Iklan

Iklan Nuffnang

17 Jul 2015

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Julai 2015





Jika 2 tahun yang lalu semasa saya menyambut Hari Raya Aidil Fitri di Mekah, juadah raya disediakan oleh Nana dengan dibantu Juita dan adik adik yang lain. Pada tahun ini, walaupun saya beraya di sini, Nana telah menawarkan diri untuk memasak juadah raya. Alhamdulillah, bolehlah saya berehat. Menu Nana tahun ini adalah Lontong dan Roti Jala bersama Kari Ayam. Manakala lemang dan lemang jagung seperti biasa ditempah dan dimakan dengan Rendang Ayam Nogori di SINI dan Daging Masak Hitam di SINI. Bab merendang ayam adalah tugas saya.

Hari Raya adalah hari di mana kita disuruh bergembira sebagai meraikan kemenangan kerana telah berjaya mematuhi perintah Allah dan telah berjaya melawan nafsu. Setelah berada dalam suasana meraikan kemenangan, janganlah pula membuat kesilapan dalam menyambut Raya seperti pembaziran. Jaga adab adab seperti bersalamam dengan mahram. Jangan bersalaman dengan sepupu, ipar atau ibu bapa saudara ipar yang berlainan jantina.

Walaupun hari raya adalah hari yang patut disambut dengan kegembiraan, namun saya agak sedih bila mengenangkan Bonda yang tiada lagi. Ini beerti telah setahun Bonda pergi mengadap Illahi. Saya juga sedih mengenangkan ujian ujian yang melanda kehidupan saya. Namun saya percaya, disebalik ujian pasti disertai dengan kesenangan. Sepanjang Ramadhan, saya mendoakan agar kami sekeluarga diberikan ketenangan hidup di dunia dan syurga di akhirat. Tidak lupa doa buat anak anak semoga ditemukan jodoh dengan orang orang yang baik dan beriman, juga supaya anak anak berjaya dalam kerjaya dan juga cemerlang dalam peperiksaan.   

Seperti beberapa tahun lalu, kami sekeluarga hanya berhari raya di rumah sendiri. Saya pasti ini adalah yang terbaik kerana anak anak memerlukan sedikit keselesaan menyambut hari yang mulia ini. Selepas menunaikan solat sunat Aidil Fitri, balik rumah menikmati juadah dan sarapan pagi, kami mengambil peluang untuk bergambar kenang kenangan. Selepas itu, kami ke pusara Bonda Mertua sebelum bertolak ke Ipoh untuk menziarahi saudara mara sebelah hubby.





Akhir sekali selamat hari raya dari kami buat pembaca blog Azie Kitchen. Maaf andai ada penulisan saya yang tidak menyenangkan hati atau apa sahaja yang mungkin tidak disengajakan. Taqobbalallaahu Minna Wa Minkum. Semoga Allah menerima amalan ku dan amalan kamu. Ameen.



3 comments:

  1. selamat hari raya k.azie.enjoy reading ur blog so much.jemput dtg ke rumah sy di temerloh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nor atas jemputan.

      Delete
  2. Selamat hari raya kak azie.. sellau melihat resepi akk

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.