Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Ayam Hainan Azie Kitchen Yang Sangat Sedap



Nasi Ayam Hainan Azie Kitchen Yang Sangat Sedap


Saya memang pantang nampak Nasi Ayam apalagi setelah dicuba keenakannya, pasti saya tak senang jika tidak mengetahui resepinya. Saya pasti akan menanyakan resepi atau tips menyediakan nasi ayam. Saya memang mempunyai koleksi Nasi Ayam di SINI. Nasi Ayam memang makanan kegemaran anak anak. Mereka akan menunggu di dapur dan berebut rebut bahagian ayam yang disukai.



Nasi Ayam Hainan Azie Kitchen Yang Sangat Sedap

Resepi nasi ayam kali ini, saya belajar dari Saudara Shahrul, Chef di Sasana Kijang yang telah sudi berkongsi resepi dan cara cara penyediaan. Resepi ini beliau pelajari dari seorang Chef berbangsa China semasa bekerja di Pullman Hotel Putra Jaya. Bila terpandang nasi ayam yang baru dihidangkan di Cafe Sasana, saya menjadi sangat terliur, kata orang kecur air liur tapi masa tu, saya masih kenyang.

Saya ingin menamakan resepi nasi ayam Hainan ini sebagai Nasi Ayam Hainan Azie Kitchen sebagai memudahkan rujukan. Oleh kerana saya belum sempat menyediakannya sendiri, jadi saya guna gambar lama. Sebabnyer ialah kerana saya tak mahu menyimpan resepi ini lama lama sorang sorang tanpa dikongsikan. Rugi besar rasanya kalau ianya tidak dikongsikan.

Jom kita tengok resepinya....




Nasi Ayam Hainan Azie Kitchen Yang Sangat Sedap

Nasi Ayam Hainan Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Nasi Ayam
Bahan bahan:
Mentega Seri Murni
Daun pandan
Halia - hiris
Beras basmathi - basuh dan tos
Air rebusan ayam

Cara cara:
Rebus bahagian tulang ayam untuk dijadikan air rebusan ayam secukupnya.

Panaskan mentega sehingga cair dan masukkan daun pandan dan halia. Tumis sehingga berbau wangi.

Tuangkan bahan tumis ke atas beras yang dah di tos dalam periuk nasi. Kacau rata. Kemudian masukkan air rebusan ayam secukupnya. Masaklah seperti biasa di dalam rice cooker. Bila masak, ceduk ke dalam mangkuk dan taburkan dengan daun bawang hiris.

Nota:
1 mangkuk sukatan beras bersamaan dengan 1 mangkuk air rebusan ayam.

Jika suka,  boleh juga rebuskan ayam selama 15 minit untuk menghilangkan hanyir.


Ayam Madu
Bahan Rebus:
1 ekor ayam
Sirap Maltose
Red vinegar
Cuka putih
Air

Bahan Perap:
5 spices powder
Garam
Gula
Serbuk pati ayam

Satukan semua bahan rebus di atas di dalam air dan masak sehingga mendidih. Rendam ayam dalam lebih kurang 1 minit supaya kulit luar ayam masak. Pastikan ianya rata seluruh badan ayam. Angkat.

Satukan bahan perap dan sumbatkan bahan perap rata rata di dalam perut. Perap dan gantung selama 2-3 jam. Masa ni, kulit ayam akan menegang. Bolehlah dibakar dalam oven dengan suhu 220C selama 30 minit atau digoreng.

Angkat dan setelah sejuk, baru dipotong supaya isinya tidak hancur. Susun di dalam pinggan hidangan dan tabur dengan daun ketumbar, daun bawang dan karot yang dihiris halus memanjang.

Nota:
Kalau mahu dimasak pagi, bolehlah diperap sebelah petang. Lagi lama diperap, lagi sedap.


Sambal Cili
Cili merah
Cili padi, jika suka
Garam
Gula
Cuka

Satukan semua bahan dan kisar. Nota: resepi ini tidak menggunakan bawang putih seperti kebanyakan resepi.


Sambal Halia
Halia
Garam
Gula

Kisar halia dan ditapis airnya. Masukkan garam dan gula. Akhir sekali, masukkan minyak yang tengah panas mendidih ke dalamnya. Kacau sebati.


Sambal Kicap
Bawang putih
Bawang merah
Kicap - botol putih
Sedikit air

Kisar semua bahan di atas dan masak sehingga mendidih.


Bahan Sampingan
Salad
Timun
Tomato


Kuah Sup
Tulang dan kepak ayam - potong kecil
Daun bawang
Sup bunjut - atau bunga lawang dan bunga cengkih
Garam
Gula

Rebus tulang ayam sekejap sahaja. Tapis tulang dan masukkan semula ke dalam periuk. Masukkan air baru untuk dijadikan kuah sup.

Letak sup bunjut atau bunga lawang serta bunga cengkih. Akhir sekali, masukkan garam dan gula. Masa dihidang, taburkan daun bawang.

 


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Nasi Ayam Hainan Azie Kitchen Yang Sangat Sedap"

  1. ooo begini nasi ayam hainan... sy ingat ayamnya putih

    BalasPadam
  2. Sedapnyaaaa.....terliur dah SA...

    BalasPadam
  3. moga dicatat oleh Allah sebagai amal jariah...insyallah

    BalasPadam