Iklan

Iklan Nuffnang

29 Jun 2015

Azie Dalam Majalah Harmoni Julai 2015

 
 
 

Hari ini saya ingin war warkan bahawa Azie Kitchen telah muncul dalam ruangan Dunia Maya majalah Harmoni bulan Julai iaitu keluaran khas sempena Hari Raya Aidil Fitri yang kini telah berada di pasaran. Majalah Harmoni adalah antara majalah kesukaan saya dari dulu lagi disebabkan kualiti kertas yang digunakan, kecantikan gambar gambar yang dipaparkan serta isi kandungannya yang padat serta bernas.



Saya dan Juita, puteri bongsu yang juga hebat dalam bab masak memasak dimake up dengan cantik sekali oleh Puan Elina di mana saya sangat berpuashati dengan hasil kerja beliau. Jadi jika ada yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau bagi majlis pertunangan, perkahwinan dsb, bolehlah hubungi beliau di telefon 013-6234363. Pasti anda akan berpuashati dengan make up yang beliau hasilkan.

Seronok bekerjasama dengan Huda dan Amir dari majalah Harmoni kerana mereka banyak membantu saya untuk mencari pos dan sudut sudut yang menarik. Jadi, jangan lupa untuk mendapatkan senaskhah majalah Harmoni untuk koleksi masing masing bagi mengetahui cerita Azie dalam majalah tersebut.


 

19 comments:

  1. Tahniah kak azie...esok jugak saya gi cari majalah harmoni...;)

    ReplyDelete
  2. Tahniah Azie.... cantik!

    ReplyDelete
  3. Tahniah, saya antara penggemar blog Azie Kitchen. banyak juga resepi masakan saya ambik dari sini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Tahniah kak Azie. saya pun peminat tegar pelbagai jenis masakan kak azie, setiap kali nak raya mula cari resipi kat aziekitchen. memang best.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Kak Azie...blog ni mmg sy suka...rujukan sy jugak. pernah cuba beberapa resepi...carrot cake antaranya...

    ReplyDelete
  6. wah thniah kak azie. sy sukkkkke sgt terjah blog akk cari resepi. :)

    ReplyDelete
  7. Tahniah akak.
    Saya memang dah lama follow akak.

    ReplyDelete
  8. Tahniah Pn Azie,
    Saya selalu cari idea memasak dari blog Azie.Menjadi.

    ReplyDelete
  9. Tahniah...K.Azie... Tak sabar nak beli majalah tu...

    ReplyDelete
  10. Tahniah k.azie. sy pun suka sangat2 cari resepi kat blog akak. :)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Pn Azie,
    Pertama kali post komen kt sini...tetapi saya ni peminat blog Puan dan sudah beberapa tahun setia mengikuti setiap entri puan. Tahniah...

    ReplyDelete
  12. Tahniah...selalu gn resepi akak.tqsm

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.