Iklan

Iklan Nuffnang

12 Jul 2015

Merindui Juita





Walaupun dalam kesibukan Ramadhan, saya tidak dapat menghindari perasaan sedih kerana terpaksa berjauhan dengan anak anak lepas seorang seorang. Buat masa ini hanya Aween yang akan bersama kami sehingga tahun depan. Selepas SPM, Aween mungkin juga akan memulakan pengajian di kolej. Inilah realiti kehidupan yang terpaksa ditempuhi oleh ibubapa terutamanya mereka yang dari luar bila anak anak merantau ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan. Demi masa depan dan sebuah kehidupan, anak anak terpaksa keluar buat sementara waktu. 





Begitu juga dengan Juita yang akhirnya terpaksa berjauhan dengan kami. Oleh kerana Juita seorang anak yang rajin menolong saya melakukan kerja kerja rumah, memang ketiadaan dia sangat sangat dirasai. Sedih bila membaca mesej mesej yang dihantar. Saya tahu yang dia juga sedang merindui kami. Sama sama lah kita doakan agar Juita berjaya dalam semua urusan yang dijalani.





8 comments:

  1. Juita balik raya tak...alahai kesiannya kak azie

    ReplyDelete
  2. Salam ...
    Puan ..tahniah kerana anak sangat cemerlang dlm pelajaran.

    ReplyDelete
  3. semoga dia akan berjaya mengapai cita citanya... dia dapat matrik mana sis

    ReplyDelete
  4. juita sambung bljr kat mana kak?
    hepi je tgk keluarga bahagia akak..
    slmt hari raya maaf zahir batin kak azie.

    ReplyDelete
  5. demi cita2 & masa depan...semoga segala urusan dipermudahkan. sy juga kalau panjang umur merasa apa yg kak azie lalui.

    ReplyDelete
  6. Insyaallah nnti dah lama2 tu biasa la rasanya...semoga juita gembira dgn new life nyer.

    ReplyDelete
  7. Moga semuanya berjalan lancar buat Juita dan juga AzieJaya sekeluarga.. Aminnnnn

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya Azie. Tkasih kerana banyak berkongsi resepi. Semoga bahagia dpt berkompol bersama kluarga tersayang.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.