Iklan

Iklan Nuffnang

6 Jun 2015

Tahniah Buat Juita




Sebelum saya menulis lebih lanjut berkenaan Juita, saya ingin menulis sesuatu yang selama ini saya dengar dan terima dengan tenang. Ada yang mengatakan saya mengkagumi anak sendiri, saya ingin kembali bertanya adakah seorang ibu tidak kagum dan bersyukur dengan anak sendiri? Walau bagaimana buruk di pandangan mata orang lain, kasih sayang seorang ibu tidak pernah akan padam kepada anaknya. Kerana anak, bukan sahaja harta di dunia tapi juga harta di akhirat. Jika ada yang menyatakan pandai menulis di blog tapi anak sendiri tidak seumpama, saya ingin menjawab bahawa hidayah adalah urusan Allah yang boleh diberi kepada sesiapa sahaja. Hatta Nabi Nuh tidak dapat memberi hidayah kepada isteri dan anak baginda sendiri. Rasulullah juga tidak dapat memberi hidayah kepada bapa saudara kesayangan baginda. Maaf, saya tidak berniat untuk menyinggung hati sesiapa sekadar menyatakan saya harus mempertahankan maruah keluarga saya dalam apa jua keadaan. Saya percaya manusia akan berubah selari fasa kehidupan yang dijalani. Sebagai ibu, saya sentiasa menasihati dan mendoakan yang terbaik. Selebihnya saya serahkan sahaja pada Allah. Lagi pulak, Allah lah yang mampu memberi hidayah dan petunjuk ke jalan yang benar. Cukuplah setakat ini dahulu. Maafkan saya jika saya kelihatan too defensive kerana hakikatnya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Tiada kata untuk diucapkan betapa saya sangat bersyukur di atas kejayaan Juita yang ditawarkan mengikuti program Persediaan Ijazah di Kolej Mara. Terasa betapa banyaknya nikmat yang telah Allah berikan dengan banyak doa doa saya telah dimakbulkan. Apa lagi, apa lagi nikmat yang harus aku dustakan. Apa yang mungkin kelihatan baik sebenarnya mungkin tidak baik untuk kita. Jadi saya redha dengan apa sahaja rezeki yang Allah telah kurniakan tanpa perlu melihat apa yang diperolehi oleh orang lain. Mungkin orang lain yang kita tengok gembira dan bahagia tapi hakikatnya tidak segembira atau sebahagia itu. Jadi tidak ada apa yang perlu dicemburui atau merasa rendah diri dengan pencapaian orang lain. Mungkin rezeki kita didatangkan melalui suami atau anak anak. Hmm sekadar peringatan buat diri sendiri.

Malahan saya telah diberi kurniaan yang sangat hebat yang hanya Allah sahaja yang tahu nilai kurniaan yang dikurniakan kepada saya. Bila mengingatkan hakikat ini, saya tidak mahu lagi apa apa yang lain. Ianya adalah hasil doa yang saya panjatkan di Masjidil Haram dua tahun yang lalu. Anugerah yang sangat agung. Ya bila Allah mahu memberi, tiada yang dapat menghalang. Begitu juga sebaliknya.

Berbalik kepada Juita, sama sama lah kita doakan semoga beliau dipermudahkan dalam segala urusan pengajian di kolej. Aamiin.


9 comments:

  1. Kak Azie, tak usah di hiraukan apa kata orang. Saya selalu bangga dengan keluarga kakak, saya orang Indonesia tapi sekarang tinggal di USA dan punya 1 orang anak. Saya selalu menantikan tulisan kakak, terutama kalau kakak cerita tentang keluarga. Jangan di hiraukan apa kata orang yang penting kakak tidak menyalahi mereka. Semangat terus kakak untuk menulis, Salam buat keluarga 😊
    Susy

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Susy. Saya terkedu membaca apa yg ditulis. Terima kasih kerana memahami apa yang terbuku di hati.

      Delete
  2. Tahniah untuk Juita, semuga akan terus berjaya..
    Azie, kita memang tidak mampu nak memuaskan hati semua orang, so be it...

    ReplyDelete
  3. Puan, saya silent reader blog puan slama ini.walaupun saya berlainan agama, namun setiap tulisan puan sangat saya kagumi.berknaan perihal kebanggaan terhadap anak2, memang sepatutnya sorang ibu berbangga dgn anak2 wlpun apa pencapaiannya apatah lagi yg cemerlang Seperti anak2 puan.
    Tahniah buat Juita. Tahniah jg buat puan sekeluarga. Saya sntsa mnjadikan puan inspirasi saya

    ReplyDelete
  4. Ok I'm jealous Jangan nak berlagak boleh
    tak juita?
    I tengah tension tau

    By ainul mardiah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa stress2 ni. Cer relax dan bertenang, OK.

      Delete
  5. Tahnih juita...dan tahniah juga untuk puan...;)

    ReplyDelete
  6. Kolej MARA mana, puan Azie? Saya juga bekas pelajar kolej MARA seremban.. persediaan.

    Btw puan. Saya telah berjaya mengikut resepi puan untuk chocolate chip cookies. Alhamdulillah, menjadi. Sedap sangat! First time dalam a lot of trials and errors jadi. InshaAllah saya guna sokmo nanti :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.