Iklan

Iklan Nuffnang

20 Sep 2015

Tips Menyediakan Nasi Lemak Sedap





Hari ini saya memasak nasi lemak sebagai sarapan pagi saya, Juita dan Aween. Selain sambal ikan bilis saya juga menyediakan Sotong Masak Kicap dan Ikan Bawal yang digoreng garing untuk dimakan dengan nasi lemak. Kali ini saya nak kongsikan petua untuk menghasilkan nasi lemak yang sedap. Saya lebih suka nasi lemak asli, hmm maksud saya tak diletakkan majerin. Kerana bila dimasukkan majerin, nasi nya menjadi berminyak seperti nasi minyak. Tapi sekali sekala, saya masukkan juga majerin sekadar untuk mempelbagaikan rasa nasi lemak yang disediakan. Kalau bab nasi lemak yang dimasukkan majerin, pastilah nasi lemak di Kantin Sahor di SINI yang pada saya the best nasi lemak ever terutama ianya sangat nostalgia kepada zaman kampus saya dulu. Pastinya zaman saya di alam percintaan dengan Encik Hubby. Jadi bertambah tambahlah enaknya nasi lemak Sahor pada selera saya. Kena abaikan nasi lemak saya yang terlebih air kerana saya memang tak reti nak mengagak air bagi beras ini. Beras ini Boy yang beli. Kalau nak sedap, gunalah beras Basmathi yang lebih sedap dan cantik nasinya.

Cara saya memasak nasi lemak sama juga dengan orang lain. Mula mula beras dibasuh bersih dan tos. Lepas tu masukkan beberapa ulas bawang merah yang dihiris serta 1-2 inci halia yang dihiris kasar. Saya suka bawang dan halia ini, memang wajib ada dalam nasi lemak saya. Masukkan pula sedikit garam serta 2-3 helai daun pandan yang telah dicarik dan disimpul. Lepas itu, baru dituangkan santan dan air secukupnya. Jadi apa yang istimewanya dengan nasi lemak kali ini?





Haaa kali ini, saya menggunakan tips atau petua yang dikongsi oleh Mamak Haji yang menulis nasi lemak yang sedap patut berlemak. Ya lah nama pun nasi lemak kan? Jadi katanya ramai yang silap dalam bab ini kerana jika hanya menggunakan santan semata kerana santan bila dipanaskan akan bertukar menjadi minyak. Tapi kalau mahu nasi berlemak, kena tambah susu cair. Hahaha yang catchy nya ditulis inilah rahsia sehingga kan seorang boleh makan sehingga 5 bungkus nasi lemak sekali gus. Selain nasi lemak, dalam nasi briyani atau nasi tomato, juga perlu diletakkan sedikit susu cair untuk menambahkan lemaknya. Hari ini saya letak dalam 1/2 tin sahaja sekadar untuk menambah rasa lemak. 





Memang ya pun, sangat terasa lemak dan enak sekali. Warna nasi juga ada berwarna kekuningan seperti warna susu cair giteww. Apa kata jika selepas ini, anda mahu menyediakan nasi lemak, tuang sedikit susu cair ke dalamnya. 





Selamat mencuba....


13 comments:

  1. Banyak versi untuk tambah kelazatan sesuatu masakan kan Azie. Dari kita jew yang nak buat pilihan. Pernah sekali saya pergi kedai India / Pakistan nak beli bahan untuk buat nasi briyani. Saya minta orang kedai tu kumpulkan bahan yang saya senaraikan. Bila dah terkumpul semuanya, saya lihat ada sekotak santan segera. Saya kata saya tak minta santan. Dia kata... nasi briyani ada bubuh santan... owww ya kaaa. Tapi saya tak ambil santan tu, saya masak macam biasa kita masak, tanpa santan tapi bubuh susu cair.

    ReplyDelete
  2. thanks akk for the tips...rietta igtkan susu hanya gantikan snatan...xtahu plak perlu dtambah dengan santan...

    ReplyDelete
  3. sy pernah sekali mkn di kedai sorang makcik ni..die punyelah peramah..siap bercerita resepi nasi lemak die.. die x guna santan tp gantikan santan dgn susu tin pekat tu..katenye 10kg beras, gune 1 tin susu pekat yg besar.. tp mmg sedap, color pun kekuningan mcm nasi lemak kak azie tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam mayra. Terima kasih kr berkongsi ilmu. Menarik dan tak pernah dengar. Kalau susu pekat, nasi tak manis ke.

      Delete
    2. bagi sy cukup rase.. sedap ..1 tin tu mmg ckup la kot utk rase ngam2 dgn 10kg beras.. kalau santan, banyak juge nk guna bg lemak ..

      Delete
    3. Insya Allah nnt boleh cuba

      Delete
  4. lps ni boleh try tambah susu cair. tq kak azie kongsi tip.
    tgk apa yg dihidang kat sini membuatkan sy betul2 terliur....

    ReplyDelete
  5. Kak azie....klo guna susu cair tu agak2 brape ml?or satu tin?😲😲hehe...mcm best je kak azie...kn try ni

    ReplyDelete
  6. tq kongsi resepi...baru nak buka silat niaga nasi lemak...hihi..resepi sambal aritu dah try..mmg best...selalu jenguk blog kak zie tuk masak...hihitq tq...doa kan saya berjaya ye kak zie..moga kak zie jugak dmurahkan rezki

    ReplyDelete
  7. Smbal untuk nasi lemak tu mcm mna?

    ReplyDelete
  8. wah terbaik resepi ni..boleh cuba :)

    ReplyDelete
  9. Kalau nak cari resepi sedap sy slalu jguk blog kak azie. Xmngecewakan. Sedap.terima kasih

    ReplyDelete
  10. Nasi lemak ni memang sedap. Kat luar jika peniaga tidak kedekut dengan bahan2 yg isi dlm nasi tentu lazat utk makan dan pelanggan akan jadi ramai juga.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.