Iklan

Iklan Nuffnang

5 Jul 2015

Ikan Tenggiri Masak Cuka






Bersedekahlah semasa kita masih hidup. Kalau dah mati, hanya 3 perkara yang akan mengikuti ke kubur tapi 2 daripadanya akan balik iaitu harta dan anak isteri. Yang tinggal bersama di dalam kubur, hanyalah amalan kita. Ahli neraka menangisi untuk balik ke dunia untuk beramal. Mereka tak berani mengangkat muka di hadapan Allah. Mereka membuat pengakuan, bahawa hari ini kami yakin dan kami nampak apa yang telah kami dustakan. Namun tiada guna lagi keyakinan ketika itu. Dosa dosa besar kena bertaubat pada Allah. Keampunan adalah hak Allah. Hak kita adalah untuk terus menerus beristighfar. Allah suruh kita berlumba lumba mencari keampunan Allah. Bersegeralah kamu pada keampunan Tuhan mu. Syurga sangat luas seluas langit dan bumi.






Allah bagi keampunan pada umat Nabi Muhammad SAW dengan bertaubat. Syariat sebelum Nabi Muhammad kena bunuh diri baru diampun. Ingatkan lah kebaikan Allah pada kita, pasti akan mengalir air mata mengenang nikmat Allah yang tidak terhingga. Sabda Nabi Muhammad, kalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan menangis lebih banyak dari ketawa. Ini adalah kerana baginda telah melihat neraka semasa perjalanan Israk Mikraj. Jadi kita kena perbanyak beristighfar sekurang kurangnya 70 kali hari semalam. Allah bersihkan titik hitam dalam hati kita kerana bagi satu dosa menjadi satu titik. Jika buat dosa, cepat cepat istigfar supaya tiada titik hitam. Kita nak bersihkan diri kita dalam bulan Ramadhan. Ambik peluang basuh diri kita. Kalau kita tak mengaku, kita akan disiksa dan gelisah. Untuk hilang gelisah kena mengaku dengan Allah semua salah dan silap kita. Pada tiap tiap malam Ramadhan, Allah akan mengeluarkan sebahagian nama mereka yang di neraka. Jadi perbanyakkan berdoa supaya memasukkan nama kita dan keluarga ke dalam senarai nama mereka yang diberi keampunan.

Kali ini saya hendak share resepi Ikan Tenggiri Masak Cuka yang sangat sedap di kala selera dah mula menurun dan kepala mula pening memikirkan lauk apa yang hendak dimasak untuk berbuka. Cara memasaknya sama dengan memasak Acar Timun Masak kecuali saya tidak memasukkan halia. Jadi masakan ini adalah ala ala Acar Ikan lah kot. Acar Timun Masak biasa saya sediakan untuk dimakan dengan nasi minyak. Cuma kalau memasak Acar Timun, saya suka memasukkan beberapa ulas bawang merah sebiji sebiji yang tidak dipotong.

Jom kita layan resepi mudah dan sedap ini.




Ikan Tenggiri Masak Cuka
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 keping ikan tenggiri – lumur garam kunyit
1 - 1 1/2 sudu besar cuka
1 sudu kecil biji sawi
Garam
Gula
Sedikit serbuk kunyit - opsyenal

Bahan Hiris:
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 biji cili merah dan cili hijau
1 labu bawang besar - potong bulat


Cara cara:
Ikan digoreng garing. Angkat dan ketepikan.


Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan hiris sehingga layu. Masukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih. Saya masukkan sedikit sahaja air kerana tidak suka berkuah.




Masukkan cuka, garam dan gula secukupnya. Akhir sekali, masukkan ikan goreng tadi dan biar mendidih sebentar. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.






7 comments:

  1. Mudah. Kalau ada sisa ikan goreng yang tidak habis semalam, mungkin boleh cuba resepi ni..

    ReplyDelete
  2. Kebetulan sangat ptg ni ada ikan tenggiri.masak mcm puan ni mcm sedap je

    ReplyDelete
  3. sedapnya...segar je tgk ikan tu...
    tq kak for d resepi ..nanti boleh cuba...
    sy ni tau mkn je ..suka resepi ni...hihihi

    ReplyDelete
  4. dah lama tak buat masak cuka...boleh try nanti..
    follow blog sy di http://diarihatiwanieyahaya.blogspot.com/...tq

    ReplyDelete
  5. Tq kak...arini boleh try masak utk suami dan anak2

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.