat meninggalkan kekesalan di hati. Ini adalah kerana berpuluh tahun saya bekerja, hanya beberapa tahun kebelakangan saya menghadiri majlis ilmu yang diadakan. Betapa banyak masa yang telah disia siakan. Semoga saya dipanjangkan usia dan diberikan masa untuk mengejar kembali apa apa yang telah ketinggalan selama ini. Insya Allah. Aamiin. Hari ini saya nak kongsikan sedikit petikan Kuliah Maghrib Ustaz Helmi Kitab Sairu Salikin berkenaan ilmu. Segala ilmu tassauf tentang hati dan ubat ubat yang boleh membaikkan hati atau kayakan hati. Kalau bab hati, hanya kita sendiri sahaja yang tahu. Kita mesti mempelajari ilmu tassauf sepanjang hidup. Jangan memadai dengan sedikit. Penyakit hati tak akan terubat melainkan setelah kita meninggal dunia. Ada sahaja virus seperti syaitan, ilmu, harta dan manusia yang akan merosakkan hati kita. Kadang kadang ada ilmu yang memberi mudarat iaitu yang menjauhkan diri dari Allah walaupun ianya ilmu agama. Ilmu bermanfaat ialah apa apa ilmu yang boleh mendekat diri dengan Allah. Contoh menonton haiwan dalam tv national geography yang boleh menyebabkan kita merasakan keagungan Allah. Juga dikira ilmu bermanafaat. Semua ilmu datang dari Allah. Mohon dijauhkan ilmu yang menjauhkan kita dari Allah.





Tujuan belajar ilmu ialah untuk menuntut keredhaan Allah SWT di mana barang siapa mengajar satu ilmu tidak untuk dapat keredhaan Allah tapi untuk dapat pujian, dia tak dapat mencium bau syurga. Semua ilmu walaupun bukan ilmu agama, mesti diniat kerana Allah. Kedua untuk mengamalkan supaya dapat beri manafaat pada akhirat. Ilmu bermanafaat ialah ilmu yang diamalkan. Ketiga, kerana hendak keluar dari kejahilan dan masukkan nur ilmu dalam diri. Ketiga tiga ini adalah niat yang soheh. Manakala yang lain adalah seperti hendakkan syurga, menghidupkan agama dengan  cara membudayakan ilmu serta akhir sekali sebagai tanda syukur atas nikmat imam, akal dan sihat yang Allah kurniakan.

Kelebihan orang yang menuntut ilmu adalah sangat besar. Kunci ilmu adalah bertanya orang yang alim. Salah satu jalan untuk ke syurga ialah jalan menuntut ilmu. Malaikat akan merendahkan beberapa sayap nya bagi orang yang menuntut ilmu kerana sangat redha dengan orang yang berada dalam majlis ilmu. Kita kena yakin sebab ini apa yang Nabi Muhammad SAW cakap. Demi Tuhanku, pergi menuntut ilmu satu bab. Ianya lebih baik dari solat sunat 100 rakaat. Satu bab dari ilmu yang dipelajari, lebih baik dari dunia dan isinya. Motivasi pada orang menuntut ilmu supaya bersemangat untuk belajar. Menuntut ilmu adalah fardhu atas semua muslim yang telah akil baligh.

Nabi Muhammad SAW juga berkata bahawa ilmu adalah perbendaharaan dan anak kuncinya ialah bertanya. Kamu kena suka bertanya kerana diberi pahala 4 orang iaitu orang bertanya, orang yang menjawab soalan, orang yang mendengar akan jawapan dan akhir sekali ialah orang yang kasih bagi mereka itu. Mereka ini ialah orang tidak bertanya, tidak menjawab dan tidak mendengar tapi suka dengan orang yang berada dalam majlis itu walaupun tidak hadir atas sebab tertentu. Jadi dapat kita lihat kepentingannnya untuk kita menuntut ilmu kerana beramal tanpa ilmu, amalan kita mungkin sia sia atau tidak berkualiti. Sempena Maal Hijrah ini, sama sama tanamkan azam untuk memperbanyakkan menuntut dan mengamalkan ilmu yang mendekatkan diri kita pada Allah. Maklum dari hari ke hari baki umur kita semakin pendek.




Maaf lah terpanjang pula bab kuliah kali ini. Sekarang jom kita layan resepi gulai kawah daging Kambing yang saya sediakan. Boleh klik di SINI untuk entri langkah demi langkah yang kami sediakan semasa majlis tahlil arwah Bonda. Sangat sedap gulai kawah kalau dimakan dengan nasi putih dan sambal kelantan yang disediakan oleh sepupu saya. Saya memang surrender kalau bab sambal. Kalau nak makan, saya tempah sahaja dan simpan dalam peti sejuk yang tahan berbulan bulan lamanya.



Gulai Kawah Daging Kambing

Bahan bahan:
1 kg daging kambing
3 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1/2 biji bawang besar - kisar
2 1/2 sudu besar rempah gulai kawah
Gula Melaka
Garam
Kulit kayu manis, bunga lawang
1 asam keping
1 sudu kecil kerisik
1 pek santan atau secukupnya

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bunga lawang serta bahan bahan hiris. Setelah itu masukkan bawang kisar. Kacau rata.

Masukkan rempah gulai kawah yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga garing.

Masukkan daging dan sedikit air. Masak sehingga daging empuk. Saya rebus dulu daging dengan pressure cooker.

Selepas itu, masukkan santan. Kacau rata sehingga mendidih, masukkan pula gula melaka, garam dan asam keping. Bila hampir pecah minyak, masukkan kerisik. Bila kuah telah pekat dan pecah minyak, bolehlah tutup api.





8 comments:

  1. gulai kawah mmg sedap ni Azie terliur sudah..

    ReplyDelete
  2. sedap dan menyelerakan ni...dah la minat daging kambing...kena kirim beli rempah mcm ni baru dapat masak gulai kawah ni.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum tuan/puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy,memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,waterproofing,buat porch,sambung rumah,buat pagar,vinyl floor dan wallpaper,landskap dan kolam hiasan,grill dan owning,dan keje civik lainnya.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,putrajaya,serdang,puchong,cheras,kl dan sekitarnya,bndr sri putra,nilai dan sepang.hubingi sy di no 0192945175 or wssp 01129110298. Tq

    ReplyDelete
  4. favourite saya daging kambing ni..tapi belum pernah mencuba utk masak sendiri, selalu makan di kedai sahaja atau semasa kenduri kendara.. ;-)

    ReplyDelete
  5. insya allah...cuba tambah saham akhirat...

    sedap gulai kawah...dah lama nak buat....takut tak jadi..... hehehe....senng je resepinya...kena ada rempah gulai kawah je rupanya..... ^_^

    ReplyDelete
  6. As slm.. Gula melaka nk pkai byk mn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak agak jer. Yg penting kena rasa dulu, kalau kurang manis, tambah lah

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.