Iklan

Iklan Nuffnang

31 Aug 2015

Menyediakan Telur Mata Yang Cantik





Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke58 buat semua warga negara Malaysia walau di mana anda berada. Semoga keamanan yang dikecapi akan berkekalan dan semoga negara kita dipimpin oleh pemimpin yang jujur dan amanah dalam menjalankan tugas dan amanah. Hari ini, hanya inginkan kongsikan petua mudah sahaja kerana saya tidak memasak. Banyak jemputan majlis perkahwinan yang perlu dihadiri sempena cuti kemerdekaan yang panjang ini. Hari ini pula, kami akan ke rumah Sue Aziz dan bro Suhaimi di Bukit Jelutong untuk makan makan dan bertemu geng geng universiti. Jadi tiada resepi untuk sehari dua ini. Cuma mahu kongsikan petua. Kalau menyediakan nasi lemak, memang tak sah atau tak lengkap kalau tak ada telur rebus atau pun telur mata kerbau. Betul ke namanya telur mata kerbau? Entahlah hentam, ajalah apa apa yang nak dipanggil. Terbaca dalam satu blog tapi saya lupa nak copy link blog tersebut berkenaan cara menyediakan telur mata yang cantik terletak telur kuningnya. Meh kita tengok cara cara telur mata disediakan dengan cantik. Mula mula panaskan sedikit minyak dalam kuali yang tak lekat bersaiz paling kecil. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan asingkan telur putih dan kuning. Tuangkan telur putih dan biarkan beberapa minit. 




Kemudian sudukan telur kuning dan diletak di tengah tengah telur putih. Masak dengan api perlahan sahaja sehingga telur benar benar masak. Boleh juga mahu diterbalikkan seketika.





Haa hasilnya telur kuning terletak cantik di tengah tengah permukaan telur putih. Selamat mencuba.





4 comments:

  1. Saya telah cuba banayk resipe..memang sedap.Terima kasih
    kerana Puan memberi resipe dengan iklas.Semoga allah memberkati usaha Puan..Terima kasih.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.