Iklan

Iklan Nuffnang

7 Sep 2015

Ayam Goreng Berempah Madu Sedap





Saya menerima satu komen yang mengatakan apa yang dihasilkan dari resepi yang dikongsikan tak sedap dan dia rasa sedih. Saya tak nak mengulas bab sedap atau tidak. Cuma kenapa lak bersedih, adakah rasa tertipu? Komen saya, tak perlulah bersedih sedih bila apa yang dicuba tak sedap di tekak sendiri. Ini adalah kerana selera adalah berbeza antara satu sama lain. Itulah nikmat rasa yang Allah kurniakan pada manusia. Makanan sama tapi ada yang rasa ianya sedap dan ada pula sebaliknya. Kalau semua orang mahu yang sedap manis atau cantik sahaja siapa pulak mahu yang kelat masam dan buruk. Tapi manusia dicipta berbeza. Jadi tak perlu perbesarkan hal perbezaan. Sebaliknya cari titik persamaan. Lagi pulak buat apa kerana masakan nak rasa sedih. Anggaplah ianya pengalaman. Kita kena mencuba sendiri baru tahu yang mana sedap atau tidak di tekak sendiri. Juga kena pakai common sense, kalau kita jenis tak suka, contohnya serbuk kayu manis, kurangkan lah kerana ada orang yang memang hantu sukakan rasa serbuk kayu manis. Bukanlah kos nya beribu atau beratus untuk kita merasa sedih. Bukan lah saya marah dengan komen tersebut tapi saya terpanggil untuk menulis di sini supaya kita melihat perkara besar dalam hidup yang lebih bermakna seperti pengalaman dan erti persahabatan.

Kali ini ingin berkongsikan resepi Ayam Goreng Berempah Madu yang dimasak untuk dimakan dengan Nasi Goreng Ikan Bilis di SINI tempoh hari. Sebenarnya dah lama tak memasak, jadi tekak pun mulalah mengidam nak makan makan macam macam makanan biasa jer pun. Tapi biasalah bila dimasak sendiri, rasanya menjadi sangat sedap pada selera kita. Akibatnya, makan pun menambah nambah dan diet pun hancuiiss. Tapi kalau tak memasak, agak sukar untuk mencari makan yang sedap. Apalagi lauk di kafe yang nampak sahaja sedap tapi sebenarnya tidak sesedap mana. Lebih teruk, bila mereka hanya menyajikan lauk yang sama setiap hari. 






Hari ini saya menyediakan hanya setengah ekor ayam, cukup cukup dimasak untuk sekali makan. Kalau ayam yang dah lama tersimpan dalam freezer, akan melambatkan proses memasak bila terpaksa di defrost dan sebagainya. Jadi setiap kali ke kedai runcit, hanya minta setengah ekor ayam. Harga dalam RM6. Masih jimat juga sebenarnya kerana ianya dapat dimakan oleh 4 orang. Kalau di kedai, seketul ayam telah berharga RM4-5. 

Jom layan resepi mudah dan sedap ini....




Ayam Goreng Berempah Madu

Bahan-Bahan: 
1/2 ekor ayam 
1/2 pek kecil serbuk kari ayam 
2-3 sudu besar cili kering kisar 
2 sudu besar sos cili 
1 sudu besar gula pasir 
1 sudu besar madu 
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
Semua bahan-bahan di atas di gaul dengan ayam dan diperap selama 3 jam. 

Panaskan kuali dengan api yang sederhana dan goreng sehingga garing. Jangan guna api besar kerana madu akan menjadikan minyak cepat hangit. Angkat dan tos kan.

Nota:
Jika lebih, simpan di dalam bekas dan masukkan di dalam freezer. 



15 comments:

  1. sedap tu subjektif kan kak, bagi kita dah cukup sedap, orang lain sebaliknya....tapi klau nak komen tu biarlah berhemah tak perlu kutuk2 depan makanan atau depan tukang masak.

    ReplyDelete
  2. biasalah kak. lain lidah, lain rasa. tapi saya sukaa sgt semua resepi akak. sedap =)

    ReplyDelete
  3. Suka amik resepi dari azie kitchen. Bahan-bahannya mudah. Dan selalunya menjadi. Alhamdulillah selera kita sama.

    ReplyDelete
  4. mmg nampak sedap ayam goreng tu. sy kalau dah cuba tu tak menjadi sy tak salahkan resepi @ penyumbang resepi. Then sy diam aje, tak share. Citarasa berbeza2. Lagipun tak baik mencerca makanan.

    ReplyDelete
  5. Saya dh cuba resepi k azie. Sume sodap2 ... yg komen tak sedap tu abaikan jer. Semoga k azie beroleh pahala kerana share resepi bgi memudahkan ibu2 memasak utk hidangan keluarga

    ReplyDelete
  6. aduhai ..mcm tu pun nak jadi hal...mcm mcm perangai manusia ni ye

    ReplyDelete
  7. Sepatutnya kita lebih berterima kasih kpd penyumbang resepi..bkn senang nk tulis resepi..ambil bnyak masa..cuma..kalau rasa tk sedap atau tk kena dgn selera pndai2 lah ubah resepi tu..kena lah bijak tmbah/kurangkan mana2 yg patut..masak memasak ni perlukan bnyak latih tubi..dan saya rasa hatta kalau anak dan ibu memasak lauk yg sama, belum tentu rasanya sama..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Saya pun ada masa tak menjadi juga. Walaupun resepi yang telah biasa dibuat.

      Delete
  8. Saya tekak org pantai timur...resepi kak azie semua kena dgn selera saya. 😊

    ReplyDelete
  9. saya telah mencuba beberapa resepi kak azie..semua menjadi dan sedap...padahal pertama kali saya memasak nya dan di jamu pada tetamu...semua kata sedap...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum k.azie.
    Ini pertama kali komen blog k.azie setelah sekian lama jadi silent reader.Nk ucap terima kasih banyak2 atas semua resepi k.azie yg tlh saya cuba. Dari lauk-pauk sampailh kuih-muih smua yd dh sy cuba sgt sdap dn menjadi.Terasa keikhlasan k.
    Azie dgn smua resipi yg dikongsi.Semoga Allah swt merahmati kehifupan k.azie.Amin..nk sambung makan nasi goreng resepi k.azie..sdap sengoti Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm sis. Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah.

      Delete
  11. Sy pasang api paling kecik pun hangus juga �� Kenapa ya?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Kak.. saya dari New Zealand. kerap merujuk blog akak utk pelbagai resepi. Alhamdulillah semua mudah dan sedap.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.