Iklan Nuffnang

Adsense HTML

1 Oct 2015

Acar Timun Masak






Saya ingin kongsikan petikan kuliah Zohor Ustaz Ibrahim Muhammad pada 30 September 2015 berkenaan Hadis riwayat Ahmad, at Tirmizi, an Nasai, Ibnu Majah, Rasulullah bersabda, Barang siapa memohon kepada Allah syurga sebanyak 3 kali, maka berkatalah syurga, masukkanlah orang ini ke dalam syurga. Barang siapa memohon perlindungan dari neraka sebanyak 3 kali, berkatalah neraka agar orang ini dilindungi dari neraka. Selain dari melakukan amalan soleh dan ketaatan pada Allah, maka salah satu cara untuk masuk syurga ialah dengan memohon dari Allah sebanyak 3 kali.  Permohonan akan disambut oleh syurga dan neraka. Permohonan 3 kali ini berbeza dengan permohonan dalam doa yang diucapkan selepas solat. Sentiasalah perbanyakkan berdoa, Ya Allah aku mohon syurga dari Mu. Ya Allah lindungi lah aku dari neraka. Jom sama sama kita amalkan. Cukup setakat ini dahulu dan sekarang kita beralih bab resepi pula.





Saya menyediakan Acar Masak untuk dimakan dengan nasi minyak di SINI di samping Ayam Masak Merah di SINI. Aduh memang sangat sedap acar ini menjadikan nasi minyak yang tersedap pada selera saya yang agak cerewet dengan makanan. Memang makan menambah nambah dan siap meratah ratah lagi. Jom layan resepi acar cara saya. Memang sangat sedap, ianya menambahkan selera giteww...




Acar Timun Masak

Bahan bahan:
1 batang timun saiz besar - hiris panjang
1 batang karot - hiris panjang
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 sudu kecil biji sawi
3 senduk cuka makan
2 senduk gula 
Garam
Sedikit serbuk kunyit
Cili merah - hiris. 

Cara cara:
Timun dan karot yang dihiris panjang serta bawang merah direndam dengan air garam seketika.

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris serta biji sawi sehingga wangi. Masukkan sedikit air, serbuk kunyit, cuka, gula dan garam. Masak sehingga mendidih. Sesuaikan rasa.

Masukkan timun, karot dan bawang merah yang telah ditos. Masukkan cili merah, jika suka.  Nota: Setelah masuk timun, terus ditutup api supaya acar tetap rangup. Kacau rata.

4 comments:

  1. salam azie...petua emak saya untuk lebih merangupkan timun dan carrot biasanya dia akan merendamkan nya dengan air garam dan sedikit air kapur....( sekadar brkongsi ilmu)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Terima kasih share. Insya Allah lepas ni blh cuba sb saya mmg suka acar timun masak.

      Delete
  2. Terima kasih Azie krana tidak jemu brkgsi ilmu agama dan resepi berharga

    ReplyDelete
  3. Assalam Azie saya Kak Asnah pembaca setia blog Azie Kitchen...boleh dikatakan hari2 mesti nak tatap apa yg Azie paparkan...dgn masakkan yg sedap2,Ada juga saya cuba masakkan Azie memang berbaloi...semoga Azie sukses selalu dan berbahagia disamping keluarga tersayang...InsyaAllah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.