Iklan

Iklan Nuffnang

31 Aug 2015

Berkumpul Di Bukit Jelutong Pada Cuti Hari Kemerdekaan





Sempena Cuti Hari Kemerdekaan yang ke58 hari ini, kami berkumpul di rumah Encik Suhami dan Sue Aziz bersama sama geng alumni. Encik Suhaimi mengadakan jamuan makan untuk keluarga dan kawan kawan rapat. Kesempatan ini digunakan untuk bersua muka di samping menikmati hidangan enak yang disajikan. Kebetulannya, saya memang rasa malas nak memasak, juga rasa malas nak makan di kedai. Jadi saya cepat cepat memberi jawapan kehadiran di dalam group WhatsApp. Oleh kerana menpunyai beberapa urusan lain selepas itu, masing masing bersetuju untuk pergi lebih awal.






Makanan yang dihidangkan enak enak belaka. Menu utama ialah nasi briyani Johor dengan lauk briyani kambing dan ayam masak merah. Pendek kata masing masing makan dengan menambah nambah. Sebelum berundur, pastinya wajib untuk berposing sebagai kenang kenangan. Akhir sekali terima kasih pada Encik Suhaimi dan Sue atas jemputan hari ini...







3 comments:

  1. Selamat Hari Kemerdekaan, kak Azie :)

    ReplyDelete
  2. seronok kalau jarang jumpa kan.. sekali ada makan-makan memang bertambah hapening

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.