Iklan

Iklan Nuffnang

5 Sep 2015

Mee Goreng Sedap Pujaan Hati






Memang diakui resepi di blog saya memang banyak resepi ulangan. Ini adalah kerana blog saya ni bukanlah buku resepi atau blog masakan semata. Tetapi lebih kepada blog berkenaan Dapur Azie dan juga catatan sekitar kehidupan diri dan keluarga. Apa yang dimasak, apa yang dimakan, apa yang dibuat dsb. Maklumlah makanan masyarakat Malaysia ni, berkisar tang resepi yang sama. Jadi ianya lebih kepada catatan perjalanan hidup keluarga kami. Setakat ini, maklumbalas dari pembaca blog Azie, adalah positif. Mereka tidak ada masalah dengan resepi ulang ulang kerana peristiwa dan kisah di sebalik penyediaan masakan itu juga yang menjadikannya berbeza dengan entri sebelumnya.





Kalau biasa setiap kali saya memasak mee goreng, saya akan menyediakan Mee Goreng Azie atau Nur Qaseh di SINI yang telah saya masak secara trial and error berpuluh tahun lamanya sehingga menepati selera saya. Klik di SINI untuk melihat langkah demi langkah. Saya hanya gemar makan mee goreng, tidak lain lain mee. Jadi saya agak cerewet bila memesan mee goreng di luar. Kalau selepas masuk ke mulut, tak kena dengan selera memang saya akan putus selera. Mee yang sedap pada selera saya mesti ada rasa masam dan manisnya. Mee pulak tak boleh terlebih lembik, apa lagi keras seperti tidak masak. Hari ini, saja lah nak buat sedikit kelainan dengan memasukkan seafood dan sos tiram serta menyediakannya agak basah basah sedikit. Bahan bahan masih sama. Kalau biasa mesti ada ayam jer, baru rasanya sama dengan mee goreng yang saya gemari di Bachok 30 tahun lalu. Kali ini juga saya terlebih rajin di mana saya menyukat bahan sos yang digunakan. Kalau biasa, main tuang tuangkan sahaja ke dalam kuali. Bukan apa, untuk dijadikan panduan. Rasa sebenarnya terpulang lah pada citarasa masing masing.

Jom layan resepi mee goreng yang saya hidangkan untuk sarapan pagi anak anak. Saya mula memasak selepas balik dari berbasikal sekeliling tasik. Alhamdulillah, sejak melakukan sedikit aktiviti riadah, masalah sakit lutut saya telah hilang. Tidak lagi sakit untuk bergerak atau menaiki tangga...





Mee Goreng Basah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 pek kecil mee kuning
4 ulas bawang putih - ketuk & cincang
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Garam
Kicap secukupnya
1 ikat sayur sawi
Udang dan sotong
Limau nipis - perah
Daun bawang - tabur

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Lepas itu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing.

Setelah cili garing, masukkan semua bahan sos, kicap dan sedikit air. Masak sehingga mendidih dan terbit minyak. Sementara ianya mendidih, ketika ini bolehlah kita memotong sayuran atau apa sahaja. Air lebih kurang 1/2 mug tapi dimasukkan sedikit sedikit supaya tidak terlembik pulak mee.

Masukkan udang dan sotong serta batang sawi. Kacau rata. Kemudian masukkan mee dan daun sawi. Masukkan sedikit garam, kacau rata dan setelah secukup rasa, bolehlah ditutup api. Saya suka mee yang sedikit basah belengas seperti dalam gambar, bukan basah berair macam mee hailam, jadi ketika ini saya akan letak sedikit lagi sos dengan sedikit air supaya ianya melekat pada mee. 

Sebelum dihidangkan, bolehlah tabur cili merah hiris dan daun bawang serta bawang goreng. Jika suka, perahkan air asam limau nipis. 

Nota:
Ada ketika, saya akan tuang kicap ke atas mee kuning dan gaul rata sebelum dimasukkan dalam kuali. Ikut mood lah. Kicap akan lebih menyerap pada mee dan lebih cepat bergaul sebati semasa digoreng.



11 comments:

  1. thank you for sharing recipe kak azie. saya selalu fail bab goreng mee and this one nak try esok.

    ReplyDelete
  2. Assalam Kak Azie.. kebetulan pulak sambil baca post mee goreng ni sy sedang menikmati mee goreng. Terasa2 mcm sedang makan masakan Kak Azie pulak.. hihi. Kalau tengok pada bahan & cara, cara penyediaan mee goreng sama sahaja kan.. yg membezakan kesedapannya adalah air tangan seseorang dan sy percaya air tangan Kak Azie pastinya sedap dan sentiasa dirindui orang yg pernah menikmatinya.. semoga dipermudahkan dalam segala urusan Kak Azie sekeluarga.. Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
  3. Mee goreng basah sedap di makan sejurus selepas di masak
    nyum nyum :)

    ReplyDelete
  4. Tak ape lah kak walaupun resepi ulangan. Saya tetap jadi pembaca blog kaa azie yg setia...

    Salam perkenalan,
    Silent reader - nora zainal ��

    ReplyDelete
  5. Rasa nak makan mee goreng pulak ptg ni. Nak cuba resepi k azie. terima kasih k azie

    ReplyDelete
  6. Saya selalu masak pakai resepi kak azie..mudah..ringks dan paling penting sedap..terima kasih berkongsi resepi dan mohon halalkan ye semua resepi2 yg sy amik..semoga murah rezeki akk sekeluarga..amin..

    ReplyDelete
  7. Nk try resepi kak azie utk berbuke ptg ni. Tq share resepi :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...kak azie,mohon share resepi nya ye,tqsm

    ReplyDelete
  9. Slm. Ada org letak udang kering. Masa bila gaknya nk masukkn udang kering tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ditumis bersama cili kisar.

      Delete
  10. Assalamualaikum kak azie.. saya selalu refer pada blog kak azie kalau nak masak terutama sekali kalau ada org dtg rumah.. hehe alhamdulillah, setakat ni blog kak azie adalah blog feveret saya kalau bab2 memasak ni 😊😊

    Saya mohon kak azie halalkan ilmu yg kak azie taburkan di dalam blog ini ya 😀

    -dayang, 25 😊

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.