Iklan

Iklan Nuffnang

16 Jun 2015

Rendang Telur Padang Sedap






Entah kenapa sejak kebelakangan ini, saya menjadi sangat sentimental. Bila ada masa terluang saya akan berulang ulang mendengar lagu Aku dan Kenangan oleh kumpulan The Brain Connection dan lagu Mewangi dan Potret nyanyian Akim and The Majisteret. Senikata lagu Aku Dan Kenangan seumpama diri saya yang begitu kesunyian bersendirian. Manakala lagu Akim pula sangat menyentuh hati dengan suara Akim yang sangat sangat menusuk kalbu. Secara jujur, di hati saya masih ada taman, terasa seolah seperti masih muda remaja. Cuma bila merasa kesakitan badan di sana sini, barulah sedar yang setiap hari, diri dimakan usia. Saya berada di usia bonus sebenarnya. Bila mengingati yang kematian boleh menjelma bila bila masa, saya gagahkan diri untuk memperbanyakkan mengaji supaya diri tidak leka dan laghaa. Saya tidak mahu terus terleka dan mensia siakan bulan Ramadhan yang akan menjelang beberapa hari lagi. Saya masih berusaha ke arah itu. Terkesima dengan pertanyaan ustaz semasa kuliah minggu lepas. Katanya dalam masa 24 jam yang lalu, cuba fikirkan apa pahala dan amalan soleh yang telah kita lakukan? Adakah pahala melebihi dosa atau sebaliknya? Sama sama kita renung dan membuat muhasabah diri. Jom sambut kedatangan Ramadhan tahun ini dengan persiapan yang rapi secara mental dan fizikal. 





Masakan Minang atau masakan Padang ini telah menjadi semakin popular di luar Kuala Lumpur juga. Di Kota Bharu juga telah ada restoran nasi Padang. Begitu juga di Terengganu. Semasa bertugas di KT baru baru ini, setiap hari saya makan tengahari di restoran nasi Padang dengan Adila yang kini bertugas di sana. Kali ini saya kongsikan satu lagi resepi Minang atau masakan Padang yang enak bangat. Haa rendang telur Padang. Kalau diperhatikan resepi Minang banyak menggunakan buah keras dan ketumbar. Memang sangat sedap dan kena dengan selera saya. Bukan sahaja dimakan dengan nasi putih, tapi juga pulut kuning dan roti juga sedap.

Jom layan resepinya dulu.....




Rendang Telur Padang

Bahan bahan:
10 biji telur rebus
750 gram santan
2 helai daun salam - saya letak daun limau purut
Garam
1 sudu besar gula merah

Bahan kisar:
1 ruas jari lengkuas
6 ulas bawang merah
1 batang serai
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil ketumbar
1 cm halia
3 biji buah keras
6 tangkai cili kering atau cili merah

Cara cara:
Telur rebus dikupas dan buang kulit. Jika suka, boleh juga digoreng seketika.




Panaskan minyak dan tumis bahan bahan yang dikisar sehingga wangi.




Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. Masukkan telur dan daun salam serta garam. Masak sehingga ianya terbit minyak.





6 comments:

  1. assalamualaikum kak azie,
    You are a great chief, few recipe yang kak azie bg saya ada try, and it tremendous delicious, thanx for sharing you recipe, cant wait for more recipe on your blog, keep it up kak

    from silent reader,
    ummu qaisar

    ReplyDelete
  2. Assalam k.Azie... selamat berpuasa...saya dah try resepi ni. Memang sedap kan Kak.. Tq share resepi.

    ReplyDelete
  3. Assalam kak azie.. sy pon suka follow akak.izin sy mintak resepi ni utk juadah berbuka puasa ya. Smoga diberkati niat murni kak azie. Ameen

    ReplyDelete
  4. Tq akak for ur honest recipe...selamat berpuasa..dan semoga ditingkatkan pahala puasa kali nie...semua yg saya try semua berjaya Kak..tq very much..

    ReplyDelete
  5. Assalam k Azie... selamat berpuasa.. saya dah try resepi ni. Simple but delicious. Tq share ye Kak

    ReplyDelete
  6. salam kak azie, saya suka semua resepi kak... semoga maju jaya, saya orang baru di sini... teruskan berkongsi resepi yer kak, kipidap.!!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.