Iklan

Iklan Nuffnang

14 Jun 2015

Sakan Shopping Baju Raya






Hari raya tahun ini agak berbeza sedikit kerana ketiga tiga anak kami hanya akan balik menjelang hari raya. Namun begitu, persiapan raya telah dibuat sebulan sebelum menjelang Ramadhan. Maklumlah tailor sekarang menerima banyak tempahan untuk raya sehingga beberapa bulan sebelum Ramadhan, tempahan baju untuk raya telah ditutup. Kebetulan di Chennai saya membeli banyak kain sari untuk dibuat baju kurung, jadi tahun ini nampaknya bersari lah kami. Selain itu, kami juga membeli beberapa pasang kain di Gulati Kota Damansara dan juga Jakel di Jakel Mall. Keluar dari Jakel Mall, masuk pula ke Gedung Ariani. Aduuh ramai betul orang yang membeli belah. Hmm dalam hati berkata kata, siapa kata ekonomi meleset kalau ginilah gaya masing masing memborong. Berbondong bondong shopping bag di tangan masing masing.

Sempena mendapat gaji pertama di tempat kerja baru, Nelly telah memberikan saya sebanyak RM1000 untuk dibeli apa apa yang saya sukai. Pada mulanya ingin membeli jam tapi kata Nana, kalau mama nak jam Rolex, beli sahajalah Rolex. Hmmm macamlah Rolex tu harga RM300 lak. Jadi sebab tak jadi membeli jam, saya beli sahaja sepasang kain Italian Creepe Silk berwarna Emerald Green serta patched lace. Kata Nelly, mama anggap jer baju raya mama tahun ni, adik yang sponsor. Pandai betul jurujual di Jakel, saya hanya ingin menengok nengok sahaja tapi akhirnya 6 pasang dibeli. Ishhh itulah pasal, kalau tengah stress memang bahaya keluar membeli belah. Walaupun inilah kali pertama Nelly membeli baju raya untuk saya, namun setiap kali saya menunaikan umrah, pasti dia akan membeli beberapa helai jubah untuk saya pakai sepanjang di sana. 

Pendek kata tahun ini, kami memang mewah dengan baju raya kerana termasuk kain sari yang dibeli di Chennai, kami menempah 4-5 pasang baju seorang. Haa bila tengok bil.... Aduhaaii kos tempahan lagi mahal dari harga kain itu sendiri. Kimiga lak yang tersenyum sampai ke telinga bila mendengar saya mengomel. Itulah kalau dah ramai anak perempuan, memang duit untuk beraya pun habis banyak lah juga. Apa apa pun bersederhana dalam segala urusan adalah akhlak yang terbaik.

5 comments:

  1. Salam puan..
    Pasti meriah raya tahun ni. Itulah kegembiraan seorang ibu! Kola saya seminggu nak baru nak jahit baru anak2. Malas bertingkat2. Apa pun tahniah anak2 berjaya!

    ReplyDelete
  2. meriahnya raya akak... saya beli sepasang hrga rm200 pun rasa dh senak..

    ReplyDelete
  3. Anak pompuan saya 4 orang. Sakir jugak bila raya

    ReplyDelete
  4. Meriahnya cerita baju raya akak ni...hehee...saya dah settle bab baju raya, malas la nak keluar shopping bln puasa nanti...

    ReplyDelete
  5. wahh... raya habis habisan kak Azie...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.