Iklan

Iklan Nuffnang

10 Jun 2015

Jom Buat Kuih Siput





Pada asalnya saya terpandang resepi Kuih Siput dalam youtube Try Masak yang menggunakan bahan yang simple menyebabkan saya teruja untuk cuba menyediakannya. Sebaik balik dari mengaji, saya terus ke dapur mula menuang minyak ke dalam tepung gandum. Hmm lembik adunannya, itu belum lagi dimasukkan air. Jadi saya pun terpaksa mengubah ubah sendiri resepi dengan menambah tepung gandum menjadikan 500 gram. Air pula terpaksa ditambah lagi dalam 1/4 cawan. Hati merungut juga kerana resepi ini menyebabkan saya patah hati. Dah lah kali pertama mahu cuba membuat kuih siput sendiri. Tapi olahan saya berbaloi baloi kerana hasilnya sedap dan rangup sahaja kejadiannya. Oleh kerana adunan dah terlebih dari hasrat hati yang asal, saya dah mula nak cepat habiskan adunan. Maka tengoklah hasilnya. Haaa besar bagak giteww. Issh tak kuasa nak buat kecil kecil comey bila adunannya dah menjadi setengah besen. Terpaksa meminta Juita turun menolong sekali.




Sebelum layan resepi, meh kita luangkan masa sedikit untuk menghayati intipati Kuliah Ustaz Syarhan berkenaan Kitab Apa Ertinya Saya Menganut Islam. Antara lain ialah untuk memberi kefahaman berhubung kedudukan seorang muslim apabila menerima Islam sebagai agama. Akhlak dalam Islam adalah perkara dasar. Allah mengutuskan Nabi Muhammad untuk menyempurnakan akhlak manusia. Apa itu agama? Agama adalah kemuliaan akhlak. Orang hidup tanpa agama, hidup seperti binatang. Akhlak itu ialah apabila seorang menpunyai kemuliaan akhlak. Akhlak lah amalan paling berat dalam timbangannya di akhirat. Tiada suatu lebih berat melainkan akhlak yang baik. Nabi tak mengatakan siapa yang solat banyak atau rajin bersedekah. Ini adalah kerana dalam solat pun ada akhlak. Cth tak boleh mendahului iman. Bersedekah pun ada akhlak cth jangan diungkit. Dalam ibadah Haji pun ada akhlak. Maknanya akhlak tu sangat besar dan mencakupi dalam semua aspek. Akhlak Nabi adalah Al Quran. Akhlak mesti dilihat dalam skop yang luas. Akhlak baik adalah terhasil dari pelbagai ibadah yang dihasilkan. Solat mampu mencegah perkara jahat dan mungkar.  

Jom layan resepi yang saya olah dan cuba sendiri. Pastikan air dimasuk sedikit demi sedikit supaya tidak terlebih lembik pulak. Kalau terlembik, masuklah sedikit tepung gandum. 




Kuih Siput

Bahan bahan:
500 gm tepung gandum
1 cawan minyak masak
3/4 cawan air
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara cara:
Masuk minyak ke dalam tepung dan gaul rata. Satukan garam dan air dan tuang ke dalam tepung. Gaul sebati.






Uli dan bentukkan doh dengan papan acuan kuih siput.






Goreng dalam minyak yang panas. Masukkan setangkai daun kari ke dalam kuih yang hampir masak. Angkat dan tos.





 

7 comments:

  1. kegemaran ni nnti bolehlah test

    ReplyDelete
  2. Kuih raya yang selalu ada bila tiba musim raya.
    http://pokok2u.blogspot.com/2015/06/cara-pemasaran-biskut-raya.html

    ReplyDelete
  3. Nak Cuba juga! Tapi memang jenuh nak memintal jd siput tu kan...disebabkan suami Dan anak2 suka teruja nak Cuba. Tq Kak for the resipi.

    ReplyDelete
  4. :::
    I was looking for info how to make this cookie and i found your blog . I can try this info of yours for my first trial of making this cookies .If I am allowed I would like to use you url to display it on msivviey.blogspot.com wall when i succeed making the cookies ....

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Terdapat banyak versi menyediakan kuih siput. Saya tak guna rempah

      Delete
  6. Assalamualaikum.. Saya pelajar Rekabentuk Industri.. saya berminat nak merekebentuk sesuatu alat untuk membantu dalam pembuatan kuih siput ini.. boleh tak kalau saya nak dapatkan segala maklumat untuk membatu projek saya dari kakak? mungkin saya boleh buat sesi temu ramah dengan kakak?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.