Iklan

Iklan Nuffnang

29 Sep 2015

Rendang Ayam Mudah dan Sedap







Harap masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua yang beragama Islam. Hari Raya kali ini agak mendukacitakan bila mendapat tahu pemergian ke Rahmatullah Ustaz Abdul Rasyid dari Tahfiz Ar Rasyid Sg Udang Kelang. Kematian pasti terjadi kepada semua makhluk yang bernyawa. Kita yang masih hidup, perlu menggunakan peluang yang ada untuk menambahkan amalan soleh sebelum kita menyesal. Bila menyentuh bab menyesal, saya ingin kongsikan bahawa saya memang tengah kemaruk hendak membeli handbag baru. Saya rasa amat menyesal kerana beberapa tahun dahulu, kawan saya Dr Mazlina mahu tolong membelikan handbag di Heathrow dengan harga RM6500 tetapi ketika itu, saya teragak agak. Beliau pula hampir berangkat balik. Masa tu, belum ada whatsApp, cuma berkomunikasi melalui email. Email pula bukan terus delivered, kena tunggu beberapa minit. Sekarang harganya telah melebihi dari RM15000. Jadi setiap kali teringat peristiwa ini, saya akan rasa sangat menyesal kerana tidak membeli bag tersebut ketika itu. Dalam masa yang sama, saya berkata sendirian, bagaimana pulak, jika selepas mati, menyesal selama lamanya kerana tidak membuat amalan soleh yang banyak ketika hidup di dunia? Bayangkan dengan urusan dunia pun saya boleh menyesal bertahun tahun. Sebelum kita menyesal, lebih baik kita mula berbuat sesuatu mulai sekarang. Berbalik kepada bab Aidil Adha, saya selalu mendengar ucapan yang mengatakan di Kelantan Hari Raya Adha yang meriah. Pada mulanya saya pun tak mengerti mengapa ianya dikatakan begitu. Adakah kerana ianya diberi cuti selama 2 hari bagi hari Raya Aidil Adha. Hanya setelah ada sedikit ilmu barulah saya faham yang bagi umat Islam seharusnya hari raya Aidil Adha yang disambut dengan meriah kerana adanya ibadah korban yang dibuat pada 10 hingga 13 Zulhijjah. Berkorban adalah ibadah sunat yang sangat dituntut kepada semua yang mampu untuk melakukannya setiap tahun sebgai tanda kesyukuran kepada Allah.




Saya menyediakan Rendang Ayam ini untuk dimakan dipagi raya bersama dengan lemang yang hubby tempah. Bercakap pasal hidangan pagi raya, adalah diingatkan bahawa adalah sunat untuk kita tidak bersarapan sebelum mengerjakan solat sunat Hari Raya Aidil Adha berbeza dengan Hari raya Aidil Fitri di mana kita disunatkan makan terlebih dahulu. Berbalik pada rendang, sebenarnya memasak rendang ini sangat mudah dan cepat. Sesiapa pun boleh memasak rendang. Rendang adalah masakan baru pada saya kerana sejak kecil, kami tidak pernah memasak rendang. Setelah bekerja, berhijrah ke Kuala Lumpur dan berkahwin, barulah saya mengenali masakan rendang. Boleh sahaja jika ingin menggunakan bawang merah yang dihiris, tetapi saya tidak punya banyak masa kerana berkesempatan memasak hanya di malam raya. Badan pun telah kepenatan setelah seharian bekerja. Jadi semua bahan hanya dikisar sahaja. Kali ini saya meletakkan buah keras untuk menambah lemak seperti mana juga saya memasukkan buah keras dalam sambal tumis.

Jom layan resepi mudah yang saya gunakan pada hari ini.





Rendang Ayam Mudah dan Sedap 
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 kilo santan - guna 1 santan kotak
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Minyak untuk menumis
Garam 
Gula/gula merah 
Asam keping

Bahan kisar:
20 tangkai cili kering - guna 4 sudu besar cili kisar
2 labu bawang besar
6-8 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 biji buah keras

Cara-cara:
Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak.


 Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api.



34 comments:

  1. Sedapnya..makan dengan lempeng pun nikmatnya..

    ReplyDelete
  2. rendang ayam memang fave sy!! :D
    kalau masak rendang, sy biasanya hiris bawang.
    tapi boleh sy tanya, apa beza rendang yang menggunakan bawang yang dihiris dengan yang diblend? ada perbezaan ke dari segi rasa atau tekstur?
    tq! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya tak ada beza. Cuma rendangnya tak berserdak. Rendang lebih baik jika ada kuah pekat utk dicicah dg lemang. Jadi saya akan hiris sedikit bawang. Jika rajin saya hiriskan kesemua sekalj termasuk halia, serai.

      Delete
  3. sedapnye dan simple masakan ini. Nak Tanya, daun limau purut tu sesuai diletak masa bila?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila bila pun boleh. Tapi setengahnya letak akhir supaya aroma kekal. Saya letak limau purut sb daun kunyit kehabisan

      Delete
  4. Nama sy zie...sy x pandai buat rendang..sy google, dlm byk2 resepi, resepi ini yg plg menyelerakan..saya cuba buat..result nya sgt mabeles..satu famili puji sedap..thanks so much kak share resepi ni

    ReplyDelete
  5. Kalau takder kerisik macam mana?

    ReplyDelete
  6. Hari ne try bt dgn resepi ne .xtaw jd ape nty . Hihi .. BISMILLAHIRAHMANIROHIM .. 😀

    ReplyDelete
  7. Salam kak zie saya nak tanye...2sudu besar tu
    .maksud dy 2sudu makan tu ke? Maaf sy baru belajar masak..kalu kak zie x boleh rply yg mana nampak soalan saya ni tolong lah rply yer..sgt berharap n berbesar haty hehe

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kak azie...n terima kasih untuk resepi2 yang kak azie post kat blog ni..sy baru berkawen n tgh belajar3 memasak..mula2 sy amek resepi kak azie sotong sambal sangat menjadi suami pun kate sedap..then sy amek resepi yg lain menjadi juga..so sy dh set dlm otak sy akan guna resepi kak azie j...bila resepi yg sy cari x keluar nama kak azie rasa sedih sgt sbb msty buat x menjadi..sbb dh banyak kali guna resepi org lain..resepi kak azie juga yg menjadi...harap kak azie halal kan semua resepi yang sya guna ni..hehe

    ReplyDelete
  9. nk tny lah kak azie..biasa kalu 1 ekor ayam mmg 1 kg santan ke?kalu daging pula mcmana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rendang adalah masakan di mana kuahnya akan dikeringkan. Jadi bolehlah agak sendiri. Kalau santan pekat, bolehlah kurangkan dan tambah air. Akhirnya akan dikeringkan. Kalau santan tak lemak, boleh guna lebih santan. Kalau santan kurang, rencah rendang kita akan kurang dan kurang lemak. Tiada sukatan tertentu utk masakan yang kuahnya dikeringkan.

      Delete
  10. Salam kak zie.. Rendang ni mmg xgune bwg putih ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Saya dah update. Terima kasih

      Delete
  11. Asslamualaikum..
    Sedapnyer.. dan simple jugak. mesti cuba
    http://mummyumardian.blogspot.my/

    ReplyDelete
  12. Saya dah lama mengikuti resepi di blog akak.Memang jadi dan sedap belaka.Semoga Allah memberi ganjaran yang tinggi kepada akak atas perkongsian ini."Ya Allah, berkati dan rahmati Kak Azie sekeluarga.Amin!"

    ReplyDelete
  13. salam ..cik Azie..blog masakan yg paling bagus untuk di ikuti....semua resepi yg sy cuba menjadi...terima kasih ...

    ReplyDelete
  14. salam.terima kasih kak azie..sy ni baru belajar masak..lepas kawin ni banyak resepi sy ambik dari blog akak...semua menjadi..terima kasih byk2 ye..love u..

    ReplyDelete
  15. Salam kak Azie.. saya dah try mlm ni.. mmg terangkat.. walaupon serba kekurangan (asam keping ganti asam jawa, buah keras takde, kerisik takde) tapi still terasa.. next time nk try yg btl2 ikot resipi ni.. sure lagi meletops.. tq kak azie ��

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikun kak azie. Terima kasih utk resepi2 yg akk sediakan kat blog. Seriously,hampir semua jnis resepi yg sy google dan cuba semuanya dpd blog akk. Last year sy try masak kuah kacang campur dagibg. Hasilnya sgt memuaskan hati. Suami dan kawan2 semua puji. Yg paling penting SIMPLE. Yeahhh!!! Harini masak rendang ayam dan kuah kacang biasa. Wlupun dh hafal tapi still jugak bukak blog akk. Terima kasih kak atas ilmunya. Syukran.

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum...
    selama ni sy google resepi2... blog puan yg selalu naik...mlm ni dgn segala apa yg ada..berjaya juga sy buat rendang ayam nak digukan dgn lemang beli kat rembau....tqvm puan..sedap je pd tekak saya...

    ReplyDelete
  18. Kalau x letak bawang putih boleh kan

    ReplyDelete
  19. assalammualaikum , akak resepi akak diatas ada menyatakan penggunaan santan kotak , adakah santan kotak kecil atau besar? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Saya guna kotak kecil. Tapi kalsu rasa kursng lemak, tambah jer santan lagi

      Delete
  20. Salam.. hye.. mlm nie sy nk ty resipi nie utk bwk g opis besok.. harap2 menjadi... hehehe

    ReplyDelete
  21. Nak tanye daun limau purut dan daun kunyit dua2 kne msukkn atau slh satu je ye

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum puan azie...sy amat berterima kasih ats resepi yg puan berikan dan sy minta izin akak utk gunakan resepi-resepi puan utk memasak..moga murah rezeki puan..tq

    ReplyDelete
  23. Huhu..saya masak tanpa kerisik dan kunyit hidup��

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum...kak azie,mohon share resepi,in sha Allah esok saya try buat
    Trmkasih..

    ReplyDelete
  25. Slm,dh btahun2 sy jd silent reader je..blog pon sy xde,xpndai..huhu.dlm byk2,klu msk mmg sy search blog k.azie dlu sbb result mmg mveles..hehe.xyh dok pk dh sedap ke xsedap..then aritu ckp2 ngn kakak ipar, die ckap k.azie tu kwan die, sy ckp sy suka baca blog k.azie,hehe..mtk halalkn smua resepi y sy gune ye..
    Ur admirer😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Terima kasih kerana sudi menulis sepatah dua komen di sini. BTW siapa nama kakak ipar? Kirim salam ya.

      Delete
    2. Kalau xslah aini rasenye nama die,pggil k.ni je..sy org klntan ni je,dia pon org sini jgk.aritu la borak2 psl msk2 ni tckap sy suke tgk resepi akak, then die ckp k.azie kwn die..huhu

      Delete
    3. Eh..rasanye nama sbenar aishah, tp pgil aini..huhu

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.